Kadang-kadang bila tekak kita mengidam nak makan sesuatu, ada je orang yang sudi menjadikan ianya kenyataan.
Seronok kan? Semalam kakchik dok terasa nak makan murtabak daging sebab dah lama sangat tak makan. Lagipun jarang ke pasar malam atau singgah kat gerai-gerai murtabak kat tepi jalan. Tak selesa nak makan.
Alih-alih balik je dari kerja, La bawa balik sebungkus murtabak. Dia beli kat stadium sebab situ jelah tempat yang banyak gerai makan yang dekat dengan hospital.
Alhamdulillah... barangkali Allah makbulkan doa kakchik yang sepanjang mesyuarat semalam, dalam hati dok berdoa agar dapat makan murtabak. Syukur... dapatlah makan akhirnya.
YA Allah...KAk chik...ummi pun teringin makan murtabak ler... Sedap kalau dapat murtabak daging...huhuhu
ReplyDeleteSalam....
ReplyDeleteBetul2 ngidam ke ?? Ha ha... Kak tie makan murtabak time puasa je.. Kat sini payah nak cari yang sedap.. Susah2 buat sendiri je...hi hi..
salam kak chik...
ReplyDeletealhamdulillah Allah dah perkenan doa kak chik...
sedapnya murtabak kat pasar malam...terbayang2
ala kak chik.. tinginnye muratabk tu....makankan utk sy ye..he he he
ReplyDeleteyummy...! sedapnya murtabak tu
ReplyDeletek.cik...klu nk melwat library az-zahra boleh waktu lunch tghr boleh tak?
ReplyDeletedah lama teringin nk masuk situ...tp setiap kali lalu ada saje halangan yg buatkan kita tk jd singgah...
Ummi, kakchik dah puas hati dapat makan murtabak, alhamdulillah.
ReplyDeleteKak Tie, sini murtabak tiap hari pun ada kak cuma kena tau tempatnya. Merata-rata org jual tapi nak yg sedap la kan. Kak Tie takpe pandai, blh buat sendiri, kakchik tak pandai buat murtabak ni. Cuba... tak menjadi hehehe.
ReplyDeleteWkslm Suzi. Ha'ah syukur makbul juga doa tu. Takpe, nanti balik boleh beli & makan puas2.
ReplyDeleteiu, kakchik dah makan dah. rasa kenyang tak?
ReplyDeleteKittun, memang yummy tapi nak sikit umph lagi.
ReplyDeleteBiarlah rahsia, Zahra ni buka sepanjang waktu pejabat, 9pg - 5ptg. Bolehlah kalau nak singgah dalam waktu tu. Cuma jgn dtg hari Khamis atau Jumaat sebab kami tutup. Jemputlah singgah ya.
ReplyDeletesalam kakchik,
ReplyDeletemurtabak memang fav. saya...tengoklah nanti bila bulan puasa. bermcm jenis murtabak ada.
wa'alaikummussalam zue.
ReplyDeletebulan puasa memang segala jenis makanan akan ada zue, sampai tak tau nak pilih kan.