Followers

2.4.09

Tak sangka Datuk Siti melawat Tok Guru




Menurut satu sumber berita Datuk Siti Nurhaliza bersama suami telah melawat YAB Tok Guru di Pejabat Menteri Besar hari ni. Kata Siti, beliau teringin sekali berjumpa Tok Guru setelah beberapa kali datang membuat persembahan sempena Hari Keputeraan al-Sultan Kelantan.

Apalah agaknya yang dibualkan oleh Siti dengan Tok Guru. Dengar khabar Datuk K bertanyakan khabar kesihatan Tok Guru. Siti pula kata kunjungan dia takde apa-apa agenda sekadar membuat kunjungan hormat kerana sudah lama Siti menghormati Tok Guru tapi tak pernah bertemu muka.

Kakchik suka tengok Siti dalam persalinan hitam dan bertudung lengkap, manis dan ayu sekali. Dalam laporan tu tulis Siti kagum dengan Tok Guru sebab Tok Guru memang berpegang dengan prinsip dia.

Kakitangan awam kat pejabat SUK tu tentulah seronok dapat jumpa, bersalam dan bertegur sapa dengan Siti dan Siti tentu kagum melihat dekorasi Islamik di dalam banguna pejabat SUK tersebut. Kakchik memang suka tengok dekorasi di dalamnya.

12 comments:

  1. Kan come Tok Ti pakai Tudung Selengkap ITU..

    ReplyDelete
  2. Dato CT mmg menten :). Dulu slalu gak meeting kat SUK tu...nostalgia la kakchik.

    ReplyDelete
  3. Semoga kekal pakai seayu itu..amin.

    ReplyDelete
  4. Wah...chumei nye tok ti pakai tudung lengkap mcm tu...

    ReplyDelete
  5. Ted, peminat-peminat memang harapkan Siti pakai lengkap begitu kan.

    ReplyDelete
  6. Intan, orang dah lawa dari dulu sampai skrg. Wah... meeting di SUK ni mesti keje yang banyak urusan dengan kerajaan kan.

    ReplyDelete
  7. gitulah orang soleh kan kakchik.... tok ti yang pakai tudung sekerat jalan pun jd penuh bila jumpa tok guru....alhamdulillah.

    ReplyDelete
  8. normi, marilah sama-sama kita doakan yang terbaik untuk kedua-duanya.

    ReplyDelete
  9. Cantik siti pakai tudung penuh..

    ReplyDelete
  10. emy, memang cantik kan. org dah cantik, pakai tudung lengkap lg bertambah cantik.

    ReplyDelete
  11. Cayalah Siti, huhu... Tok guru memang sporting, seronok tgk Siti pakai sopan camni...

    ReplyDelete
  12. balqis, mmg tok guru ni org yg sporting tapi kalau perkara yg lagha, dia mmg tegas. siti tu org yg lawa, pakai macam tu lagi lawa kan.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs