Followers

30.4.09

KakChik di Shah Alam

Assalamualaikum semua. Harap kawan-kawan semua dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. Maaflah ya semalam langsung tak update blog. Banyak sungguh keje yang nak kena settle sebab malam tadi dah bertolak ke sini. Hehehe sapa-sapa yang ada kat sini dan KL tu kalau nak jumpa boleh lah... tapi kakchik takde transport ni, kena naik bas, teksi @ komuter je... (ada ke orang yang nak bagi tumpang ni?)

Kakchik datang ni menumpang di rumah abang no. 2 di S.Alam dan ingatnya nak heret anak sedara sorang tu ikut kakchik gi MPH Warehouse Sale di PJ tu. Tengoklah... abahnya dah bagi green light, dia je belum bagi keputusan tu.

Pagi tadi sampai di stesen bas seksyen 17 lebih kurang jam 6.15 pagi terus kakchik bergegas ke surau untuk solat. Yang sedihnya kakchik sorang ye Muslimah yang solat Subuh. Agaknya semua yang lain tu 'uzur' la kot. Tapi salute untuk penumpang lelaki sebab surau mereka penuh je, siap ada solat jemaah lagi. Lama kakchik kat dalam suarau tu dekat nak jam 6.30 baru ada 4 orang nenek datang nak solat Subuh. Kakchik kata 'nenek' sebab mereka semua memang warga emas. Mana pergi ek orang-orang muda ... mmmm pelik jugak.

Ok, lah itu saja untuk hari ni. Insya-Allah nanti kakchik update lagi kalau sempat.

JOM KE MPH WAREHOUSE SALE! Dah pergi PBAKL pun tak apa lah... stretch la budget sikit lagi, hehehe. Bye.

6 comments:

  1. Sempat ke balik untuk mesyuarat agung kawasan kak cik? Bila lagi peluang nak dengar Dato' Sri Nizar berucap live....

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Chik,

    Bila boleh jumpa? Dah ada di Shah Alam tu.. boleh la saya belanja makan.. email ke add saya di nurhanisalwa@gmail.com. Nanti saya tinggalkan number phone..

    ReplyDelete
  3. Seronoknya dapat berjalan ye Chik...apapun selamat pergi dan selamat kembali ye...

    p/s: terkenang2 masa duk kat Shah Alam dulu...byk roundabout. byk lagi ke roundabout tu Chik? he he he....

    ReplyDelete
  4. Tak pasti la Nik. Muktamar hari Jumaat ke Sabtu? Tarikh pun dah lupa. Ikut hati tu mmg nak dengar.

    ReplyDelete
  5. Wkslm Hani. Ingin sangat nak jumpa Hani tapi kan susah sikit kakchik nak ke mana-mana sb rmh abang kakchik ni jauh sikit dr stesen bas/teksi. Nak ke sana kena menyusahkan dia/kakak ipar menghantar & mengambil. Dia kata tengok esok macamana.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kmilla. Seronok dapat tengok buku je kak. Yang lain-lain tu biasa je.

    Hehehe, memang masih byk roundabout kat sini kak.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs