Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi bertandang ke sini. Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. Hari ni letih menguruskan mesyuarat dah hilang dan kakchik pun dah masuk ofis semula.
Hari ni Zahra' penuh sesak dengan orang dan kenderaan. Ramai pengunjung bercampur dengan 2 kumpulan penyewa yang sedang mengadakan program masing-masing di tingkat paling atas Zahra' Penyewa pertama dari Sek. Men. Agama Amir Indera Putra, Bachok yang mengadakan seminar manakala satu pihak lagi ialah CIDB yang mengadakan kursus untuk kontraktor binaan.
Tempat parking memang sesak hingga pengunjung terpaksa meletak kereta di luar iaitu sekitar Masjid Ridha dan tepi-tepi jalan. Pelajar-pelajar sekolah mula datang untuk mencari bahan rujukan dan mengulangkaji. Ibu bapa yang pergi kursus haji datang meninggalkan anak-anak mereka untuk membaca dengan harapan anak-anak dapat mengisi hujung minggu mereka dengan baik.
Dalam keadaan begini kakchik pulak dok teringatkan rancangan kakchik untuk ke Kuala Lumpur. Kenapalah bos kakchik ni tak bagi jawapan lagi? Selalunya tak macam ni.
Kakchik nak gi Pesta Buku! Huhuhu... hatiku di sama..
Jom chik..kita pi pesta buku..Kak tirana cadang nak pi hari ni..tapi Amani demam pulak. Tengok la kalau demamnya kurang, besok la pergi..
ReplyDeletesalam kak chik...
ReplyDeleteada masa lg tu..moga kak chik sampai ke sana tu...
best pergi pesta buku..kan?...dah lama tak pergi...
Kak Tirana, memang nak pegi kak tapi belum dapat lampu hijau ni.
ReplyDeleteSuzi, kakchik masih dok tunggu jwpn dr boss ni. Kalau dia bg cuti insya-Allah kakchik nak gi. Pesta buku memang best...
Salam kak chik...
ReplyDeletealahai, siannya kak chik...
Bila bos kak chik nak bagi jawapan ni...
Takper masih ada masa lagi kak chik...
Semoga kak chik dapatlah pergi, huhu...
ameen...
p/s: nanti kalau dah sampai sana, sampaikan salam saya kepada pesta buku itu yer, hehe...
azizi, terima kasih... sebenarnya kakchik dah perasan kesilapan tu tapi malas pulak nak mengeditnya, hehehe.
ReplyDeletewa'alaikumsalam balqis, itulah tak pasti dpt pegi ke tak ni. kalau smpi mcmc ya nak bgtau pesta buku yg balqis kirim salam ni, susah juga tu.