Followers

30.4.09

Letih

Assalamualaikum kepada Cik Abe di rumah tu dan semua pengunjung Keluargaku Sayang. Kepada teman-teman terutamanya, terima kasih banyak ya kerana masih sudi singgah walaupun tuan rumah takde.


Oleh sebab habis sakit badan kakchik selepas naik bas semalam, tadi pagi kakchik berehat-reha je kat rumah abang sambil sembang-sembang dengan kak ipar. Pukul 12 baru kakchik dan angah keluar ke stesen bas Kg. Melayu Subang untuk ke KL Central. Stesen bas tu lah yang paling dekat dengan rumah abang tapi sebenarnya jauh la jugak nak keluar dari rumahnya ke situ.


Selepas makan tengahari dan solat di KLCentral jam 3 petang baru kami naik Rapid KL ke MPH. Turun di stesen Taman Jaya terus cari teksi untuk ke gudang MPH tu. Masuk jauh ke dalam la jugak. Nampaknya nak keluar nanti kenalah kami jalan jauh untuk cari teksi sebab kata pemandu teksi tu jarang-jarang diorang masuk ke situ.


Bila sampai orang dah agak ramai tapi kebanyakannya keturunan Cina. Orang Melayu tak ramai mungkin sebab hampir keseluruhan buku yang dijual dalam Bahasa Inggeris. Ada buku-buku Melayu terutama yang berkenaan cara nak buat duit atau nak jadi jutawan tulisan Azizi Ali dan juga Irfan Khairi.


Kakchik datang nak cari buku-buku untuk bayi dan awal kanak-kanak tapi sedihnya tak banyak pilihan. Kalau ada pun kebanyakannya mengandungi unsur-unsur Kristianisasi. Memang tak sesuai langsunglah nak beli.


Jadi kakchik tukar pilihan kepada membeli novel-novel untuk menambah koleksi buku-buku sewa di MariBaca. Dari harga biasa RM34 - RM39 sebuah menjadi RM18 - RM20 sebuah. Boleh tahan la kan tu. Kakchik beli dalam 14 buah. Tak puas hati lagi tu... hehehe.


Selain tu mata sibuk juga mencari buku-buku resepi. Cari buku pasal roti, jumpa sebuah je. Tanya pekerja MPH, rupanya memang takde... beli ajelah yang sebuah tu dan juga buku kat bawah ni. Nampak menarik dan mudah-mudah je resepi kat dalam tu.


Buku kanak-kanak memang banyak tapi bagi kakchik memang tak sesuai nak promo kat pelanggan sebab terlalu banyak unsur kemewahan, hidup sosial, peperangan, keseronokan, parti dan sebagainya yang banyak dijual untuk kanak-kanak sekolah rendah dan awal remaja. Memang kakchik tak akan beli atau jual.


Selepas berhabis RM622 dan tangan dah lenguh mengangkat raga yang berat tu kami pun terhegeh-hegeh ke jalan besar mencari teksi. Mak oiii... letihnya berjalan kaki. Nasib baiklah anak sedara kakchik tu memang baik hati. Ditolong makciknya mengangkat plastik-plastik tu. Sampai kat rumah dah jam 7 petang.

Letih.

13 comments:

  1. Salam,

    Banyaknye membeli..kira beli lepas tu nak jual balikke?:)

    ReplyDelete
  2. tokoh bisneswoman yg b'jaya nih. hehe

    ReplyDelete
  3. Taman rumah zureen bersebelahan shj dgn KG.Melayu Subang..he3

    ReplyDelete
  4. Salam Chik...

    Huaaaa..banyaknya memborong buku..sampai rm622.

    Kak Tirana pergi jugak semalam tapi tak beli satu buku pun..Kebanyakan buku yang bagus2, kak tirana dah ada. Lagipun tak selesa nak belek dan membeli..too crowded (kak tirana bukannya suka sgt bersesak2) dan panas... Kak tirana lebih suka warehouse sale TIMES yang selalu dibuat di Sri Hartamas Shopping Center.. Tak panas walaupun bersesak2 jugak..

    p/s Terimakasih atas kunjungan ke blog kak tirana...Kak tirana sibuk sikit sekarang ni..jarang dapat lepak lelama depan komputer.. Saja kak tirana ubah wajah blog..dah jemu dengan yang lama tu..hehehe

    ReplyDelete
  5. Wkslm Ibnurashidi, banyak yang dibeli tu ada 3 kategori: untuk diri sendiri, untuk disewakan & untuk dijual.

    ReplyDelete
  6. Zara, insya-Allah will be one day. Sekarang ni belum betul-betul berjaya lagi.

    ReplyDelete
  7. Ala.... zureen, dekat tu kalau nak singgah.

    ReplyDelete
  8. Wkslm Kak Tirana,
    tu belum banyak tu kak. Mgkn sb jualan gudang je. Kalau di pesta buku biasa blh sampai beribu kak. Chik ni org berniaga kak, jumlah tu blh dikira sikit tu. Oh, akak pun pegi ya. Mmg panas kan. Yang TIMES tak terpergi, terlepas. Kalau Payless tu tmpt dia blh thn jgk ada aircond.
    Hehehe skrg chik tak baca blog akak melalui google reader, kalau sempat chik tinggalkan komen.

    ReplyDelete
  9. waaa...bnyk tu kak chik borong tu..sampai 600 ratu lebey...

    ReplyDelete
  10. boleh la yan, bajetnya RM1 ribu tapi itu je yg larat diangkut, hehehe.

    ReplyDelete
  11. Saya takde nak komen apa-apa.
    Tapi saya suka entri ini tambah sebab ada gambar2 buku kan, dan cerita kak chik ke MPH...
    Jadi, saya tulis jugalah komen nak beritahu saya suka entri ni, harap kak chik tak marah, eheh...

    ReplyDelete
  12. Tak marah la Balqis, terima kasih ada la.

    ReplyDelete
  13. kakchik, sy ni ada plan nak bukak mobile bookshop InshaAllah lepas abis blaja ni. nnt nak mintak kakchik tlg ajar petua2 meniaga kedai buku ae? bleh? :)

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs