Followers

5.2.09

Seminggu Sebagai Ibu Tumpang

Sepanjang minggu ni memang jadual KakChik menjadi semakin padat. Untuk sementara ni KakChik menjadi ibu tumpang untuk dua orang anak sedara KakChik ni, Ameerah @ Kakak dan Amreena @ Nana. Sementara pertukaran ibu mereka (adik KakChik) diluluskan ke KB dari Penang, KakChik akan ambil alih tugas menguruskan mereka. Di rumah masih ada orang lain yang turut membantu, Ummi dan Cikni. KakChik tak kisah sangat sebab mereka pun memang manja dengan kami di rumah ni. Hari ni walaupun masih demam, KakChik uruskan juga menghantar dan mengambil mereka di tadika dan tadi bawa mereka ke Secret Recipe membeli kek keju ni. Begitulah setakat ni, lepas ni nak ke mesyuarat pula di Pengkalan Chepa. Moga-moga badan ni semakin sihat untuk meneruskan siang yang berbaki.

HARI KE-4, Khamis 5 Feb 2009

Kek meraikan keputusan exam baru-baru ni, cheese cake.

Hari ni memang Kakak semangat sangat, bawa beg pun dah macam orang besar. Maklumlah malam tadi dah janji hari ni nak ke KB Mall beli kek selepas sekolah, jadi diorang kenalah 'berjurus' ke sekolah. Takde nangis-nangis atau buat perangai.

HARI KE-3, Rabu 4 Feb 2009



Tengok perbezaan muka Nana semasa nak bertolak dengan selepas sampai di tadika. Awalnya semangat, alih-alih sampai je dah nak menangis tak mahu masuk, huhuhu. Dipujuk-pujuk akhirnya masuk juga tapi terisak-isak lah sepanjang masa.


HARI KE-2, Selasa 3 Feb 2009


Hari ni, sampai je kat Tadika Iman, KakChik terus belikan uniform untuk Nana. Cepat aje nak disalin bajunya. Tapi sebab Nana tembam sikit, tudungnya jadi ketat la pulak, tu yang nak tertutup muka tu. Takpe, balik rumah nanti Bibik tolong bukakan jahitan sikit.


HARI PERTAMA KE TADIKA, Isnin 2 Feb 2009

Semangat nak pergi tadika. Nana belum ada uniform. Esoknya baru nak dibeli.


Dah masuk ke kelas. Kakak dan Nana duduk sebelah menyebelah.


MALAM SEBELUM KE TADIKA

Mengajar Kakak mengenal huruf menggunakan program pembelajaran online.

6 comments:

  1. first nk ucap lg tahniah..eheehe..kek tu tgk aje dh tau sedap..lg2 ler cheese kek..

    bak sini sikit..ehehe..

    ReplyDelete
  2. Ala Yan... tima kasih banyak. Kek ada lagi ni lebih kurang 1/4 berbaki. Kalau Yan datang hari ni tentu boleh makan ni.

    ReplyDelete
  3. ehehhee..nasib yan duk jauh..klu tak leh rasa kek yg dihiasi 4 flat itu..ngeh..ngeh..

    ReplyDelete
  4. Itulah Yan. Duduk je jauhnya tapi rasa macam dekat sangat kita ni. Insya-Allah ada rezeki nanti boleh KakChik belanja kek. Bln 4 ni KakChik akan gi KL sempena pesta buku, kalau sempat blh le turun ke Klang.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs