Followers

16.9.10

Kes Sosilawati: Tahniah Polis Malaysia!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sobahal khair.

Alhamdulillah pagi ni kita dapat bangun lagi dari tidur lena kita dengan badan yang sihat dan cergas. Syukurlah, Allah masih mahu kita hidup tapi bukan semata-mata hidup begitu saja, bahkan kita hendaklah bekerja untuk-Nya. Barulah hidup ini bermakna.

Bak kata TokGuru semasa kuliahnya di Medan Ilmu:

"Kita hidup di dunia ini bukan setakat nak hidup sahaja tetapi nak hidup biar sampai ke akhirat. Kita bekerja biar sampai akhirat, kita bertani biar sampai ke akhirat bahkan kita berpolitik biar sampai ke akhirat. Macam mana nak sampai ke akhirat, kalau semasa kita buat kerja ini tak pernah kita fikir tentang akhirat?" (Kuliah di Medan Ilmu, 23 April 2010)

Itulah yang kita patut lakukan sama juga bila kita menulis blog. Moga-moga kakchik tak lupa bahawa setiap apa yang kakchik tulis di blog ini umpama buku rekod yang menjadi bukti bertulis yang boleh dipetik oleh sesiapa sahaja malah telahpun dicatatkan di dalam Buku Rekod Amalan kakchik.

Hari ini berkait dengan kerja untuk akhirat ni kakchik nak ambil kesempatan ini untuk ucapkan TAHNIAH kepada Polis Malaysia yang boleh dianggap CEKAP dalam menangani dan menyelesaikan kes pembunuhan kejam arwah Sosilawati Lawiya dan 3 orang pengiring beliau. 

Perkembangan penyiasatan kes ini bermula tarikh ia dilaporkan bagi kakchik buat kali pertamanya membuat kakchik rasa Polis negara kita, cekap dan pantas bertindak. Alhamdulillah. Seluruh negara mengikuti perkembangan kes ini dan hari ini Polis kata kes Sosilawati, SELESAI.

Pembunuhan kejam Sosilawati: Kes selesai
Oleh M Thillinadan
bhnews@bharian.com.my
2010/09/16

Suspek pembunuhan kejam jutawan kosmetik, tiga lagi mangsa didakwa minggu depan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar
KUALA LUMPUR: Polis menganggap kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga yang lain, selesai dan semua suspek dijangka didakwa minggu depan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata polis kini pada peringkat akhir mengumpul maklumat dan bukti sebelum mengemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan pertuduhan terhadap lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk yang ditahan setakat ini.

Sambil memuji Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang diketuai Pengarahnya, Datuk Mohd Bakri Zinin dan Timbalan JSJ, Datuk Hadi Ho Abdullah atas kejayaan pasukan itu menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh yang cepat, Ismail bagaimanapun berkata, ini bukan bermakna siasatan sudah dihentikan.

“Pasukan itu masih meneruskan siasatan di lokasi kejadian di Banting dan mencari bukti berhubung kes berkenaan. Pasukan itu juga sedang mengumpul maklumat mengenai beberapa kes kehilangan lain yang dikaitkan dengan suspek sama,” katanya dalam sesi diskusi dengan pengarang kanan media di Bukit Aman, semalam.

Ini adalah pertemuan pertama Ismail dengan pengarang kanan media selepas mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara pada 12 September lalu. Turut hadir, Timbalannya, Datuk Hussin Ismail dan Mohd Bakri.

Kes pembunuhan Sosilawati, 47; serta pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, terbongkar berikutan penahanan lapan suspek dua hari selepas menerima laporan isteri seorang ahli perniagaan warga India yang sebelum ini turut dilaporkan hilang selepas berurusan dengan peguam bergelar Datuk itu.

Sosilawati dan tiga individu itu yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu, dipercayai dibunuh di Ladang Gadong, Banting sebelum dibakar dan abu mayat mereka dibuang ke dalam Sungai Panchau. Mereka dipercayai dibunuh kira-kira 10 malam, 30 Ogos, iaitu pada hari sama mereka dilaporkan menemui Datuk itu.

Setakat ini, polis menahan lapan orang bagi membantu siasatan kes itu, termasuk Datuk terbabit dan adiknya, juga seorang peguam. Semua suspek yang ditahan pada 10, 11 dan 12 September lalu direman sehingga Sabtu ini.

Polis dikatakan akan meminta lanjutan tempoh reman untuk membolehkan pendakwaan dibuat akhir minggu depan.

Mohd Bakri berkata, polis menubuhkan dua pasukan petugas khas, iaitu satu untuk menyiasat kes pembunuhan Sosilawati dan tiga individu yang bersamanya, manakala satu lagi bagi menyiasat laporan orang hilang yang dikaitkan dengan suspek sama.

Ditanya mengapa banyak laporan orang hilang yang dibuat sebelum ini tidak disiasat, Ismail yang mengaku turut menerima banyak pertanyaan mengenainya, berkata beliau akan memastikan semua aduan orang hilang disiasat secara serius.

“Jika pegawai atau anggota saya didapati tidak memandang serius kes orang hilang, saya akan pastikan tindakan tegas diambil terhadap mereka,” katanya. (BH Online)

Bekerja menjaga keselamatan negara adalah juga tuntutan agama. Jika semuanya dilakukan kerana akhirat, insyaallah segala kerja itu akan mendapat ganjaran yang berganda sama ada di dunia (kepercayaan rakyat) dan akhirat (ganjaran Allah).

TAHNIAH sekali lagi untuk Polis Malaysia! Semoga keyakinan kita terhadap Polis akan terus pulih. Moga Allah bantu Polis Malaysia meningkatkan keselamatan hidup rakyat negara ini.

2 comments:

  1. Alhamdulillah, akak harap bukan hanya kes high profile sahaja yg dapat diselesaikan dengan cepat teatpi juga kes2 lain yang melibatkan orang ramai. barulah ketelusan dan kecekapan PDRM dapat dilabelkan sebagai berquality dan efficient. Walau apa pun, akak dapat bayangkan bagaimana perasaan anak2 mangsa kehilangan orang tersayang..merekalah yang paling menderita. Semoga mereka tabah meneruskan kehidupan.

    ReplyDelete
  2. Betul tu kak. Jangan ada pilih kasih dalam menyelesaikan sesatu kes jenayah tak kira profil tinggi atau rendah.

    Kita amat mengharapkan pasukan keselamatan negara kita secekap dan sebijak gambaran di dalam CSI dan Gerak Khas.

    Moga anak-anak dan ahli keuarga yang terlibat redha dengan ketentuan Allah.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs