Followers

13.4.09

Terima kasih.

Assalamualaikum kepada semua kawan-kawan kerana sudi menjenguk kakchik di sini semoga kalian semua dalam keadaan sihat dan sejahtera. Macam nak tulis surat je... maklumlah dah lama tak berutus surat ni sejak kenal email dan sms hehehe.


Ini hadiah dari kakchik. Nak baca kena klik biar jadi besar.

Yang sebenarnya kakchik menulis entri kali ini untuk menayangkan 'award' dan hadiah pemberian beberapa orang teman yang dekat di hati. TERIMA KASIH banyak-banyak sebab kalian ingat kat kakchik walaupun kakchik kadang-kadang tak sempat nak menziarahi blog kalian. Tapi insya-Allah ingatan terhadap kawan-kawan sentiasa tersemat di dalam hati. Tak pernah sehari tak rindu nak menatap nama-nama kalian di senarai blog walaupun tak dapat gi tengok.

Kali ni kakchik nak ucapkan TERIMA KASIH sekali lagi kepada kalian semua. Tapi ada 3 ucapan khas, tengok di bawah tu...

Baiklah, ini ucapan TERIMA KASIH KHUSUS untuk NORMI yang kini di Sabah kerana telah menghadiahkan kakchik kad dari I Luv Islam di bawah ni. Terima kasih kerana ucapan itu telah menambahkan semangat kakchik untuk meneruskan kecemerlangan di dalam pelajaran kakchik termasuklah kehidupan dan kerjaya.



Yang keduanya ialah kad ucapan hari lahir yang kakchik terima dari SUZI yang kini di Adelaide, juga dari koleksi I Luv Islam (ramai sungguh peminatnya). Kata-katanya sungguh indah sekali. Terasa begitu besar harapan yang Suzi hulurkan buat kakchik. TERIMA KASIH adikku.



Yang terakhirnya kakchik terima satu 'award' dari LILY @ MAMA DANISH yang kini di Pahang. Comelnya 'award' ni dan kakchik berterima kasih kerana Lily sukakan blog kakchik yang entah apa-apa ni. Kakchik harap ada manfaat yang Lily dapat dari blog kakchik yang tak ilmiah langsung ni.



Kata Lily, 'award' ni ada 'rules' iaitu:
1. The winner can put the logo on his/her awesome blog - OK, DAH LETAK.
2. Link the person you received your award from - OK, INI LINK KE BLOG LILY
3. Nominate at least 7 other blogs - LIHAT SENARAI PENERIMA DI BAWAH YA.
4. Put links of those blogs on yours. - SET!
5. Leave a message on the blogs of those you’ve nominated. - WOKEH!

Dengan sukacitanya kakchik nak anugerahkan 'award' di atas kepada:
Dan kakchik harap kepada semua yang ucap selamat untuk kakchik exam, ucap tahniah atas kejayaan kakchik dapat dermasiswa dan yang tulis ucapan untuk hari ulang tahun kelahiran kakchik tu, kalian sudi terima hadiah yang tak seberapa di atas tu. Kakchik titipkan khas untuk kalian semua dengan doa, Allah akan permudahkan perjalanan hidup kalian menuju Syurga abadi di akhirat kelak. Moga kasih sayang yang kita pupuk melalui perkenalan dan persahabatan kita akan mendapat redha-Nya.

Kakchik sayang kalian semua dunia akhirat, insya-Allah.

12 comments:

  1. salam kakchik...cikmin dtg amik award gift ni ye..terima kaseh kakchik....

    ReplyDelete
  2. salam KakChik,
    iza datang nak amik award ni ye..
    syukran.. :)

    ReplyDelete
  3. kakchik..mekasih bebnyk sbb dh amik award yg lily bg...trharu rasenye...bo x lily nk amik puisi kakcik tuh nk letak kt blog lily..sukela nukilan tuh..lily xpandai nk tulis puisi..nk abadikan puisi dari kakchik kt blog lily..

    ReplyDelete
  4. salam kak chik..bestnya ramai yg ingat kat kak chik..seronokkan bila rasa diri dihargai..

    ReplyDelete
  5. Wah!! kakchik syahdunya....rasa nak nangis boleh ke???? ngengenge
    ala kulli hal, terima ksih atas ucapan terima kasih itu....
    suami saya cakap kalu kelik kelate kene ziarah kakchik ni.... jom dtg sabah, may be boleh buat sajak lagi mengadap gunung plak.

    ReplyDelete
  6. Wkslm CikMin. Silakan ambil ya.

    ReplyDelete
  7. Wkslm Iza. Silakan... maaf la hadiah tak seberapa.

    ReplyDelete
  8. Lily, sama-sama. KakChik memang buat hadiah tu untuk semua termasuklah Lily. Silakan ya. KakChik tulis apa yang ada dalam hati je.

    ReplyDelete
  9. yan, alhamdulillah. kakchik pun ingat kat yan juga.

    ReplyDelete
  10. normi, dah nangis ke belum tu? ni ha ambik tisu ni buat sapu air hidung tu. hehehe. ha'ah, kalau balik kelate, maghilah jjale ke rumah, tak pun ke zahra'. entah bila la nak sampai ke sana tu, nak berjalan ni pakai duit normi. kena piih yg lebih aula dulu.tapi manalah tau kot ada rezeki smpi ke sana.

    ReplyDelete
  11. salam kak chik...
    terima kasih...muaaah!
    nanti saya gantung kat blog...

    ReplyDelete
  12. Salam kakchik,
    Xie Xie, kamsia kamsia, tohche toche, hahaha.. terimakasih banyak-banyak kerana ingat kak aliya. Nanti saya gantung di blog. Bila mai Penang habaqlah, ya.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs