Followers

15.11.08

Duit bukan segala-galanya tapi segala-galanya perlukan duit (updated)

Assalamualaikum dan salam lewat malam semua.

Tentu kawan-kawan semua pernah dengar tajuk kakchik kat atas tu. Memang betul kan, dalam dunia ni duit @ wang bukanlah penentu kebahagiaan hidup kita. Bukan semua perkara dapat dibeli dengan duit. Kasih sayang, pemahaman, penghargaan, penghormatan, kepercayaan, semuanya bukan boleh dibeli dengan duit.

Gambar dari Internet

Tapi kita kena juga akui yang untuk mendapatkan sesuatu di zaman ini memang memerlukan duit. Bahkan untuk melakukan kebajikan amat-amat memerlukan duit.

Walaupun majlis dah tamat, Cik Abe dan beberapa kenalan masih khusyuk mendengar perkongsian ilmu dari En. Faizal Amri


KakChik baru saja balik dari satu majlis perkongsian ilmu bersama orang-orang yang telah berjaya hanya dalam masa 11 bulan. Berjaya dalam pencarian mereka dan kini mereka sedang mengejar impian mereka yang lebih besar setelah melangsaikan hutang, 'memberhentikan' isteri dari makan gaji (ni istilah mereka ya!) dan boleh menjadi surirumah yang mempunyai 'income' setaraf atau lebih tinggi daripada gaji sebelum ini, mereka ingin bersedekah setiap hari, ingin memberi kepada dua ibu bapa RM1 ribu setiap bulan ... antara impian yang kakchik yakin pasti terlaksana dengan izin Allah atas usaha dan keyakinan mereka.

En. Faizal Amri (adik Kak Lis) yang pernah keretanya ditarik 3 kali kerana masalah kewangan, selepas 11 bulan kini mendapat pendapatan RM40 K sebulan (kakchik lihat slip bank beliau)


Malam ini kakchik telah ketemu satu cahaya untuk semakin mantapkan ekonomi keluarga kami. Bukan susah sebenarnya untuk mendapat RM1300 setiap hari. Cuma perlukan sedikit usaha, pengetahuan internet dan kerjasama, insya-Allah pasti berjaya. Siapa yang tidak mahukan? Tadi ada seorang belia baru berumur 23 tahun kini telah pun mencecah RM20 ribu sebulan pendapatannya, katanya dia ingin jadi jutawan termuda di tahun 2009. Kedatangannya untuk berkongsi kejayaan diiringi restu ibunya yang telah mendorong beliau terlibat dalam perniagaan ini, dan ibunya turut hadir bersama kami. Berdegup jantung melihat dirinya yang jauh 11 tahun lebih muda tapi lebih dulu merebut peluang ini.

En. Amri bersama 2 orang rakan kongsi (group partners) yang telah berjaya.
Yang paling dekat tu adalah bekas orang kuat DiGi.



Namun, kakchik yakin di luar sana di kalangan kawan-kawan, ada juga yang ingin berjaya bersama-sama kakchik. Kakchik ingin mencapai impian ini, maka kakchik akan usaha untuk RM20 ribu sebulan.
  • Membuka 3 cawangan MariBaca di tahun 2009.
  • Mengerjakan umrah bersama Cik Abe.
  • Menyertai Children Book Festival di Bologna.
  • Melangsaikan semua hutang yang ada.
  • Membuka sebuah perpustakaan kanak-kanak di kampung.
  • Membuka perkhidmatan Book Mobile yang pertama di Kota Bharu.
Alangkah bagusnya sebab Cik Abe pun kali ini nampaknya benar-benar berminat tidak seperti sebelum-sebelum ini.

Semuanya mungkin dan semuanya pasti cuma kakchik yang perlu menyahut cabaran ini.

Ada sesiapa yang ingin bersama kakchik?

6 comments:

  1. Bagusnya impian Chik ni.. Kak Tirana pun ada impian tapi biarlah ianya rahsia. Mudah-mudahan impian-impian kita akan menjadi kenyataan satu hari nanti.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Kak Tirana. Chik perlu tuliskan impian ini agar nanti ia menjadi satu motivasi dan peringatan agar benar-benar berusaha sebab ramai orang dah tahu. Kalau tidak nanti dikata mungkir pula kan?

    Chik doakan, impian akak juga berjaya dicapai. Selamat berjaya untuk kita berdua kak!

    ReplyDelete
  3. Salam kakchik. Saje jenjalan kat sini. Mudah2 impian kakchik tercapai.

    Tgk2 pakaian muslimah tu. Memang cantik dan manis sekali.

    ReplyDelete
  4. Wkslm Kak Tie. Saja-saja datang takde ke bawa buah tangan sikit-sikit? hehehe...

    Takdelah... saja cakap tu... terima kasih ya Kak Tie, amiin.

    Pakaian muslimah tu buken kakchik tolong kempen tapi tengok dari blog org lain dan nampak menarik untuk dikongsikan.

    ReplyDelete
  5. Salamz.. kak cik x nak kongsi dgn kita ker?

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikumsalam KiTTuN.

    Kakchik nak kongsi ilmu, nak tak? Kalau duit tu kena sama-sama cari ya. Ibarat kata orang tua-tua lebih baik bagi pancing daripada bagi ikan.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs