Followers

23.4.09

Banyak Kerja

Assalamualaikum semua. Kakchik minta maaf sebab takde update pun siang tadi. Banyak kerja pulak hari ni. Lusa dah nak exam untuk last paper. Kalau ikut hati tu rasa macam nak cerita macam-macam tapi tak tertulis la pulak. Jadi kalian layan ajelah gambar-gambar 3 keping ni.

Tadi kami makan ccolek jambu. Tunjuk jambu je... ccoleknya ialah rojak Langkawi.


Petang pulak makan Puteri Mandi.


Inilah kerja yang belum siap ni. Terlalu banyak majalah yang nak disusun dan diperiksa sebelum dihantar jilid. Dari tahun 2005 hingga 2008. 3 tahun.... huhuhu punyalah banyak. Setiap bulan ada dekat 20 tajuk majalah yang dilanggan.


Pagi tadi kakchik ada sesi mengurut dengan bibik. Dia nak tolong kakchik untuk mendapat zuriat. Satu badan diurutnya, alhamdulillah... walaupun agak sakit tapi selepas berurut badan terasa ringan saja. Insya-Allah jika ada kelapangan kakchik pasti teruskan usaha untuk mendapat zuriat sendiri. Tolong doakan ya. Lepas mengurut membasuh kain pulak sebab nak kejar masa sebelum zohor. Kalut pulak dengan budak-budak kecik ni. Hari Khamis macam ni lah selalunya.

Nak jalan-jalan rumah teman-teman pun tak sempat apatah lagi nak ke mana-mana. Petang tadi sempat ke MariBaca sekejap untuk bungkus buku-buku yang pelanggan order. Lepas tu nak pilih pulak buku-buku untuk serahkan kepada adik-adik USMKK untuk usahaniaga diorang. Lepas tu terpaksa pula berkejar ke KB untuk sedikit urusan di Maybank. Hari Khamis kalau ikut hati tak mahu ke bandar sebab punyalah jam. Letih.

16 comments:

  1. insya-Allah-lama dan cepat hanya Dia sahaja yang maha berkuasa

    moga2 doa dan usaha kak chik dimakbulkan

    ReplyDelete
  2. Jambu tu memang nampak sedap dan segar.

    Puteri mandi lagilah nampak sedap.

    Banyaknya majalah2 nak kena susun (ewah macam saya pula yang kena susun). Tapi, betul, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
    kalau dah dijilidkan semua sekali, lepas tu memang lekalah nanti membaca helaian demi helaian majalah itu semua (sayalah, hehe)

    Apa pun, semoga berjaya untuk last paper yer kak chik!!

    ReplyDelete
  3. kak chik..

    semoga berjaya ye.. :D

    ReplyDelete
  4. salam kakchik,
    hehe..kan iza dah kata, masuk blog kakchik, mesti tiba2 selera jadi tinggi.. :)

    nampaknya iza pun nak jilidkan juga lah majalah iza..tpi setiap bulan cuma langgan mingguan wanita je..itupun dah terasa byk..baru langgan 2 tahun..kakchik yg langgan dkt 20 jenis majalah, dah boleh capai tahap perpustakaan besar tu..

    insyaAllah..moga niat murni dimakbulkan Allah Taala.. :) ameen..

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah, moga Allah kurniakan Kak chik zuriat sendiri...terus doa lagi dan lagi ...

    terliurnya tengok jambu batu tu...rasanya sejak dtg sini blm pernah mkn kot...sedapnya...

    ReplyDelete
  6. salam kak chik.... saya dulu pun puas mengurut jugak sblm dpt ameen. rasa nak berkongsi : saya dulu ada amalkan DOA NABI ZAKARIA (ayat 38 surah ali-imran) selalu baca,di mana saja.ketika "dok saja" pun baca. terutama dlm sujud dan solat.
    saya serasi dgn produk HPA.
    jgn putus asa kakchik ya....ALLAH mahu kak chik n suami lebih akrab dgn Nya. percayalah saat ini allah sdg memnadang kita dgn rahman dan rahimNya.

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah kak chik... ada lah rezeki tu nanti.

    Kak chik...sukanya tengok majalah2 kak chik. Banyak! Best kalo dok rumah kak chik nie...boleh baca buku selalu! hehehe

    ReplyDelete
  8. Ramai yg mendoakan untuk kak chik nih....mudah2an termakbul doa dan harapan suatu hari nanti, insyAllah :).

    ReplyDelete
  9. balqis, terima kasih ya. majalah tu mmg betul, ramailah yg sibuk nak membeleknya. masa mengemas takde pulak yg nak menolong.

    ReplyDelete
  10. wkslm iza. blog kakchik ni dapur dia kdg2 je berasap sejak dua menjak ni. mgkn masa iza masuk dapur baru berasap, hehehe. iza, majalah yg banyak ni Zahra' yang langgan. tak mampu kakchik nak langgan banyak tu. kakchik langgan 7 majalah je.

    ReplyDelete
  11. terima kasih suzi. insya-Allah usaha dan doa akan sentiasa tak dilupakan. jambu yg dalam gambar tu bkn jambu batu tapi kata penjualnya jambu madu, jenis buah jambu yang takde biji. buahnya ketot2 je tapi manis dan rapuh. tentu kempunan jg kan tak dpt mkn buah ni.

    ReplyDelete
  12. wkslm normi dan terima kasih atas cadangan doa tu. insya-Allah kakchik cuba amalkan. sekarang ni kakchik sedang guna biodex sambil mengurut. usaha secara klinikal tak berjaya kita cuba usaha secara tradisional pulak sambil amalan spiritual dgn doa kakchik tak lupa. doakan kakchik ya.

    ReplyDelete
  13. ummi, terima kasih. rumah kakchik memang best tapi banyak buku dari majalah la ummi. yg byk ni majalah Zahra' yang kakchik punya hanya langgan 7 majalah je, itupun belum berjilid satu pun, masih elok bersusun di salam rak buku. kalau nak masuk library free, marilah ke rumah atau ke Zahra'

    ReplyDelete
  14. Terima kasih kin. Kakchik memang amat berterima kasih kepada semua kawan-kawan ni. W/pun belum pernah berjumpa tapi sudi dan prihatin dengan diri kakchik. Kin pun serupa juga. Jazakillahi khair kin.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs