Faktor-faktor penting yang perlu diketahui ketika membeli kasut:
- MUAT - Saiz kasut mesti selesa pada kaki.
- BENTUK - Padanan yang logik di antara bentuk kasut dan bentuk kaki.
- REKAAN DAN FESYEN - Sesetengah rekaan lebih selesa berbanding kasut lain. Rekaan kasut melibatkan ketinggian, stail, paten dan lain-lain unsur fesyen yang mempengaruhi keselesaan yang hanya boleh dikenal pasti oleh pemakai.
- BERAT - Kasut yang berat bermakna bebanan pada kaki.
- MATERIAL - Keselesaan, lubang pernafasan, berat dan kelembutan.
- FAKTOR DALAMAN KASUT - Suhu, kelembapan, pengawalan kelembapan.
- FAKTOR BERJALAN - Adakah kasut selamat dan seimbang ketika berjalan.
- PEMBINAAN - Memiliki bentuk yang baik dan dimensi yang stabil walaupun lama digunakan.
- LAPISAN BAWAH - Kusyen yang baik memberi kesan yang berlainan.
- KESIHATAN KAKI - Kesihatan kaki di dalam sepasang kasut yang selesa membuatkan anda berasa selesa.
Jenis Tapak Kaki:
Kaki Rata Tanpa Lekuk (Low Arch / Flat foot)
Tidak boleh berdiri atau jalan lama kerana lutut akan cepat merasa sakit.
Kaki Lekuk Sederhana (Normal Arch)
Struktur kaki keras serta kurang bermasalah.
Kaki Lekuk Dalam (High Arch)
Kurang masalah, mempunyai kaki lebih keras, jika berjalan, tidak begitu banyak pergerakan sendi yang berlaku.
Eh, ni kena cek kaki ni. Mmmm... rasanya kaki KakChik ni jenis yang ke-2 tu. Agaknya sebab tu KakChik tahan berdiri lama-lama, cumanya nak cari kasut yang selesa dan kena saiz je yang susahnya.
Bagaimana memilih kasut yang sesuai?
- Membeli kasut di sebelah petang apabila kaki anda kembang setelah berjalan.
- Sebelah kaki biasanya lebih besar. Beli kasut yang memuatkan bahagian kaki yang lebih besar.
- Pastikan kelebaran kaki muat dengan kelebaran kasut.
- Jari kotak kaki pada kasut seharusnya cukup selesa untuk anda menggerakkan jari kaki.
- Jangan mengharapkan kasut akan mengembang. Jika terlalu ketat, jangan beli.
- Tumit tinggi anda hendaklah cukup selesa untuk mengelak dari tergelincir.
Di antara kesan yang dirasai akibat pemakaian kasut yang kurang bersesuaian:
- KERENGSAAN pada otot-otot bahagian betis kaki.
- KERENGSAAN PADA PELANTAR FASCITIS yang dirasai pada sebelah pagi selepas bangun dari tidur atau setelah berehat dalam tempoh yang panjang.
- BENGKAK PADA SENDI antara ibu jari dan bahagaian kelengkeng jari akibat pemakaian kasut yang terlalu ketat.
- KEMATU yang terjadi di bahagian tapak kaki akibat sel-sel kulit mati yang mengeras dan menebal pada tapak kaki disebabkan tekanan geselan yang berlebihan pada kasut.
Sumber: MIDI, 1 April 2007
Salam Kak Chik,
ReplyDeleteSaya punya type kaki A, memang susah nak carik kasut. Dahla kaki big size, sepadan lah dengan body saya. hehehe.. selalunya saiz 9 dan 10. 8 jarang2. Anyway, tips ni bagus sangat lah sebab saya memang nak cari kasut baru. Kasut lama dah tercabut tapak. Boleh guna lagi.. (alasan nak cari kasut baru) hehehe.. trimas lah.. sok petang nak carik kasut.. huhuhuhu..
Wskslm Hani.
ReplyDeleteHaa... baguslah kalau sedutan artikel tu dapat membantu. Nanti dapatlah Hani pilih kasut sesuai dengan kaki.
terima kasih kak chik....info yg bagus ni...saya main beli je kasut asal selesa, cantik dan harga berpatutan ....hihihi...
ReplyDeletesaya suka tapak kasut yg mcm gmbar no. 2 dan 3 tu...
Perlu diingat. Ada kasut yang berupaya merosakkan buah pinggang. Tapi, maaf, sudah terlupa dari majalah Pengguna edisi ke berapa ?
ReplyDeleteSuzi, sama-sama kasih hehehe. KakChik pun gitulah selalunya kalau nak beli kasut.
ReplyDeleteAbang Long, trm kasih banyak atas infonya. Tak pernah pula terbaca pasal tu, isyk, isyk bahaya juga ya. Kalau dlm Pengguna, boleh cari maklumat ni.
ReplyDeletethanks kakchik atas info yg berguna tu..sy mmg xtaupun kakchik..maen beli jek..kalau berkenan trus bli xpk dh either sesuai ke x..tp sy plg suke kasut yg tumit dalam 2 1/2"..sy ade bli kasut yg tumit 3/3 1/2" xpastila sy...tp sakit tau kaki sy pakai..hehe lenguh jdnye
ReplyDeleteSama-sama Lily. Kalau blh jadi manfaat utk kita semua, mmg bagus lah info ni.
ReplyDelete3 1/2" ??? Wow! Tinggi jugak tu. Memang kasut tinggi ni utk bergaya je, pakai skjp2 blh la, pakai lama2 mmg sakit kaki, betis & pinggang.
Masa muda2 dulu akak memang suka mengumpul kasut kalau tak tinggi tak sexy tu...hihihi lebih2 lagi masa tinggal di Milan. waduh, fashion bergerak maju. :-) tapi akibatnya, Kaki dan belakang akak sakit.
ReplyDeleteSo sekarang lebih baik pakai kasut yang kita selesa pakai, jangan sakitkan badan semata2 kerana nak cantik dan mengejar fashion terkini. Tapi ada gak orang yg kata, no beauty without pain..(boleh caya ke tu)