Followers

6.2.09

Makan pagi yang ringkas

Maaf la ya. Pepagi lagi dah masak makanan segera. Tapi hari ni KakChik takde mood la pulak nak masak. Sakit tekak ni membuatkan mood KakChik hilang. Buatkan penkek untuk Cik Abe dan gorengkan jejari ayam madu serta kentang lepas tu panaskan karipap lebihan dari pejabat 2 hari lepas (bawa balik terus simpan dalam peti ais).

Penkek gebu yang sangat disukai oleh Cik Abe. Dia suka yang ni berbanding yang jenis satu lagi yang agak padat adunannya. Yang ni katanya sedap dicicah dalam air teh 'o' panas.

RESEPI PENKEK (8 biji saiz piring kuih):

1 1/2 cawan tepung 'baker's choice' @ tepung penkek (ada jual kat s/market),
2 biji telur,
2 sudu makan minyak zaitun,
1 sudu makan gula
dan 1 cawan susu segar

CARANYA:

Campurkan semua bahan dan gaul hingga rata.
Adunan menjadi agak cair, tiada ketulan.
Sedia untuk digoreng.
Gunakan 'non-sticky pan' untuk elak guna minyak. Kalau guna kuali biasa, letak minyak sikit.

Gitu je... selamat mencuba.

Nana yang menghabiskan 4 batang jejari ayam dan setengah gelas susu segar.


Si comel ini bertepuk tangan, happy sebab dah kenyang makan.

12 comments:

  1. wah sedap tu penkek..aritu yan dh buat..festime buat..nasib jadik..yan mkn ngan peanut butter..ehehe

    ReplyDelete
  2. kakchik ada tak resipi pancake syrup... kongsilah kalau ada... sha suka pancake... tp selalunya makan ngan honey... kalau nak bg resipi pancake sekali lg bagus... bole try recipe pancake ala kakchik.

    ReplyDelete
  3. Alamak chik, tengok pancake tu rasa lapar la pulak..hehehe..Jap lagi nak buat pancake..hehehe..dah lama tak makan..

    ReplyDelete
  4. Mekasih Yan... penkek memang sedap sama ada dimakan panas atau sejuk. Yan dah pernah buat tentu setuju kalau kakchik kata buat penkek ni teramatlah senangnya. Tak pernah try lagi makan dgn peanut butter ni. Selalu makan begitu saja, cicah teh 'o' atau pun makan dengan susu.

    ReplyDelete
  5. Sasha - resepinya senang je. nanti ek kakchik letak lepas ni. rasanya lebih kurang je dgn biasa kita buat tu, lempeng.

    ReplyDelete
  6. Kak Tirana - penkek yang akak buat tentu lebih sedap & comel. Chik ni bukan pandai sangat. Nak tengok la nanti.

    ReplyDelete
  7. eh..eh..tersama pulak breakfast kita pagi ni kakchik.. :)
    iza pun mkn penkek jugak..
    tapi penkek kelapa @ lempeng nyor..hehe..
    anak2 sedara iza suka makan dgn honey..tapi iza lagi suka makan dgn lebihan gulai semalam..sekali mengadap, mmg tahan sampai ke tghari..

    ReplyDelete
  8. laparnya tgk makann..huhuu...

    kakchik..amek award kat blog teja.. :)

    ReplyDelete
  9. iza - rupanya semalam kita sama-sama makan penkek la ya. kiranya macam ada telepati gitu... hehehe mgkn kes terjangkit minat nak buat roti tu

    ReplyDelete
  10. teja - kesian pulak kat adik sorang ni. kalau ikut hati mmg kakchik suka jamu adik2 student tapi teja jauh sangat. maaf la ya teja.

    pepagi dapat award, alhamdulillah, tima kasih teja.

    ReplyDelete
  11. salam kak chik. Haih, berziarah blog kak chik ni, memang nampak makanan sahajalah...

    Segera tak segera, makanan yang kak chik masak memang selalu buat perut saya berbunyi. Sungguh. Selalu buka blog kak chik time2 dah lapar, kot, hehe...

    Oklah, saya nak gi tgk apa2 yang boleh dibuat kat dapur. nak masak skit, nak makan. (Ini semua kak chiklah yang punya pasal, eheh, gurau shj)...

    Kak chik, maaflah saya komen banyak2 kat blog kak chik ni, habis satu page posts saya serang. Er, saya tumpang nak qadha' komen sebenarnya. lama tak dtg menjengah. Harap2 kak chik sihat di samping keluarga tercinta, InsyaAllah, ya kak chik!

    ReplyDelete
  12. Wa'alaikumsalam dik BalQis.

    Blog KakChik ni pasal famili & diri sendiri tu yg byk associate dgn makanan tu, hehehe.

    BalQis nak komen semua entri pun KakChik tak kisah, lagi KakChik suka sebenarnya. KakChik pun dah agak lama tak singgan di Barukisu. Last KakChik singgah rasanya dalam entri yg ada gambar BalQis heret beg di jalan yg lengang ke ape. Lamanya...

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails