Inilah hariku.
Membawa diri bertamu di pantai yang indah ini, bersama orang tercinta. Mengisi panggilan tugas sambil meraikan ulang tahun ke-35. Merakam kenangan manis bersama. Ingin sekali ku datang lagi.
Papan tanda resort yang telah patah sedikit akibat ditimpa pagar yang runtuh. Kalau nak tengok alamat dan no tel, klik gambar ya biar lebih jelas.
Di sini ada kedai runcit. Tapi sayangnya takde selipar jepun jadi kena bawa sendiri. Kanak-kanak pastinya sangat suka dengan kedai yang kecil ini.
Dan kakchik cukup respek kepada pemilik resort ini yang menampal besar-besar papan tanda ini di dinding tepi kedai runcitnya yang terletak betul-betul di tepi pintu pagar resort.
Itulah chalet-chalet tempat kami menginap. Sangat sesuai kalau datang dengan keluarga besar. Bilik kelaminnya sangat bersih, luas, selesa berhawa dingin. Bilik keluarga pun sama. Asrama pun ada.
Berlindung di balik rimbunan pokok rhu, kakchik baru selesai menikmati sarapan pagi nasi lemak. Alhamdulillah. Matahari pun dah tinggi waktu ni.
Mata ini terpandang anak-anak yang sedang bermain di gigi air tatkala mentari semakin meninggi. Tapi pagi tadi awan di langit agak kelabu.
Memandang ke lautan dan langit yang luas. Kata orang saujana mata memandang. Nikmat Allah bagi sesiapa yang mampu melihat. Nikmat yang patut disyukuri.
Dari pantai pandangan kakchik halakan ke halaman resort, kakchik pandang ke atas, Maha Suci Allah... sungguh cantik sekali pemandangannya. Kalau sebelum ini terasa diri hebat, kali ini terasa diri terlalu kerdil. Terlalu MAHA ciptaan ini.
Mentari pagi yang sudah mula menunjukkan wajahnya. Kalaulah kakchik pandai menulis puisi sudah tentu banyak kata-kata puitis yang dapat dilakarkan di ketika itu.
Desiran angin dan deburan ombak sementara menantikan kemunculan mentari pagi sangat mengasyikkan. Suasana yang nyaman, tenang dan damai manakala sayup-sayup kedengaran seseorang sedang mengalunkan bacaan al-Qur'an, Subhanallah sungguh memukau sekali.
Di sini kita berdiri, melakar kenangan indah buat pertama kalinya di pantai. "Terima kasih Yang untuk 'hadiah' yang diberi. Amat bermakna sekali dalam hidup kita bersama. Hanya Allah Yang Mampu membalas sebanyaknya. Ianya sangat istimewa di hari usia ini menginjak 35."
Kali pertama merakam kenangan di tepian pantai. Lepas ni kalau ada peluang rasanya nak pergi lagi ke situ. Nak ajak adik-beradik sekali. Mungkin kita boleh buat perkhemahan keluarga sempena cuti raya puasa kot.
p/s: Ada banyak lagi cerita dalam cerita ini. Nantikan seterusnya...
Timo kasih sebak tengok blog hambo. Mulo-mulo takdi hambo ingak Kak Cik ni lelaki. Hambo ado duduk Bachok di taun 1972 - maso tu Kak Cik belum lahir lagi. Hambo selalu termenung di Pantai Irama.
ReplyDeleteEn Maarof, terima kasih sebab sudi tinggalkan komen. KakChik ni tak ingat pula bila KakChik singgah di blog En Maarof. Minta maaf banyak-banyak ya sebab mungkin dah lama kot singgah tu masa jalan-jalan blog hopping. Ooo, En Maarof pernah dok di Bachok, jadi sekarang ni tinggal di mana?
ReplyDeletehari jadi sapa tu...
ReplyDeleteselamat ulang tahun kelahiran buat yg menyambutnya. moga panjang umur , murah rezeki, dan dilimpahkan rahmatNya.
Assalamualaikum Kak Chik!!!
ReplyDeleteSelamat hari jadi yang ke-35!!! (Bila ya?)
Semoga dirahmati Allah selalu InsyaAllah!!!
keep bloggig Kak Chik! Eheh!
Salam Kakchik...selamat ulangtahun ke 35 ye..moga kehidupan kakchik bersama yg tercinta akan lebih bermakna..dipanjangkan umo..dimurahkan rezeki melimpah ruah..selamat sumenya...
ReplyDeleteKak chik selamat ulang tahun. semoga DIa sentiasa melindungi kak chik.
ReplyDeleteO...kak chik dengan ummi beza 6 tahun...hehehe
Minta maaf Kak Cik. Bukan Kak Cik yang tengok blog saya tetapi KSPulau yang jadi follower Kak Cik. Hambo pernah dok Bachok dan Pasir Putih pada tahun 1972. Sekarang dah menetap di Seremban kerana hambo oghe Negeri Sembilan. Tapi Kelate tetap dale hati hambo.
ReplyDeleteone z, birthday kakchik la... apa pun terima kasih ya. moga redha Allah bersama org yg mendoakan.
ReplyDeleteWa'alaikumsalam Balqis. Birthday KakChik semalam dik, 10 April. Selagi Allah izinkan KakChik akan terus blogging, hehehe.
ReplyDeleteWa'alaikumsalam CikMin. Terima kasih atas doanya. Amin. Moga Allah limpahi CikMin begitu juga.
ReplyDeleteUmmi, terima kasih. KakChik lebih tua ke lebih muda? hehehe
ReplyDeleteEn Maarof, tak mengapa. Oh, rupanya KSPulau... KakChik tak kisah, ok je dan KakChik pun dah lihat blog En Maarof yg ex-Sdarian tu. Rakan sekelas semasa di Matrikulasi di STAR dulu adalah bekas headboy SDAR tahun 1991. Patut la En Maarof pandai loghat Kelate, sebab pernah dok di sini.
ReplyDeleteSelamat Menyambut ulang Tahun kelahiran. Semoga sentiasa di lindugi ALLAH dan ceria selalu kakchik
ReplyDeleteSelamat ulang tahun kak chik, moga dirahmati, diberkati dalam setiap usaha yang dilakukan. Sya pun ore bachok jugok, macam pernah sampai aje tempat ini.
ReplyDeleteTed, terima kasih. Moga Allah rahmati Ted sekeluarga.
ReplyDeleteMasayu, terima kasih juga. Ooo... oghe Bachok rupanya. KakChik oghe PChepa.
ReplyDeletepttla cam pernah dtg kat sini..baru igt memang dh pegi sekali time kat smach dulu2..berkhemah gang2 brass band rasenye k.chik..msih sama cm dulu laa..tk berubah lgsg
ReplyDeletefarah, memang resort tu budak sek selalu sewa utk aktiviti luar, lagipun banyak kelengkapan utk aktiviti ala plkn tu. farah belajar smach? adik ipar kakchik dulu smach jugak.
ReplyDeletesalam kak chik...
ReplyDeletealahai saya ketinggalan rupanya...happy belated b,day buat kak chik...moga hidup bahagia sentiasa di samping org2 tersayang....
Wkslm Suzi. Tak mengapa... bukan penting sangat pun birthday kakchik tu. Jangan sedih ya. Apa pun terima kasih banyak sebab sudi mendoakan kakchik. Moga Suzi sekeluarga pun sentiasa dirahmati Allah.
ReplyDelete