Followers

1.4.09

Anak siapalah ni?

Semalam walaupun sepanjang perjalanan dari Bukit Gantang hinggalah sampai ke Pasir Tumboh, kakchik melihat segala keindahan alam tapi bila sampai di Jalan Binjai - Bukit Marak untuk pergi menghantar Nurul, pemandangan inilah pula yang kakchik lihat. Betul-betul di depan kereta kakchik.

2 orang budak lelaki awal remaja ini menunggang motorsikal tanpa ciri keselamatan langsung! Dah la tu, masing-masing sibuk makan kacang ke apa sepanjang perjalanan. Bukan dekat pulak tu. Diorang muncul depan kami bermula di cadang ke Pondok Pasir Tumboh hinggalah sampai di Binjai. Jauh juga tu...

Bawa motor pula sekejap ke kiri sekejap ke kanan, relaxing sungguh. Tangan asyik masukkan kacang dalam mulut lepas tu buang kulit kacang sepanjang jalan. Eh, eh adik-adik ni... bahayanya. Nurul hon minta diorang ke tepi sebab cara memandu tu bahaya sesangat. Tapi dibuat donno je.

Duhai ibu bapa, kasihanlah anak-anak anda, elakkan memberi mereka motor, umur pun baru setahun jagung. Janganlah sampai mereka menjadi sebahagian dari fakta kemalangan pula. Kakchik bimbang tengok mereka tu.

8 comments:

  1. ngeri tu kak chik...
    bila saya sampai sini saya kagum sgt dgn kesedaran org kat sini pasal keselamatan jalan raya...tulah agaknya amat kurang kemalangan...bila ada je mesti jadi muka depan paper.
    bilalah rakyat negara kita nak ada kesedaran pasal keselamatan j/raya ni...

    ReplyDelete
  2. Situasi begini memang selalu terjadi lebih2 lagi kawasan pinggir bandar. 'takde polis' katanya.Helmet entah kemana, lesen apa lagi. Ibubapa kena pantau anak2 mereka supaya tidak terlalu bebas dijalan raya. Kalu terjadi apa2 yg tidak diigini org yg tidak bersalah pun terlibat sama.

    ReplyDelete
  3. Itu anak ayah dan mak dialah Kak Chik. Dah parent bagi naik...walaupun tahu tak dak lesen...

    ReplyDelete
  4. Suzi, itulah yang KakChik dok fikir masa nampak adik-adik tu. Diorang ni memang tak takut dan tak insaf.

    ReplyDelete
  5. Kittun, itulah yang sepatutnya ibu bapa lakukan sebab budak2 ni terlalu bebas. Entah apa yg ibu bapa mereka fikirkan semasa benarkan anak pandu motor tu.

    ReplyDelete
  6. Nik, macamana ya kita nak didik ibu bapa ni? Menyusahkan banyak pihak la tindakan budak2 ni.

    ReplyDelete
  7. Kenapalah parents benarkan anak2 yg tiada lesen memandu tunggang motosikal..

    ReplyDelete
  8. zureen, itu yg susah nak jawab tu, pening juga dibuatnya

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs