Anak-anak sememangnya cahaya mata kita orang dewasa. Di kala mereka masih kanak-kanak inilah kita memang mudah memberikan mereka kasih sayang dan didikan yang sebaiknya. Walau kadang-kadang anak-anak ini ada kerenah masing-masing tapi sebagai ahli keluarga mereka terutama jika kita adalah ibu dan bapa mereka marah kita hanya sebentar.
Allah mengurniakan kita anak-anak sebagai penyeri hidup kita. Mereka menjadi sumber keceriaan hidup kita. Tingkah laku dan tutur kata mereka sungguh menghiburkan sekali.
Anak-anak yang pintar seperti Kakak dan Nana ni memang mudah menjadikan kita begitu menyayangi mereka. Petah berbicara dan kadang-kadang pandai pula berdrama terutama si Nana tu.
Dunia anak-anak ialah dunia indah yang penuh permainan dan keseronokan. Zaman 'innocent' yang sepatutnya kita lentur dengan baik mengikut lunas-lunas agama.
Indahnya dunia kanak-kanak.
Anak-anak kita memerlukan kasih sayang dan didikan yang sebaiknya agar mereka membesar dan berkembang dalam semua aspek dengan seimbang. Fizikal yang sihat, bahasa yang jelas dan petah, otak yang pintar, diri yang kreatif, mempunyai nilai estetika dan yang PALING PENTING - PEGANGAN dan FAHAMAN AGAMA yang baik.
Anak-anak adalah insan yang begitu telus dalam menyatakan rasa hati mereka. Didiklah mereka dengan kebenaran walaupun pahit tapi sampaikan ia dengan penuh berhikmah. Elakkan berbohong dengan mereka dan pastikan JANJI DIKOTA.
Dunia anak-anak sudah jauh kita tinggalkan kerana kita sudah pun di alam belia atau dewasa. Belajarlah menjadi insan yang matang dan bertanggungjawab ke atas diri sendiri, isteri/suami kita, ibu bapa kita, masyarakat kita, negara kita dan PALING UTAMA - AGAMA KITA.
Biarkan anak-anak menikmati keseronokan dunia mereka tapi pastikan kita tidak mendidik mereka dengan KHAYALAN dan KESERONOKAN DUNIA. Sebolehnya, ELAKKAN anak-anak dari mengenali atau mengetahui apa itu Akademi Fantasia, 1 in a Million, dan seumpanya.
MALUlah kita bila nanti ALLAH bertanya, apa yang kamu ajarkan kepada anak-anak kamu? MALUlah kita jika anak-anak lebih kenal NABIL dari mengenal TUAN GURU.
MALUlah nanti bila anak-anak berpakaian seksi sedangkan kita BERTUDUNG LITUP.
MALUlah nanti jika anak-anak menari terkinja-kinja bila mendengar muzik berbanding menghormati AZAN.
MALU kita. MALU.
Dengan siapa?
TENTULAH...
Dengan ALLAH Subhanahuwata'ala.
Wallahu'alam.
p/s: Peringatan untuk diri agar berperanan dalam keluarga - saling menegur yang silap dan menggalak yang baik.
Lama tak tido atas buaian tu :)
ReplyDeletebesarnya tanggungjawab ibu bapa terhadap anak2 yg menjadi amanah drp Allah nih...
ReplyDeletebetul kata kak chik,sekarang nih risau melihat anak anak yg kecik2 dah diajar menyanyi lagu cinta dari melagukan selawat atau zikrullahkan.adekala ibubapa bangga anak jadi penyanyi.meluntur buluh mmg dari zaman kanak2.akak pun risau juga anak2 semakin membesar.hanya doa selalu akak panjatkan moga Allah melindungi anak2 akak.
ReplyDeleteSetuju..anak2 perlu dilentur sejak kecil lagi..
ReplyDeletemekasih kak chik.. :)
ReplyDeleteintan, buaian macam tu dulu org kemboja naik basikal yg jual keliling kg.
ReplyDeletekin, sebab tu kita tak blh pandang mudah amanah kita tu.
kakasma, itu yg merisaukan kak. itu hlgn dakwah yg perlu kita tempuhi kalau tak kesian anak2.
zureen, jom kita pastikan anak2 kita selamat dunia-akhirat.
iu, sama2 kasih dik.
salam kak chik..tak ada rezeki nak jumpa dengan aymy tu...insyallah lain kali boleh jumpa..
ReplyDeleteentahlah..kdg-kdg kesian tgk penyanyi di program realiti tu..mak ayah pun tumpang bangga jugak..
sebenarnya tanpa ilmu kita takkan ke mana...
salam kak chik...terima kasih atas peringatan ini...
ReplyDelete