Followers

8.4.09

Mengharapkan cuaca yang cerah seperti hari itu.

Assalamualaikum semua.

Hari ni kakchik kesibukan. Kesibukan biasa bagi orang yang bekerja. Sambil-sambil meneliti beberapa surat dan bil-bil semasa, kakchik sempat memandang ke luar tingkap Alahai... jerebunya suasana di luar tu. Dah beberapa hari macam ni. Tapi sebelah petang alhamdulillah cerah.

Kadang-kadang cuaca juga boleh mempengaruhi diri kita. Cuaca yang kelam boleh menyebabkan kita jadi murung dan tak bersemangat. Tapi bila cuaca cerah, langit terang, awan putih... hati pun jadi ceria. Kakchik kata kakchik la yang rasa macam ni. Orang lain kakchik tak tahu.

Tapi, kalau panas sangat pun jadi tak selesa juga. Dalam pejabat sejuk ada penghawa dingin, keluar pejabat, kepala boleh jadi sakit sebab panasnya sinaran mentari. Sebab tu kalau boleh nak cari tempat berteduh.

Isyk, entah apa yang kakchik merepek ni.
Sambung kerja lah!


p/s: gambar-gambar ni ambik bulan lepas ni.

4 comments:

  1. Salam kakchik... kadang2 kita nak seimbangkan... tak terllau panas dan taklah terus hujan... namun kita perlukan kedua-duanya :)

    ReplyDelete
  2. Wkslm kak e. Memang betul tu kak. Kita boleh berharap & berdoa, yang menentukan hanyalah Yang Maha Pencipta.

    ReplyDelete
  3. Betul Kak Chik, cuaca memang boleh mempengaruhi mood seseorang. Saya suka hari hujan, duduk dlm rumah sambil baca-baca buku... bunyi hujan turun atas bumbung rumah memang sangat menyamankan, huhu...

    ReplyDelete
  4. Balqis, kakchik pun suka suasana hujan tapi masa tu kenalah dok di rumah dapatlah buat macam yg balqis kata tu. Yang kurang minatnya jerebu... hujan tak panas pun tak, terasa sebu je.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails