Balik dari KB tadi dah pun jam 1 lebih sikit. Memang berpeluh-peluh kami berdua sebab cuaca sangat panas. Perut pun dah lapar. Kat bandar tadi, masa lalu kat kedai-kedai di tepi stesen bas bandar untuk pergi beli tiket, kami masuk ke BREAD HOME untuk 'cuci mata'. Maklum... lama sungguh tak lalu kat situ. Perut yang lapar jadi makin lapar melihat begitu banyak pastri dan roti kat situ. Apa lagi, kami pun belilah CHICKEN ROLLS untuk setiap orang kat Zahra' tu. Kononnya untuk minum petang, hehehe. Panas-panas lagi dan kata Kak Ma dan Dila, MEMANG SEDAP! Berbaloi kami beli tadi. Kakchik belum cuba sebab dah ada nasi. Simpan makan petang nanti lah.
Tiket bas untuk ke Shah Alam pun dah beli. RM45! PUNYALAH MAHAL! Tak sangka setahun tak naik bas, dah begini tinggi harganya. Insya-Allah kakchik naik bas di Pengkalan Chepa esok malam jam 9 dan akan terus ke Shah Alam. Biasanya kalau pergi dengan Adik, kami turun di Putra. Kali ni pergi sorang, elok terus ke SA, dekat sikit abang nak ambil.
Lepas membeli buku di Jaafar Rawas kami ke Bazaar MPKB untuk beli makanan tengahari. Nasi campur untuk kakchik dan Dila, bihun + kuey tiau sup untuk Kak Ma. Sambil tunggu nasi siap dibungkus, nampak la kedai Laila Rawas yang jual tekstil kat depan tu. Kakchik belum pernah masuk lagi tu. Tu kedai adik-beradik Jaafar Rawas la tu. Dah banyak deretan kedai kat kawasan tu dibeli keluarga diorang. Keturunan Arab ni memang pandai berniaga.
Tu beg plastik Jaafar Rawas yang kedainya di tingkat bawah Bangunan PAS Kelantan. Punyalah ramai orang kat kedai buku tu. Kat situlah paling banyak dijual kitab-kitab Arab, buku-buku agama dan juga kaset, CD, VCD, DVD pelbagai bidang keagamaan dan pendidikan. Memang terkenallah kedai ni.
Dan gambar di sebelah tu ialah semua buku yang kami dah beli tadi. Insya-Allah dalam seminggu lagi buku-buku tu akan berada di Rak Buku Terbaru di Lobi Zahra'. Kami pula yang tak sabar nak membelek dan membacanya. Masa memilih tadi pun dah naik 'kelabu mata' dibuatnya. Apa pun bab membeli buku ni, kakchik memang tak kisah, memang suka punya. Lama pun tak apa kat kedai buku, hehehe.
Wokeh, sambung malam nanti la pulak.
kak chik...
ReplyDelete1. sedapnya chicken roll itu... Rasa cam nak buat jer...
2. wa...wa...nak nangis tengok buku kak chik! Ummi dah lama beli buku2 banyak2!
nampak menyelerakan betullah chicken roll tu..nyum3
ReplyDeleteHmm...yum yum...menarik betul chicken rolls tu...hi hi..
ReplyDeleteummi, kakchik pun tak pandai buat. kami beli tu. jangan nangis ummi, takpe, simpan duit nanti order la buku byk2 ngan kakchik hehehe.
ReplyDeletezureen, kawan2 kat opis ckp sedap, kakchik pulak jadi tak selera nak telan, perut kenyang.
ReplyDeletekak tie, blh cuba buat tu, guna roti sandwich je tu
ReplyDeletesalam...kak chik dtg KL utk apa???
ReplyDeletenk beli buku atau ada urusan perpustakaan??
wkslm sya_ais & slmt dtg ya. kakchik gi kl utk ke mph warehouse sale. pbakl dah terlepas so, yg ni pun jadilah.
ReplyDeletesya _ais ni sebenarny inbisat...
ReplyDeletesya_ais ni nama kat email...hehehe
inbisat tu pn bukan nama sebenar...nama sebenar sy adlh syakilaisma
sya_ais @ inbisat, lepas ni kakchik panggil sya aje ya.
ReplyDelete