Followers

13.4.09

Semalam di Komplek Purnama, Pengkalan Chepa

Assalamualaikum dan salam tengahari semua. Perut dah lapar ke atau hari ni kalian berpuasa? Bagi yang lapar tu bersabarlah, sekejap lagi jom kita gi makan tengahari. Ops, KakChik masih kenyang, jadi kalian ajelah yang keluar makan ya. hehehe. Untuk teman-teman yang berpuasa sunat tu atau puasa qadha, selamat meneruskan ibadat kalian dengan jayanya. ELAKKAN melawat blog kawan-kawan yang sedang tayang makanan tu, BAHAYA! Kurus puasa nanti hehehe, jangan marah ya kawan-kawanku yang suka memasak tu.

Hari ni Kakchik ada banyak kerja di pejabat sebab semalam cuti exam dan esok pula ada meeting bulanan. Pagi tadi ada tetamu datang, kena layan dulu lepas tu nak periksa laporan kewangan dan minit mesyuarat pula. Hai... ibu jari pula masih lagi sakit-sakit, kesian dia.

Jadi, kakchik nak cerita sikit hal petang semalam. Lepas habis exam jam 12 lebih tu kakchik balik rumah untuk rehat-rehat tapi dalam kepala dok ingat yang pukul 3 petang kakchik ada mesyuarat di Komplek Purnama. Ingatkan boleh nak baring-baring barang sebentar, tapi diserbu pulak oleh Nana dan Kakak yang nak bermain blok (kakchik ada 2 set blok untuk kanak-kanak tadika) dalam bilik. Kenalah pulak layan diorang. Lepas Cik Abe balik sebentar, layan makan pakai dia kejap dan dia kembali ke sekolah. Solat zohor dan tengok blog sebentar sambil baca berita di akhbar online, tengok-tengok jam dah 2.45 petang. Masha-Allah kakchik tentu akan lambat sampai. Jadi kakchik mesej SU bagitau akan lambat sebab letih lepas exam. Alhamdulillah, line clear.

Kakchik sampai di tempat meeting dah 3.30 ptg, dah masuk agenda ke-2. Nasib baik...

Inilah Komplek Purnama.


Dan di sinilah letaknya PC Radix Corner yang bakal menjadi RFC untuk Kota Bharu.


PC Radix Corner yang terletak di sudut paling depan di lantai bawah komplek. Kalau datang dari arah KB menuju ke airport, tentu senang dilihat sebab bangunan ini berada di sebelah kiri jalan dan di sebelah kanannya pula Pantai Timur Hypermarket.

Rezeki selepas mesyuarat, pengusaha PC Radix Corner belanja kami makan di kedainya kat bawah Komplek Purnama. Nasi Lemak Radix - sungguh sedap! Ayam goreng dia pun sedap. Kira boleh lawan KFC la ni. Cumanya kedai ni masih baru dan banyak lagi memerlukan pengemaskinian.

Sesiapa yang suka makan kuih tradisional, kedai ini memang sesuai anda kunjungi. Tak rugi sebab ada beberapa jenis kuih tradisi yang dimasak dan dijual terus di sini. Nampak nama kedainya tu?


Kuih bika (betul ke ni?) dan juga muffin kek pisang. Muffin tu 5 untuk RM1.00 tapi harga kuih bika lupa nak tanya. Kakchik beli muffin RM2.00 untuk budak-budak.


Ada bahulu pandan dan bahulu manisan (gula melaka) dan akok. Kakchik kurang gemar makan kuih ni sebab kebanyakannya manis-manis.


Di sini juga ada sebuah kedai menjual pakaian berasaskan batik, Berkat Darulnaim Enterprise. Tidak ketinggalan ada juga pelengkap busana wanita Islam. Masa KakChik habis mesyuarat agak lewat iaitu jam 6 petang maka bila sampai je ke kedai ini, pekerjanya sedang mengemas untuk pulang.


Cantik-cantik sungguh kain-kain batik yang tergantung kemas di para-para. KakChik sungguh berkenan dengan kain-kain batik yang latar belakangnya putih tu. Kata adik pekedai harganya RM200 sepasang tapi masih boleh dibincangkan. Cantiklah... berkenan sungguh tapi sayangnya tak berhajat membeli kain, mungkin lain kali.


Pelbagai kain batik pasang untuk wanita. Baju batik siap untuk lelaki pun ada kat situ. Kalau anda peminat tudung bawal, di situ pun ada... macam-macam warna.


Selain batik pasang, kaftan pelbagai corak dari kain yang sejuk (lupa nak tanya jenis kainnya), pelbagai jenis tudung, baju batik yang dah siap berjahit dan juga pelbagai minyak wangi juga ada dijual di Berkat Darulnaim.


Begitulah lebih kurangnya masa kakchik dihabiskan di Komplek Purnama petang semalam. Insya-Allah minggu depan kakchik akan datang lagi sebab ada perancangan nak buat jualan buku sempena Jumble Sale kat situ. Insya-Allah akan diusahakan.

13 comments:

  1. Macam2 ada..yg paling syokk ada kuih akok..hmm sedapnya..

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Huaaa......bestnya dah ada kat KB.. Nanti bila balik klate boleh pergi laa....he he...boleh bawak mentua sekali ekekekeke........

    ReplyDelete
  3. Wkslm kak tie. Ha'ah dah ada tapi belum lengkap macam RFC yang kat Kedah tu. Tapi boleh la gi try nasi lemak radix tu, sedap.

    ReplyDelete
  4. sedapnye akok..ni yg wat rindu sgt nk blk kelate..ish sedey arr...kain2 batik die pn lawa kan??ish kalau lily sggh kompem angkut beg plastik kuar ni...aduyai

    ReplyDelete
  5. Salam kak chik,
    nasi lemak tu cam menarik jer... Sedapnya...rindu ler nak makan nasi lemak...

    ReplyDelete
  6. lily ni mesti suka makan akok ni. kakchik ni susah nak beli kain batik sebab jenis org yg suka tengok je tapi tak suka pakai, hehehe. kalau jadi lily, bahaya tuuuu

    ReplyDelete
  7. Wkslm ummi. Nasi lemak dia simple jer tapi sedap. Ala kalau rindu ummi blh je masak sendiri tu... tapi kalau tak smpt nak buat, mai la sini kakchik belanja.

    ReplyDelete
  8. hehe bahaye tuh..ak'ah mmg peberet lily akok tuh kakchik...mak lily dulu wat akok jual mase bulan puasa..tp skrg anak2 dh xbg wat..mak dh xbape sehat..tp kalau anak2 brkumpul kt umah mak akan wat gak..saje2 utk mkn..kakchik nk x??meh arr dtg umah lily..huhu

    ReplyDelete
  9. Lily, insya-Allah boleh... dengan izin Allah. Best la kalau mak pandai buat akok. Ummi kakchik pandai juga tapi dan berpuluh tahun tak buat sebab sarang akok dia kena curi orang. Kampung Lily kat mana?

    ReplyDelete
  10. 3 hari di KB, 3 hari kak aliya dan suami makan akok, hahaha. Sanngup berhenti ekreta di tengah hujan lebat untuk beli akok, dasyhat! Ada resipi akok tak?

    ReplyDelete
  11. wah kak aliya, tu kira memang betul-betul suka tu... kakchik pun tak habis makan sebiji akok, huhu. mmg dahsyat kalau macam tu... hehehe kakchik tak pandai buat akok ni tapi kalau dpt resepinya nanti kakchik kongsi kat sini, insya-Allah.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs