Followers

29.9.10

Perlakuan-Perlakuan Kecil Suami Yang Amat Disukai Isteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga hari ni teman-teman semua dalam keadaan sihat sejahtera.

Hari ni kakchik ambil cuti lagi sebab telinga kakchik masih lagi belum surut betul-betul bengkaknya. Daripada kakchik ke pejabat dalam keadaan telinga yang berdengung baiklah kakchik di rumah. Kalau terasa mood kurang, boleh baring-baring atau kacau suami sedang buat kerja. Tak pun boleh layan Amni yang celotehnya menceriakan. Paling kakchik suka ialah layan saluran ASTRO 550, 556 atau 303.

Tiba-tiba saja kakchik terasa nak menulis sesuatu di blog ni. Teringat beberapa artikel yang dibaca semalam dari internet dan buku. Rasanya boleh kot kalau kakchik turut menulis sedikit pandangan untuk tajuk di atas berdasarkan pengalaman, pengamatan dan pembacaan. Boleh la ya?

Pelukan

Gambar hiasan dari Google.com
Bagi isteri kakchik rasa, mereka boleh bersetuju jika kakchik kata, isteri amat suka jika suami peluk mereka tanpa dirancang. Pelukan mesra yang datang secara tiba-tiba. Tak perlu sebarang kata-kata tapi hanya satu pelukan hangat. Perasaan isteri ketika dipeluk, seolah-olah terlerai segala kekusutan pada hari itu. Kadang-kadang kita mempunyai tekanan emosi, bila dipeluk suami, terasa seperti suami telah sama-sama menyelesaikan masalah kita.

Ada banyak artikel yang kakchik baca dalam majalah Mingguan Wanita, Midi dan beberapa majalah yang lain menceritakan tentang sikap suami yang bila tidur malam suka membelakangi isteri. Tidak seperti di awal perkahwinan dulu. Kakchik teringat cerita Hindi bertajuk Baghban kalau tak silap yang mana watak ibu dan bapa dimainkan oleh Amitabh Bachan dan Hema Malini. Betapa bahagianya seorang isteri, (Hema) bila suaminya (Amitabh) yang membelakanginya tiba-tiba mengubah arah dan mendepakan lengannya agar si isteri dapat melabuhkan kepala di atasnya. Kakchik amat setuju dengan perasaan di saat itu.

Dr. Fadzilah Kamsah di dalam program beliau di TV setiap pagi tu ada juga menyebut, pelukan isteri kepada suami dan suami kepada isteri akan memanjangkan umur pasangan. Allahu'alam. Tapi kakchik nak bagitau, bila suami peluk kita dengan penuh mesra, diri ini terasa amat disayangi dan dihargai. Orang perempuan ni mudah dipujuk tapi jarang orang lelaki yang nak guna cara yang paling mudah ini. Ada seorang penceramah kata, orang lelaki ego, tak minat nak belajar psikologi rumahtangga sebab itu asyik guna teknik lama saja. Hehe, betul atau tidak, hanya yang dah kahwin saja lebih tahu.

Kerja Rumah

Alangkah bahagianya hati isteri bila tanpa disuruh atau diminta, selesai saja makan, suami dengan sukarela menolong mengemaskan pinggan-mangkuk yang digunakan. Membersihkan meja makan, membasuh pinggan-mangkuk yang kotor, menyapu lantai dan membuang sampah. Tidak semestinya suami buat semua itu tapi perlakuan ini walaupun isteri tak kata apa-apa, ia sebenarnya amat menggembirakan hati seorang isteri. Terasa di hatinya, alangkah baiknya suaminya kerana tidak mementingkan diri sendiri.

Perlakuan ini kakchik rasa paling disukai oleh para isteri yang bekerja yang balik ke rumah, tanpa berehat terus menyambung tugas sebagai isteri pula. Kakchik pernah lihat seorang isteri, baru balik kerja, terus meletakkan beg tangan dan beberapa fail, tanpa menyalin pakaian terus ke dapur menjerang air dan mula menyediakan hidangan makan malam. Kakchik tahu dia tentu sangat penat tapi kerana sayangkan suami dan anak-anak dia langsung tidak berehat tapi terus melaksanakan amanahnya.

Kalaulah suami di masa itu meringankan tulang untuk memasak nasi atau menolong menjaga anak-anak, kakchik yakin isteri itu akan memasak dalam keadaan gembira dan kepenatan fizikalnya hilang begitu saja. Tidak jatuh taraf suami bila menolong isteri di rumah malah bagi kakchik rasa hormat pada suami akan makin meningkat kerana ciri-ciri membantu isteri di rumah ini adalah ciri-ciri Nabi Muhammad SAW. Siapa yang tak suka suaminya ada ciri-ciri itu kan?

Solat Jemaah di Masjid

Ikut kata Dr. Fadzilah Kamsah, suami sukakan isteri yang cantik dan bijaksana tapi jika tak cantik pun tak apa sebab kebijaksanaannya itu akan membuatkan dia menarik. Bagaimana pula perempuan melihat lelaki? Kakchik rasa ramai yang suka mempunyai suami yang kaki masjid. Betul tak? Solat 5 waktunya kalau boleh mahu dilakukannya di masjid hatta si suami itu selalu peka akan masuknya waktu solat.

Di mata kaum wanita, lelaki yang suka ke masjid itu walau bukan seorang ustaz atau ahli agama, dia termasuk juga dalam kategori orang yang soleh. Soleh itu bagi kita orang awam ni banyak mengukurnya dari pandangan dan pemerhatian mata kasar kita. Kadang-kadang kita lihat juga pada akhlak dan amalannya. Wajah bersih, kemas, segak dan tampan juga kita ambil kira. Tapi bagi kakchik la kan, kata-kata bekas Pengarah Pusat Islam USM lebih kurang begini, "lelaki ni wajah hodoh takpe kalau akhlaknya cemerlang sebab perempuan akan nampak dia hensem juga, macam saya ni." sangat-sangat betul.

Lagi hensem bila lelaki itu yang juga suami kita adalah seorang pengunjung masjid yang tegar. Dan jika dia tidak kesempatan beribadah di masjid, dia mengajak kita mendirikan solat secara berjemaah di rumah. Berbunga-bunga hati isteri ni bila suami mengimamkan solat kerana ganjarannya 27 kali ganda dan selepas solat boleh bersalam dan mencium tangan suami.

Kesimpulan

Cukuplah dulu dengan 3 perlakuan di atas. Ada banyak lagi sebenarnya tapi kakchik rasa ini pun dah cukup panjang untuk kalian luangkan masa membacanya. Insyaallah jika ada kesempatan lagi kakchik akan tulis lagi agar kita sama-sama dapat membina rumahtangga Muslim yang lebih baik. Allahu'alam.

13 comments:

  1. setuju sgt dengan apa yg kakchik kongsi dlm rumahtangga ni byk perkara kecik yg jika diamalkan memang bahagia sgt rumahtangga....

    sentiasa ambil peluang, cuit2 manja pun dah berbunga hati isteri apalagi jika dipeluk :D

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Wan. Bercakap dari pengalaman hehe. Lagipun jika ia mendatangkan kebaikan kira haruslah kita kongsikan maklumatnya. Kan?

    Bab cuit-cuit manja tu pun kakchik setuju.

    ReplyDelete
  3. suke... :D
    nak share ek kak cik... :)

    ReplyDelete
  4. ;) betul tu kakchik... semoga suami dni nanti dapat buat perkara2 macam ni..

    ReplyDelete
  5. senyum..hehehe...;) setuju2!oppss...

    ReplyDelete
  6. terima kasih ratna. silakan.

    ReplyDelete
  7. insyaallah dni. isteri yg baik insyaallah akan dapat suami yg baik juga.

    ReplyDelete
  8. catlina senyum meleret tu...

    ReplyDelete
  9. Masyaallah....bgus nya kalau smua lelaki yg b'gelar suami baca blog kakchik ni...

    ReplyDelete
  10. terima kasih wanzul. kalau itulah yang berlaku, kakchik pun syukur juga.

    ReplyDelete
  11. Pesan sorg suami kepada suami2 : Tidak hilang martabat dan tidak rugi kalau seseorg suami mengembirakan hati seorg isteri / isteri-isteri nya demi kebahagian & kerukunan rumahtangga. Terima kasih Kak Chik atas perkongian rasa hati seorg isteri. Sama2 kita mengejar pahala dan keberkatan dari Allah swt. Insya'Allah.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs