Followers

14.4.09

Kepompong Emas!



Assalamualaikum dan salam kasih sayang untuk teman-teman semua. Sekarang dah jam 2.12 petang dan kakchik ni sedang bersiap-siap untuk mesyuarat sekejap lagi. Teringat pulak hari ni takde kemaskini satu apa pun dalam blog ni. Kesibukan sungguh. Biasalah kalau nak mesyuarat kan. Banyak senarai yang perlu dipastikan tersedia, lengkap dan kemas.

Jadi, untuk mengisi kekosongan hari ni kakchik nak tunjukkan gambar kat atas tu. Nampak tak kepompong yang berwarna emas tu? Kamera kakchik memang tak dapat nak 'tangkap' betul-betul kilauan dia. Ada dua kepompong macam ni, memang kalau tengok di luar macam emas. Pakcik Aziz, pembantu penyelenggaraan kami, terjumpa kepompong ni semasa dia memangkas pokok-pokok hiasan di depan pintu utama Zahra'. Dia terkejut dan rasa sayang nak biarkan kepompong tu mati atau rosak jadi dia cucukkan dahan tempat kepompong tu bergantung kat celah-celah pohon teh hiasan.

Siapa tahu kepompong ni untuk rama-rama jenis apa? Memang cantiklah. Kuning keemasan dan berkilau-kilau. Mula-mula Pakcik Aziz tunjuk kakchik ingat dia main-main, rupanya betul. Kalaulah kakchik ni terer ambik gambar dan ada pula kamera canggih, terasa nak aje 'capture' kecantikannya.

p/s: Tapi kakchik geli nak sentuh.... hehehe

Oh, sebelum 'chow' layan nasi lemak sebungkus. Yum, yum.



Wassalam.

9 comments:

  1. comey sungguh kepompong tu,....xprnh tgk pulak sblm ni.

    ReplyDelete
  2. 1st time tgk kepompong emas gini...amazing.

    ReplyDelete
  3. Agaknya rama2 tu warna apa ye bila kuar nanti??..mesti cantik>>amiklah gambar Kak Chik..

    ReplyDelete
  4. are, kakchik pun sama. first time tengok tu, takjub la jugak

    ReplyDelete
  5. zureen, kakchik pun ada plan nak ambik gmbr tapi entah sempat ke tak sebab takde masa nak tunggu dia. tapi cantik kan.

    ReplyDelete
  6. kak chik...memang cantik ler... kalo ler dapat tengok rama2 tu keluar kan bagus...

    ReplyDelete
  7. ummi, kakchik ada juga hajat nak ambik gmbr bila dia keluar nanti. tengok la kalau berpeluang blh la kongsi kat sini.

    ReplyDelete
  8. Saya tak penah tengok kepompong rama2 kak chik, mesti sangat cantik rupanya, kan?

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs