Followers

18.4.09

Kalau kat rumah masa ni...

Kalaulah hari ni kakchik tak keje... rasanya nak je masak sup ayam macam yang kakchik pernah buat ni. Makan saja-saja macam tu... huhu sedapnya... bubuh kentang banyak-banyak, campur karot, biar kuahnya kaw-kaw sikit lepas tu bila dah masak tu taburkan bawang goreng dan daun sup, waduuuuuh... sedap banget.


Lepas tu goreng pulak sayur campur dengan telur macam kat bawah ni, campur kicap manis sikit... alahai sedapnya.


Tapi kan, kakchik kat ofis la sekarang ni. Mana nak masak kan?
Dua-dua lauk tu kakchik buat sebelum ni.
Oh, teringin sekali nak makan.

9 comments:

  1. kak chik ni, macam org mengidam plak...hihihiih...

    ReplyDelete
  2. memang mengidam ni kin sebab belum makan lagi ni

    ReplyDelete
  3. ke mengidam ada maksub ni kak chik hihihi...jgn marah gurau je...

    ReplyDelete
  4. Salam kak chik...

    Terima kasih bagi idea ni, saya dah kering idea fikir nak masak apa petang ni...

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Adehh..sangat lapar melihatnya..tentu sedap bukan? tapi bukankah masakan kelantan manis-manis?

    ReplyDelete
  6. Suzi, kalaulah benar-benar ada maksud, bagusnya...

    Wa'alaikummussalam Balqis, sama-sama. Silakan tiru jika menyenangkan hidup, hehehe.

    Ibnurashidi, insya-Allah sedap. Memang byk masakan Kelantan yang manis tapi kakchik sekeluarga ni tak suka manis2 kecuali Ayah yang suka kuih-muih, sira dan pengat. Keluarga kami suka masakan bersup.

    ReplyDelete
  7. Salam kakchik,

    Kak tie ada terbaca pasal ni :

    Babi SUDAH JELAS HARAMNYA... PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.

    SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK b***
    > 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
    > 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
    > 3. Ajinomoto ( Thailand )
    > 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
    > 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
    > 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
    > 7. Sabun FAB berbuku
    > 8. Lobak Jeruk
    > 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
    > 10. Krim Muka Hazeline Snow

    SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT b***, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
    > 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
    > 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
    > 3. Daging Burger Import
    > 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
    > 5. Kasut Bola Jenis ‘ Gold Cup’
    > 6. Berus Gigi Jenis ‘ Reach’
    > 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
    > 8. Semua sabun mandi yang diimport
    > 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
    > 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
    > 11. Have Pearl Cream
    > 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
    > 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
    > 14.. Beehon Segera Siam
    > 16. Sabun Mandi Yang Berminyak

    SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK b*** DAN BINATANG TIDAK HALAL )
    > 1. Bosset Wine Gum
    > 2. Dairy Milk Coklat
    > 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
    > 4. Sugus Strawberry
    > 5. Passer Doily Mixture
    > 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
    > 7. Scothes Vikmin
    > 8. Share Extra Atrenght
    > 9. Black Current Jelly
    > 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
    > 11. Valvis Gelatin
    > 12. Sarung Kapsul Ubat
    > 13. Ais Krim dalam bekas plastik
    > 14. Gula-gula Fruities
    > 15 Cake Mets Vilber Punch
    > 16 Coklat Cake
    > 17 Tepung Kastard Lady’s Choice
    > 18 Semua jenis Jelly
    > 19 Semua jenis gincu bibir
    > 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
    > 21 Lady’s Choice Jelly

    > SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
    > 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
    > 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
    > 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
    > 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
    > 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
    > 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
    > 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

    Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang. TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.

    Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!

    AMARAN OLEH KERAJAAN M’SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!

    Ref. Message: Pringles Potato Chips

    Looks like you have to find another alternative to munch.
    Just to let you and gang know…….. I have checked. It’s true that the chips contain Emulsifier.

    Dr Safurah Hj Jaafar ;
    Principal Assistant Director;
    Ministry of Health , Malaysia ;
    Tel: 03-2540088.

    Adoi...kak tie bengong ni... betul ke ?? Boleh tak Kakchik bagi pendapat ??

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikummussalam kak tie. Terima kasih ya kerana berkongsi maklumat ni. Pendapat kakchik macam ni:
    1. Alhamdulillah sebab takde satu pun benda dalam senarai tu kakchik @ keluarga guna kecuali bbrp brg yg ada alkohol.
    2. Perkara ni kena rujuk Persatuan Pengguna Islam M'sia sebab ada senarai produk yang haram digunakan di M'sia ni. Biasanya kakchik rujuk PPIM, CAP & JAKIM.
    3. No. Tel yang diberi tu tak wujud (ada unsur menipu ni).
    4. Memang benar ada produk yg betul2 haram cumanya kaedah surat berantai ni akan menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam. Kakchik tak pernah forward kepada orang lain.
    5. Alkohol ada byk jenis dan kena cek betul2 yang bagaimana yang menjatuhkan sesuatu itu haram.
    6. Sebab kakchik bukan pakar mengharamkan sesuatu, kakchik cadangkan kak tie cek dgn PPIM/CAP/JAKIM untuk lebih yakin.
    7. Jika bermain dengan hukum yang paling utama ialah ada dalil dan buktinya.

    Rasanya gitulah pandangan kakchik pasal hal ni.

    ReplyDelete
  9. Salam kakchik.

    Ooo...no tipu rupanya... Terima kasih laa... Kak tie rasa heran, sebab kenapa dibiarkan kita orang islam makan kat tempat haram tu (KFC & McD), kalau benar ianya haram. Tak pe, nanti kak tie check...he he...

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails