Followers

1.4.09

Selamat Ulang Tahun Mama!

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Semoga di hari Rabu ini kita semua sentiasa sihat dan sejahtera bersama keluarga masing-masing dan amanah yang kita pikul.

Hari ni 1 April ialah tarikh ulang tahun kelahiran kakak sulung kakchik yang anak-anak saudara panggil MAMA. Tapi kakchik panggil dia KAKCHIK, hehehe keliru ke? Jangan keliru ya, kakchik ialah panggil kakchik di luar rumah tapi di rumah keluarga panggil chikja.

Mama ni seorang doktor perubatan yang kini bertugas di sebuah klinik di Kubang Kerian. Dialah kakak contoh kepada kakchik & adik-beradik. Sebagai anak perempuan yang sulung, Mama telah banyak berkorban untuk adik-adiknya dan keluarga. Ketika kami kesuntukan kewangan, Mamalah tempat kami mengadu dan dia adalah seorang yang sangat pemurah dengan adik-adik.

Kakchik masih ingat bagaimana perit dan susahnya Mama menghadapi peperiksaan akhir semasa di UM dulu kerana Mama bersalinkan Muazzin Munzir beberapa hari sebelum peperiksaan bermula. Dalam linangan air mata Mama serahkan Munzir kepada Ummi untuk dibawa balik ke kampung kerana Mama mahu selesaikan juga pengajiannya. Bengkak susu Mama kerana tak dapat menyusukan hingga terpaksa dibuat pembedahan selepas tu. Alhamdulillah akhirnya pengorbanan Mama berbaloi.

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN UNTUK MAMA!
1 APRIL AMAT BERMAKNA BUAT KAMI SEKELUARGA.

10 comments:

  1. Salam...

    Selamat hari lahir juga kepada Mama Kakchik..semoga dia mendapat ketenangan dan keredhaan ilahi dunia dan akhirat.

    Saya mahukan pendapat Kakchik tentang Blog.

    ReplyDelete
  2. salamz..
    Selamat ulang tahun buat MaMa..,
    walau pun tak kenal. Semoga Allah merahmati MaMa dan keluarga selamanya.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lahir buat Mama Kakchik,semoga dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan ilahi atas apa sahaja yang dilakukan...

    ReplyDelete
  4. Wkslm Ibnurashidi.
    Terima kasih. Insya-Allah KakChik akan sampaikan ucapan tu kepada Mama.
    Pendapat untuk blog KakChik dah tulis tadi.

    ReplyDelete
  5. Wkslm Kittun & terima kasih. Insya-Allah nanti KakChik bagitau dia.

    ReplyDelete
  6. Noorma my dear, terima kasih banyak. KakChik bagitau Mama nanti.

    ReplyDelete
  7. Selamat hari lahir buat akak kak chik.. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sihat hendaknya...

    ReplyDelete
  8. hepy besday tuk mama jgk..
    moga pengorbanannya satu ktika dulu amat2 berbaloi..
    best kan dpt kakak cmtu k.chik..opsss cik ja..hehee

    ReplyDelete
  9. farah, trimas juga. kakchik dah bagitau dia tadi pasal semua ucapan ni. memang kakchik rasa bertuah dapat kakak macam mama.

    p/s: panggil chikja tu ade apa-apa ke?

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs