Followers

27.4.09

Selamat Ulang Tahun Yang!


Kepada suami tercinta,
Yang, hari ini hari ulang tahun kelahiranmu yang ke-34.
Kudoakan dirimu sentiasa sihat dan sejahtera selalu
Semoga bertambahnya angka di usiamu,
akan menjadikan dirimu suamiku
seorang suami yang lebih matang dalam segala hal
seorang hamba Allah yang lebih taat kepada-Nya
seorang anak yang lebih prihatin kepada mak dan ayah
seorang guru yang lebih bersemangat dalam mendidik anak bangsa.

Suamiku,
akan kusentiasa mendoakan kepada Allah
agar mengampunkan segala dosa-dosamu
sama ada yang telah lalu atau yang akan datang
akan kudoakan agar dirimu sentiasa mendapat hidayah dan taufikNya
akan kudoakan agar dirimu adalah suami yang begitu prihatin terhadap tanggungannya
akan kumohon dari Allah agar dirimu seorang lelaki yang bertanggungjawab
terhadap mak dan ayah
terhadap diriku dan keluarga
terhadap masyarakat
dan paling utama terhadap agama kita, Islam
akan kumohon dari Allah agar dirimu sentiasa dilindungiNya
dari mara bahaya di dunia
dari godaan nafsu dan syaitan
dari sifat-sifat mazmumah
dan lebih-lebih lagi dari azab di Neraka.

Suami kesayanganku,
semoga hidup kita bersama
akan memberikan kebaikan kepada kita
kepada ahli keluarga kita
kepada saudara-mara kita
kepada teman-teman kita
dan kepada sesiapa sahaja
di dunia dan di akhirat.

Moga bahagia kita adalah kerana Allah
Moga bahagia kita turut membahagiakan orang lain
Moga bahagia kita mendapat redha-Nya.

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Happy Birthday Graphics

15 comments:

  1. hepi besday che abe!! didoakan agar dianugerahkan usia yang panjang, rezeki yang melimpah ruah dan sentiasa beroleh rahmatNya.

    ReplyDelete
  2. Hepi beday to cik abe kakchik...br 34 yer...terasa tuanya diriku ini...hehe

    ReplyDelete
  3. selemat ulangthn kelahiran buat cik abe kak chik....moga hidup kalian berdua sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

    ReplyDelete
  4. terima kasih one Z. insya-Allah cik abe kakchik baca ucapan one Z ni.

    ReplyDelete
  5. intan, ha'ah baru 34, kakchik ni 'muda' setahun hehehe.

    ReplyDelete
  6. Suzi, jazakillahi khair dan moga Allah makbulkan doa Suzi, Amiin.

    ReplyDelete
  7. TQ Yang atas entri dan peringatan yang sangat berharga ini..

    Tulus hatiku menyayangi dan menyintaimu..

    Hanya keredhaan-NYA kupohonkan atas curahan kasih sayang ini..
    semoga ia membawa kita ke SYURGANYA yang kekal abadi..

    Syukurku pada-NYA kerana takdir ini..
    mempertemu dan mempersatukan kita
    Sentiasa kumohonkan pada-NYA
    agar..
    hubungan ini kekal berpanjangan..
    ke akhir hayat.
    terima kasih isteriku..
    I LOVE U

    ReplyDelete
  8. selamat ulang tahun buat cik abe kak chik ya...semoga diberikan keberkatan buat abe kak chik dan berbahagia disamping orang2 tersayang..Aminnn

    ReplyDelete
  9. Selamat Ulangtahun Abe...

    wahhhhh.... romantik gitu!
    :)

    ReplyDelete
  10. CT - terima kasih. mesej dah sampai tu.

    ReplyDelete
  11. pandailah nurul ni, hehehe, terima kasih ya.

    ReplyDelete
  12. selamat ulangtahnu untuk cik abe kak chik :).

    ReplyDelete
  13. Wa...terlepas ler N3 birthday cek abeng kak chik
    buzy sesangat semalam...hehehe

    Selamat ulang tahun yer....

    ReplyDelete
  14. terima kasih untuk kin dan ummi. tak mengapa lambat sikit ummi.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs