Followers

20.9.10

Hidup Ini Satu Ibadah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Terlebih dahulu maafkan kakchik ya sebab satu hari tidak menulis sebarang cerita di sini. Bila kakchik tumpukan perhatian kepada KakChik's Wardrobe, blog Keluargaku Sayang ni tertinggallah pula. Hehe, bukan itu alasan yang sebenar tapi kakchik kesuntukan masa untuk menulis walaupun ada macam -macam yang mahu diceritakan.

Petang tadi sementara menanti tamat waktu bekerja, kakchik mengambil peluang membaca sebuah buku yang sangat menarik, LANGIT ILAHI tulisan Hilal Asyraf. Tentu kalian pernah dengar namanya kan? Blog penulis ini juga sangat terkenal iaitu www.langitilahi.com sebagaimana terkenalnya blog Ust. hasrizal, www.saifulislam.com .

Dari jam 4 petang hingga hampir 5 petang, kakchik membaca 18 bab dari buku tersebut. Mashaallah... penulis yang juga seorang blogger ini sangat pandai menggarapkan tulisan yang amat menarik minat kakchik. Santai tapi penuh ilmu dan pengajaran yang boleh segera difahami dan diaplikasikan.

Salah satu bab yang menarik hati kakchik ialah tentang HIDUP INI SATU IBADAH. Kebanyakan kita bila menyebut perkataan ibadah kita terus terbayangkan ibadah-ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat, haji dan seumpamanya. Tapi kita kadang-kadang terlupa bahawa jika hidup ini dikatakan satu ibadah, bermakna segenap ruang kehidupan dan cara hidup kita setiap hari mestilah ibadah juga.

TAPI, bagaimana mahu menjadikan segalanya satu ibadah? Ya, NIAT. Niat mestilah kerana Allah. Dimulakan pula dengan nama-Nya iaitu BISMILLAH/BASMALLAH. Paling utama, semuanya mestilah tidak bercanggah dengan kehendak Allah. Segalanya mestilah diukur agar selari dengan ALLAH SUKA. Senang kan? Buat apa yang Allah suka, tinggalkan apa yang Allah tak suka.

Kalau kita kata susah, ianya hanyalah alasan bagi kita yang punya tubuh badan yang MALAS ini. Oh, memasak untuk suami juga satu ibadah ya. Kita akan lega dan gembira bila kita dapat menyediakan juadah untuk suami walaupun ianya hanya lauk ringkas sahaja. Bila suami makan dengan penuh selera, terasa berharganya sedikit keringat dikeluarkan untuk menyediakan hidangan tersebut.

Kobis Goreng Telur.

Sup Ayam.


Alhamdulillah... mudah sebenarnya nak buat ibadah ni. Jom, kita sama-sama buat ibadah!

10 comments:

  1. betul tu k.cik...hidup ini satu ibadah...bie beli buku tu kat pesta buku tahun lepas...ank2 sedara pun suka baca buku tu...ada yg masih tunggu turn nk baca buku tu.

    ReplyDelete
  2. betul kakchik, setuju sangat... senang je nak dapat pahala ibadah jika niat betul hanya kerana Allah...

    yang mudah tapi susah jika sukar diamalkan.

    ReplyDelete
  3. salam kak chik...

    saya pun sedang baca buku Langit Ilahi tu. memang best, santai je. tapi tak habis2 baca lagi. so jealous sket la dgn kak cik sbb kak cik dah habis baca! hehe... semoga hidup kita dipenuhi ibadah2 yang diterima Allah, insya allah... :)

    p/s: sup ayam kak cik nampak sedap la, nak resipi, bleh? ;)

    ReplyDelete
  4. ASLKM Kak Chik......kalau boleh nak mintak kakcik buat entry huraian tentang aurat dari Surah An Nur ayat 31.Setidak2nya kita boleh berkongsi pendapat dan memberi peringatan dan panduan, siapa sebenarnya yg dibolehkan melihat aurat kita...
    Ada yang keliru melihat saya sentiasa bertudung dan tidak bersalaman walau dikalangan ahli keluarga.....mugkin ada yg tidak tahu ipar duai lelaki tu non mahram kita sebenarnya.

    Thanks Kakchik

    ReplyDelete
  5. sayang kakchik...he3..xda kaitan..

    senang sungguh nk beribadah..tp kalo niat x ikhlas..hancusss...time memasak..membebel2 kat husband..hu3 bdosa kan???

    ReplyDelete
  6. Bie, tentu puas hati sangat-sangat beli buku tu kan?

    ReplyDelete
  7. Wan, sebab mudah itulah yang kita ni jadi malas nak buat.

    ReplyDelete
  8. wa'alaikummussalam.
    kakchik pun belum habis baca lagi ratna. baru sampai bab 18. masih ada separuh lagi.

    sup ayam tawar sikit.

    resepi nanti kakchik letak dlm blog My Culinary Adventures.

    ReplyDelete
  9. Wa'alaikummussalam alynna.

    Kakchik cuba nanti lah ya. Kakchik nak tulis dan hurai ni pun hanya dgn ilmu yang sedikit. Insyaallah jika idea dtg dgn elok, kakchik akan tulis.

    Terima kasih atas cadangan ya.

    ReplyDelete
  10. fmina, pandai dia kaitkan entri dgn gambar. betul sangat-sangat tu.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs