Followers

28.4.09

Satu Untukku, Satu Untukmu



Assalamualaikum...

Pagi ni kakchik nak kongsikan koleksi terbaru kakchik. 5 buah buku yang kakchik beli di SMO 2 hari lepas. Tentu fiza nordin happy ni sebab kakchik beli 2 buah novel dia.

Belum mula baca satu pun lagi sebab sekarang kakchik sedang baca buku di bawah ni.

Satu untuk kakchik dan satu untuk cik abe. Barulah seimbang kan hehehe. Ini hadiah birthday dia semalam. Buku-buku elok dibaca oleh pasangan suami-isteri untuk rumah tangga yang lebih harmoni. Insya-Allah. Dengan syarat - DIBACA.


Apa pun insya-Allah kejap lagi kakchik nak ke Jaafar Rawas di KB bersama Dila untuk mencari kitab-kitab Arab terutamanya tajuk=tajuk berkenaan Adab Nusus dan Balaghah. Orang belajar Arab tentu tahu buku apa ni. Sambil-sambil tu mungkin akan singgah di kaunter tiket bas untuk beli tiket untuk ke KL. Insya-Allah kalau takde aral dan alhamdulillah cik abe pun bagi green light, kakchik akan bertolak hari Khamis sampai ke Shah Alam. Menumpang di rumah abang yang no. 2. Nanti kena heret anak sedara si Izzudien untuk ke mana-mana sebab kakchik ke Kl sorang-sorang ni. Cik abe ada banyak keje kat sekolah dia, tak dapat nak temankan.

Mmmm... itu sajalah kot untuk pagi ni. Hingga ketemu lagi. Wassalam.

8 comments:

  1. Macam best jer buku tu kak chik...
    berapa yer harga dia?

    nk try cari....

    ReplyDelete
  2. Wah kakchik...satu sorang buku. Lps ni moga semakin memahami... :)

    ReplyDelete
  3. selamat datang ke KL, kakchik..
    ;)

    ReplyDelete
  4. Nurul, harga buku tu murah je, RM16 senaskah. Terbitan PTS, boleh dibeli di kebanyakan kedai buku, MPH atau Popular.

    ReplyDelete
  5. Intan - masing2 kenalah selalu usahakan keharmonian keluarga. Harapannya macam yg Intan katalah.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih iza. Ada peluang mungkin dpt la kita jumpa.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs