Assalamualaikum semua, semoga kalian semua sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera selalu. Bagi CikMin yang sedang alahan tu, moga-moga takde apa-apa yang membahayakan dan jaga diri baik-baik ya, rehat-rehat di rumah agar CikMin dan baby sihat walafiat. Bagi Noorma yang MC hingga masuk wad tu, kakchik juga doakan agar lekas sembuh dan dapat kembali bersama kami di arena blogging seperti sebelum ni.
Hari ni lewat sikit kakchik update blog sebab terlalu banyak kerja nak kena buat tambahan pula kena mengasuh 3 orang budak kecik yang asyik nak bergaduh sesama sendiri sebab nakkan perhatian makciknya ni. Bukan takde bibik di rumah tapi begitulah kalau kakchik cuti, masing-masing akan berlonggok dalam bilik ni sampai nak siapkan melipat dan menggosok pakaian pun ambil masa berjam-jam kerana in-between terpaksa leraikan yang bergaduh, memujuk dan meransang. Kata Ameerah, "Chikja, bakpo bilik Chikja ni ada mace-mace?". Kata Nana pulak, "Bakpo buku kanak-kanak pun ado dale bilik Chikja ni? Hok banyok-banyok dale kotok tu buke buku Ayoh Wae ko?" (Pesanan: Sila baca dengan loghat Kelantan).
Pagi tadi Ummi nak ke pasar tapi kakchik tak boleh nak temankan sebab budak-budak dok berbelit di kaki. Kalau kakchik keluar bak kata semuanya nak kena angkut sekali kecuali Amni yang masih baby tu. Jadi kakchik terpaksa biarkan Ummi kakchik yang dah tak sihat tu pergi tunggu penjual ikan di gerai nasi kat depan tu. Bagi orang tua yang sedang sakit kaki, berjalan 100 langkah memang amat sulit tapi itulah yang terpaksa Ummi kakchik lakukan. Selalunya kakchik bawa dia ke pasar di seberang jambatan atau pun ke pasar pagi esok di Kota Jembal tapi esok kakchik ada mesyuarat agung yang perlu kakchik bertugas. Sedih hati tapi nak buat macamana, terpaksa juga.
Rumah kami ada 2 pembantu rumah. Seorang pembantu La yang mengasuh Ameerah, Amreena dan Emran dan seorang pembantu Chena yang mengasuh Ikhwan, Iffah dan Amni. Tapi diorang ni kalau 'lepa' mata sikit memang suka bersembang. Kira bertuahlah diorang kalau budak-budak semua masuk berlonggok dalam bilik ni. Hari ni nak taip sehelai surat untuk OUM pun tak sempat siap. Kakchik suka dan amat sayang dengan anak-anak buah kakchik ni dan seronok melayan mereka tapi ada masanya kakchik perlukan privacy untuk belajar dan lakukan kerja-kerja rumahtangga. Terpaksalah berkali-kali kakchik melaung memanggil bibik budak-budak ni agar mengambil salah seorang dan dilayan sebentar. Memanglah budak-budak ni tak mahu. Yang kakak-kakaknya tu agak senang dipujuk, "Kalau nak duduk dalam bilik Chikja, ambil buku tu dan baca elok-elok. Tak nak Kakak dan Nana bergaduh deh. Nanti keje Chikja lambat siap. Nanti kena marah." Walaupun mulut diorang becok tanya itu ini tapi taklah serabut sangat rasanya. Kakchik boleh jawab soalan diorang sambil gosok baju Cik Abe. Hmm... kakchik intai nampak bibik berdua tu sedang buat kuih, entah diorang buat kuih apa masa tu kakchik tak nampak. Tapi tak datang pulak ambil Emran ni yang tak duduk diam langsung. Budak lelaki memang lebih aktif dari yang perempuan. Anak-anak...
Hampir jam 12 tgh baru kakchik selesai menggosok beberapa pasang baju Cik Abe dan kakchik sendiri. Rasanya ibu-ibu yang tiada pembantu rumah memang akan melalui keadaan yang sama. Melayan anak-anak sambil melakukan kerja-kerja rumah. Seronok ada tapi letih pun ada juga. Adik kakchik, La tu sedang mengandungkan anak keempat dan kerjanya sebagai doktor di O & G memang meletihkan sekali. Dia sebenarnya bernasib baik kerana dapat berpindah semula ke Kelantan dan tinggal di rumah ini kerana anak-anaknya akan sentiasa ada orang yang ambil berat iaitu Ummi dan mak-mak sedara diorang iaitu kakchik dan Adik. Jadi bila balik kerja terutama selepas on-call, anak-anak memang serbu ibu mereka. Kakchik terfikir kalaulah kakchik di tempat dia mungkin sudah terfikir untuk tumpukan masa kepada anak-anak sepenuhnya tapi ala kullihal, mana mampu buat begitu kerana rumahtangga mereka juga perlukan pendapatan dari dua sumber untuk survive.
Kami suami isteri pun masih belum stabil kewangannya. Agaknya Allah belum makbulkan doa kami untuk mendapat anak kerana Dia Maha Tahu keadaan kami berdua. Tapi kakchik sentiasa optimis yang Allah juga Maha Mengasihi hamba-hambanya yang sentiasa berusaha untuk agamaNya dan selalu bermohon harap dengan-Nya.
Balik pasal cerita mengasuh ni, jagaan kakchik bertambah dua orang lagi. Ikhwan dan Iffah baru sebentar pulang dari sekolah bersama Chena (ibu diorang). Apa lagi diserbunya bilik TokMek untuk cari gula-gula hinggakan TokMek nak solat pun terganggu. Nana jumpa sebiji gula-gula dalam almari TokAyah, Iffah pun nak juga, direbutnya tapi Nana sempat simpan, nak marah, ditumbuknya si adik. Meraunglah Nana macam nak pecah rumah. Almari baju TokAyah pulak yang jadi mangsa budak-budak tadika ni. Si abang yang tahun 4 pun turut serta mencari 'coklat' yang tidak ada. Kesian Ummi dan Ayah kakchik, melayan kerenah cucu-cucu yang manja dan mengada-ngada juga sesekali.
"Dah, maghi sini semua. Chikja ada sweets ni. Macam-macam kaler ada. Maghi ambik sebiji sorang." Semua datang berderet kat depan pintu bilik nakkan gula-gula walaupun ada yang masih terisak-isak. Sekali tengok muka diorang yang innocent tu terasa nak gelak pun ada. Isyk, budak-budak ni... dalam geram pun kakchik masih lagi rasa diorang ni comel-comel. Kesian Amni berkelip-kelip tengok abang-abang dan kakak-kakak semua dapat 'coklat'. Sekali-sekala je boleh makan 'coklat' ni sebab gigi masing-masing dah banyak yang di'makan ulat'.
Oklah, sampai situlah dulu kakchik membebelnya sebab nak ke Pengkalan Chepa sebentar untuk lihat tempat program esok. Kakchik nak kena cek PA System, LCD, laptop, skrin dan wiring untuk alat-alat media esok. Itulah kerja kakchik, sedikit sumbangan berbentuk kemahiran yang kakchik ada. Moga majlis esok berjalan lancar. Oh, sebelum pergi, layanlah dulu gambar-gambar kat bawah tu.
Perkongsian : Hujan
8 years ago
Salam,
ReplyDeleteAduh....kak tie suka betul lepat ubi ni. Dulu masa kecik2 mak selalu buat. Tapi dok kat sini, susah nak cari daun pisang. Kalau beli yang dah siap rasa kurang je...he he..
Alahai ada ubi kayu rebuslah..mkn dgn ikan kering atau sambal bilis pun sedap..nyum3.
ReplyDeletehmmm...ubi kayu, lama tak makan. Nampak menyelerakan! Sini ada jugak jual, tapi mahal la...=P.
ReplyDeleteSuka baca kisah kak chik duk bebel pasal budak2...hehhe.. Ramai ye anak2 buah kat rumak kak chik sekrg. Mesti riuh rendah macam tadika pulak, kan? hehhehe... Kalau sekali sekala, tentu rasa seronok. tapi kalau hari2 kena layan budak2 yg macam2 karenah, apa lagi time kita banyak keje nak kena buat, sekali sekala tentu rasa tensen jugak! hihihhh... takpe, sabar2.... anak2 kecik penyeri hidup kita yg dewasa!
adoi, panjangmya crite. letih jari scrool.
ReplyDeletenampak sedap je lepat tu. kalau taruh gula merah atau gula kabung lagi best kut.
ubi kayu rebus tu yg plg beh! :D
ReplyDeleteWa'alaikummusalam kak tie. Sekarang ni memang susah nak dapatkan daun pisang tu. Nasib le kami ni dok di kampung, tanam pisang sendiri. Beli kan mahal pulak. Lepat tu sedap tapi kakchik lagi suka lepat pisang.
ReplyDeletezureen, kalau makan dengan sambal bilis tu kakchik pernah cuba tapi dengan ikan kering belum pernah lagi. mungkin kena cuba ni.
ReplyDeletekin, tempat org kin mmg bukan tanaman biasa sb tu lah mahal kan. kat kg ni cucuk tepi pagar je dah dpt banyak & besar2.
ReplyDeleterumah kakchik mmg macam tadika kin, banyak yang seronoknya, nasib baik. sekali-sekala je yang tensen nya :)
kesian one z, hehehe cerita panjang sebab modal banyak, ala baca style scanning je, tentu cpt siap. ha'ah betul tu pasal mkn lepat dgn gula merah tu, sedaaaap.
ReplyDeleteintan ni tentu sukakan yang tradisional sebab tu paling suka ubi kayu rebus kan.
ReplyDelete