Assalamualaikum semua. Alhamdulillah kakchik dah sampai di rumah dah ni. Naik bas ni memang sakit seluruh badan. Malam tadi naik bas 2 tingkat, kena pulak dok kat atas, huhu ingatkan kakchik akan mabuk tapi alhamdulillah takde apa-apa. Sampai di KB dalam jam 5 pagi. Punyalah ramai orang dan bas yang baru tiba pun banyak. Nampak macam pelajar u atau kolej yang ramai balik kampung.
Letih dah hilang ni, kakchik cerita sikit lah apa yang kakchik buat semalam di Shah Alam tu. Pagi tak ke mana pun sebab abang nak siapkan soalan exam student master dia. Petang lepas Jumaat dalam jam 3 baru kami keluar ke Subang Parade. Tak nak pergi jauh sangat sebab malam nanti nak naik bas jam 8.30 takut terlambat. Ok, layan cerita kakchik la kejap.
Kat bawah ni semua barangan yang dibeli di Subang Parade. 2 pasang baju kurung saiz SS kain sutera cina untuk kakchik dan adik, beg Timberland yang dapat diskaun 70% - adik kirim dan kasut Marie Claire yang kami dok berkenan selepas tengok dalam suratkhabar - chena punya. Hanya ada saiz 5 dan kami 5 beradik lagi hanya pakai saiz 4, so chena aje yang muat pakai kasut tu. Cantik kan?

Kak ipar sibuk dok tengok barangan dapur yang sedang Sale kat Parkson. Tapi tengok je... harga masing-masing lebih dari RM300 tapi diskaun 70% la (dia iklan kat situ).
Abang kakchik parking kereta kat dalam Carrefour jadi kami pun window shopping la kejap kat situ. Singgah di butik First Lady (kat KB Mall pun ada ni) saja nak tengok-tengok.
Sebab jauh juga perjalanan dari Desa Subang Permai tu nak ke Subang Parade, kakchik yang takde keje ni asyik dok ambil gambar pemandangan kat luar di sekitar Shah Alam tu. Teringat kat Hani yang menjemput untuk 'dating' tapi semalam kan Cuti Hari Pekerja, jadi abang kata tentu Hani pun cuti. Tak dapat nak gi jumpa dia. Insya-Allah awal Jun nanti kakchik pergi lagi ke Shah Alam.
Nota: Semua ni berlaku semalam semasa kakchik masih di Shah Alam. Tak sempat turun KL w/pun ingat nak pergi sekali lagi. Tak nak menyusah abang menghantar kakchik ke stesen bas dan mengambil bila balik nanti. Jadi kakchik ikut dia ajelah ke mana dia nak bawa jalan-jalan.
sonoknye kak chik shopping..mesti bnyk fulus yg kuar nie..ehehe..anyway kasut beg an baju tu mmg cantik..
ReplyDeleteyan, fulus yg keluarg tu masih dlm bajet yg kakchik dah simpan untuk ke pesta buku, so takde lah keluar duit poket. kasut, baju & beg tu pun adik-beradik yg kirim.
ReplyDelete