Followers

17.4.09

Letih mengalahkan menteri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kawan-kawan semua apa khabar hari ni? Kami di Kelantan ni sedang berhujung minggu tapi ada aktiviti juga, takde lah lekat di rumah.

Mmmm... mana kakchik nak mula cerita ni. Ada banyak perkara nak kongsi kat sini tapi otak macam tak mau kerjasama je... jari pulak dok menanti arahan dari otak nak mula menaip. Isyk, ni yang malas ni.

Kakchik keletihan yang amat ni, kata orang kalah menteri, hehehe. Dari pagi semalam hingga pukul 2 ptg tadi barulah kakchik dapat duduk dan betul-betul mengadap laptop ni.

Sebenarnya hari ni kakchik ada mesyuarat agung muslimat kawasan. Khidmat kakchik ni lebih kepada keje-keje belakang tabir dan teknikal. Kena buat montaj, uruskan lagu rasmi, nasyid apa yang nak dipasang dan lain-lain. Macam keje orang lelaki je tapi insya-Allah kakchik and the gang pun boleh buat... kita cuba yang terbaik.


Bergambar beramai-ramai selepas mesyuarat selesai.

Petang semalam ada rehearsal tapi tak siap sepenuhnya sebab sebaik je LCD Projector dipasang, habis balckout seluruh dewan. Nasib baik hari ni ada backup dapatlah montaj kami ditayangkan w/pun pembesar suara pula yang buat hal. Malam tadi ada solat jemaah bersama Tok Guru di Pusat Tarbiah sebelum Tok Guru berangkat ke Makkah menunaikan umrah. Bersama bersolat dan kemudiannya mendengar tazkirah dari beliau tentang kepimpinan Islam. Banyak point penting yang kakchik catat.


Suasana selepas solat Maghrib di Pusat Tarbiah malam tadi. Ramai sebenarnya tapi kakchik segan nak ambik banyak gambar.

Kata Tok Guru kalau hendak pilih pemimpin, pilihlah dari kalangan mereka yang boleh menjadi IMAM dalam segala urusan dan mampu bekerja seperti PENGHULU. Nabi Muhammad saw ada menyebut tentang IMAM YANG ADIL, orang sebegitulah yang harus diutamakan. Beliau juga sarankan kita undi calon yang sentiasa mengHADIRI USRAH dan majlis-majlis ilmu SECARA AKTIF kerana orang tersebut sudah tentu mempunyai kefahaman agama yang tinggi tidak kira apa bidang kerjaya beliau.

Seorang yang RINGAN TULANG dalam masyarakat juga Tok Guru cadangkan menjadi pilihan kita kerana insya-Allah orang sebegini akan memandang berat soal kebajikan rakyatnya bukan mementingkan diri, keluarga dan kroni sahaja. Kata Tok Guru lagi, sebaik-baiknya pemimpin itu adalah seorang lelaki yang suka berSOLAT JEMAAH di MASJID. Pemimpin yang baik ialah seorang yang sungguh memandang berat soal waktu sembahyang. Seboleh mungkin solat 5 waktunya dalah berjemaah sama ada di masjid (paling baik) atau pun di surau di tempat kerja masing-masing.


Dewan mesyuarat dalam persiapan. Petang 16 April 2009


Dan tak lupa, kata Tok Guru pilihlah pemimpin yang TIDAK MEROKOK kerana untuk memastikan rakyat semakin kurang merokok ialah dengan melihat dan mencontohi pemimpin yang tidak berbuat demikian. Pemimpin Islam yang tidak merokok ialah seorang yang benar-benar ikhlas dalam mentaati agama. Begitulah lebih kurang apa yang kakchik catat dan faham dari tazkirah Tok Guru malam tadi. Nak ulas lebih-lebih kakchik tak pandai.

Balik dari solat sampai di rumah dah dekat pukul 12 malam. Nak kena sambung keje menyiapkan montaj. Bukannya tak boleh disiapkan lebih awal tapi ini adalah kemaskini terakhir. Kena cek gambar-gambar yang dimasukkan, edit ejaan, betulkan mana yang salah dah testing beberapa kali dekat pukul 2 pagi baru nak lelapkan mata. Tapi mata ni kalau dah terlebih masa bukannya senang dia nak lelap. Baca Ya Karim dan Ya Aziim berpuluh kali, alhamdulillah akhirnya lelap juga hingga jam 5.30 pagi.

Jam 8 pagi dah pres kereta ke Komplek Purnama untuk cek alatan siaraya dan peralatan media. Rupanya dah ramai perwakilan yang hadir, bersesak-sesak depan pintu masuk sambil mendaftar dan membeli-belah.



Suasana dalam dewan mesyuarat.

Alhamdulillah majlis menepati masa dan berjalan dengan lancar sekali. Balik jam 1 lebih badan dah rasa macam nak baring je tapi bahang panas yang amat ni menyebabkan tiada tempat dan keadaan yang selesa untuk baring. Rumah kampung mana ada air cond, harapkan kipas dan angin asli je. Agaknya petang ni nak hujan, tu yang panas sangat tu.

Gitulah lebih kurangnya jadual kakchik semalam dan pagi tadi. Takde lah sesibuk menterinya, saja je tu nak ekspresi diri kononnya teramatlah sibuk hehehe. Panas-panas ni sedapkan kalau dapat makan tembikai. Tadi masa balik, kakchik ada beli setengah biji, dah habis sekali round je. Rugi pulak tak beli sebiji. Tapi... kira cukuplah kan. Chow.

No comments:

Post a Comment

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs