Followers

10.4.09

Makan Malam di Hotel Ansar


Lauk sotong yang terlupa nak tanya namanya. Walaupun kakchik paling gemar Sotong Rebus Serai tapi lauk goreng stail masakan Cina inipun boleh tahan sedapnya. Semuanya licin. Ramai org tak suka sangat masakan Cina sebab kurang garam tapi bagi kakchik memang sesuai dengan selera.


Kailan Ikan Masin dan Ayam Celup Tepung Mangga Muda sememangnya hidangan pilihan kami setiap kali makan di sini. Orang yang menjamu kita malam tadi pun order lauk ini. Semasa menulis ni pun masih terasa keenakan memakan lauk ni. Makan sayur saja pun tak apa, memang sedap... tapi bahaya untuk kesihatan la pulak. Kailan tu masin...


Sup Makanan Laut dan Ikan Goreng Sos Pedas - alahai.. sedapnya sup ni. Rasa macam nak tambah lagi je tapi mana pulak ruang nak isi air? Makan berpada-pada kan.


Daging Masak Merah dan Udang Mentega memang menjadi kegemaran ramai. Malam tadi kedua-duanya LICIN. Almaklum... ramai yang datang dengan perut kosong. Ada juga yang hanya makan lauk je, nasi langsung tak sentuh. Katanya, "kalau makan nasi, kan tak muat pulak nak makan semua lauk-pauk ni." Betul jugak.



Kakchik bersama kawan baik Kak Mas yang sangat efisyen dalam kerjanya. Entah sapa ya yang ambik gambar ni *wink *wink hingga bergegar ni. Tentu sedang ketawa.


Kakchik dah selesai makan. Alhamdulillah... lepas ni nak bertolak ke Gelora Beach Resort la pulak. Jam dah hampir pukul 11 malam ni... dah letih dah ni.

8 comments:

  1. salam ptg jumaat kakchik...windu la sama akak! lama tak usik2 akak! hihihiii... aritu nk turun kb jauh bener! ader rezeki len taun kita jumpa er kak! mmg kami ader plan nk ke kb satu ari nnti! mudah2an panjang umur murah rejeki! hihihi..

    cedap2 laa tgk menu otel nih! ishhh tak leh terliur lagik! kang ngences bb nih! heeeeeee.....

    ReplyDelete
  2. wah sedapnya kak chik...saya juga suka masakan cina...
    dulu kat Ipoh ada satu restoran masakan cina...chef dia cina masuk islam ...sedapnya...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya lauk2 itu..terliur dibuatnya perut zureen ini..

    ReplyDelete
  4. wah..sedapnye kak chik..dulu mase kecik2 slalu gak ayah ajak bukak puasa kat sana kalo kebetulan ke kelantan...hurmm...rindu rasanye

    ReplyDelete
  5. wkslm hana. cepat je dia datang, hehehe. takpelah tak dpt dtg ke kb, kakchik pun faham, sekali balik nak jajah semua sekali mana la sempat kan, dah lah tu, jauh pulak. harap2 kita akan ada peluang di lain tahun ya. manalah tahu kot kakchik yang ke sana hehehe.

    ReplyDelete
  6. Suzi, masakan Cina memang sedapkan. Kat Kelantan ni banyak juga restoran masakan Cina yang Halal, Oriental, Four Seasons, Dim Sum Cafe dll.

    ReplyDelete
  7. zureen, ajaklah suami tu makan kat restoran cina yang halal, tentu ada hidangan macam ni.

    ReplyDelete
  8. Zara, oh pernah makan di Hotel Ansar ya. Makanan di Restoran Oriental hotal ni memang sedap. Kalau Zara dtg KB blh kakchik belanja makan kat situ.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs