Followers

31.3.09

Perjalanan pulang yang indah

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Terima kasih kerana kawan-kawan sentiasa sudi singgah menjenguk kakchik di sini walaupun hampir sepanjang siang hari ni kakchik berada di atas kereta dalam perjalanan pulang ke rumah. Dan terima kasih banyak kepada kawan-kawan yang telah mendoakan agar perjalanan kakchik selamat. Alhamdulillah kakchik bertolak dari Air Kuning di Bukit Gantang jam 11 pagi selepas mengambil seorang penumpang tambahan di sana iaitu adik kepada Johan AQ yang pertama.

Kakchik memandu dari sana sehingga ke Batu Melintang di Kelantan iaitu melebihi 200km sebelum diganti kawan kakchik, Nurul. Gambar kat atas tu kakchik ambil semasa dia yang memandu. Sepanjang perjalanan segalanya baik kerana kami dah tambah minyak, cek angin dan mana yang patut sebelum memulakan perjalanan tadi. Tak sangka rasanya sebab inilah kali pertama kakchik memandu begitu jauh. Sebelum ni ke KT pun tidak sejauh itu.

Singgah solat, makan & rehat di Batu Melintang pada jam 2.30 ptg dan selepas tu kami meneruskan perjalanan menuju ke Machang untuk menghantar adik Abdullah Fahmi. Dapatlah kakchik kenal rumahnya, seronoknya...

Papan tanda yang menyambut kepulangan kami. Allahu Akbar! Memang Allah Maha Besar kerana dengan izinNya kakchik selamat sampai dan dengan inayahnya kakchik dapat menikmati perjalanan yang selamat juga melihat pemandangan yang indah sepanjang jalan.

Inilah rumah Ustaz Abdullah Fahmi yang kini sedang menuntut di Al-Azhar. Khabarnya beliau sudah pun berumahtangga dan bakal mengadakan majlis menyambu menantu tak lama lagi. Adiknya memang nak jemput kakchik datang... Yey... bestnya.

Perjalanan sudah hampir ke bandar Machang. Ternampak papan tanda ini. Siapa pernah pergi beriadah atau berehlah di situ? Kakchik pernah pergi ke kedua-duanya tapi sekali sahaja. Teringin nak pergi lagi.

Tengoklah indahnya awan di langit. Subhanallah. Sepanjang jalan mendengar Opick menyanyikan Subhanallah.

Jalan yang lengang sebab kami dah memotong kenderaan lain. Memotong dengan berhemah ya.

Cantik tak terkata. Indahnya langitMu ya Allah.
Ketika ini belum sampai ke Jeli dan kereta masih banyak di depan kami. Kami pulak baru lepas makan, badan pun dah rehat... bersembanglah pulak macam-macam cerita.

Bukit apa kakchik pun tak tau tapi menarik perhatian. Sebenarnya banyak sekali gambar pemandangan yang kami ambil tapi sebahagiannya masih di dalam digicam Nurul jadi kakchik pilih-pilih yang kakchik punya dan kongsikan di sini.

Alhamdulillah. Jam 5.30 petang kakchik sudah pun sampai di rumah, disambut meriah oleh anak-anak saudara di halaman dengan macam-macam soalah. Masing-masing tolong angkat beg sebab nanti nak dapat hadiah. Jumpa orang tersayang dengan pelukan rindu, terasa hilang segala penat lelah memandu dan bekerja di Bukit Gantang. Memang berbaloi.


Inilah dia 3 orang anak saudara kakchik yang riuh-rendah menyambut kepulangan Makcik kesayangan diorang ni, hehehe. Bergaya dengan baju upin-ipin, "Taati Allah & Rasul, Taati Ibu & Bapa" dan "Jangan Tinggal Solat."

8 comments:

  1. alhamdulillah kak chik dah selamat sampai ye...tengok permandangan tu mengimbau kenangan masa2 balik kg...syoknya balik kg.

    glamer sekarang upin n ipin ye...anak2 saya suka tengok cerita ni yg episod tulah...saya download kat pc.

    ReplyDelete
  2. Salamz...
    Alhamdulillah k.chik dah selamat sampai ke rumah.. wah seronok betul perjalanan k.chik, pemandangan pun indah2 belaka. Pandai k.chik ambik gambar rasa macam ikut sama.

    ReplyDelete
  3. salams kak chik,sy baru perasan byknye novel2 kak chik !!!...bestnye...sy dulu pun selalu beli novel mase skolah menengah,tapi selalu sedare mare dtg, and pinjam x bagi balik.kawan2 abg pun pinjam jugak.skrg dh tinggal berapa biji je.isk2.

    tak bleh jadi ni..nanti sy balik msia,kena g kedai kak chik ni !

    ReplyDelete
  4. suzi, terima kasih. pemandangan sepanjang jalan tu memang indah sebab banyak pokok hijau dan langit pula cerah. seronok kan.
    pasal budak2 tu sibuk dok nak upin-ipin la kakchik fikir baiklah belikan baju tu lagipun kata-kata di baju tu sangat bagus.

    ReplyDelete
  5. kittun - wkslm dan terima kasih. perjalanan seronok kerana kita tenang dan yakin Allah akan menjaga sepanjang memandu. ambik gambar amatur je kittun pakai canon ixus je dari dalam kereta.

    ReplyDelete
  6. wkslm dik baran,
    novel kakchik memang banyak sebab dah lama kumpul, itupun setengahnya dah senasib dgn novel2 baran tu. org lain kat rumah tak baca novel jadi daripada terperuk kat rumah, baiklah dibuat sewa, balik juga modal beribu ringgit yg dilaburkan selama ni, hehehe. bila balik tu mesti datang ya, kedai kakchik memang suka sangat kalau ada peminat buku datang.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum....
    lame saye tak menjengah blog k.chik ni....windu rasenye...tup...tup...k.chik dah blk dr taiping...seronok saye bace story k.chik...dgn semangat yg ade,sy kagum la ngan k.chik ni.terasa rugi plk sy x ikut hubby pegi penamaan calon ari tu....SEMANGAT ISLAM...

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikumsalam allkmurni.
    Terima kasih kerana datang lagi & kerana rindukan blog kakchik ni. kenangan bekerja untuk Islam memang indah sebab tu kalau ada peluang elok kita ambil. Mana tahu sumbangan kecil kita tu (sokongan) akan mendapat ganjaran dari Allah Ta'ala. Terima kasih temanku.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs