Followers

9.2.09

Makan Tengahri di Restoran Hayaki

Ini yang KakChik makan tadi, Mee Ladna. Kuahnya agak cair, masin sedikit tapi overall bolehlah tahan. KakChik makan tak habis pun, nasib baik ada kawan-kawan yang sudi nak menolong. Kalau tak membazirlah pulak.

Menu yang nampak menarik sampai naik keliru nak order apa, hehehe.

Sempatlah ambik gambar barang sekeping dua (eh eh, lebih dari sekeping dua :) jangan mare...)

Teman sekerja, Kak Ma dan Dila yang memang suka kalau dapat makan di luar. Ye lah kan kadang-kadang makan nasi bungkus yang dibawa bekal dari pagi memang tak menaikkan selera. Sekali- sekala sedap jugak jalan-jalan makan di luar. Dok tunggu pesanan tu...

Dah mula sampai dah... Keropok Ccolek (baca dengan shattah) ni Kak Ma punya dan Milo Ais tu Dila punya... seronoknya semua orang boleh rasa.

Hidangan dah sampai, 2 Mee Ladna dan 1 Bihun Ladna. Jom makan! Maaf ya keropok dah nak habis. KakChik dan Kak Mar minum air suam je, batuk..

Ini pencuci mulut KakChik punya RM2.80 - kongsi dengan teman-teman. Boleh tahan, tak terlalu masin macam yang di KFC atau Edlee. Saiz kentang pun besar... yum yum.

Masa ni KakChik dah takleh makan dah. Perut kena tinggalkan ruang untuk air pulak. Yang kat depan tu bukan pinggan KakChik ya, itu pinggan keropok. Pinggan KakChik ada kat sebelah pinggan Kak Ma tu. Ada 2 tangan tolong licinkan hehehe, nasib baik.

Hirup Kak Ma jangan tak hirup... srup, srup... sedap... Makan kat luar memang sedap.

Kerja sapa ni? Ketulan ais + batang sawi + ccolek

Saat-saat terakhir sebelum selesai makan tengahari.

Alhamdulillah...

8 comments:

  1. yummy..!
    bila pula giliran KiTTuN nak keluar lunch dgn kak Chik ni..
    ptg semlm KiTTuN singgah kat Kedai maribaca tapi kchik takde
    :( sepupu kchik jer ada kat sana.

    ReplyDelete
  2. KiTTuN,

    KakChik tunggu KiTTuN jemput je, hehehe. Tapi sekarang ni susah sikit nak keluar lunch jauh dari Zahra'. Tadi kami gi Hayaki yg kat depan tu je.
    Ooo singgah di MariBaca... tengahari memang KakChik takde sebab masih di Zahra'. Petang lepas 5 baru KakChik di kedai.

    ReplyDelete
  3. kak chik, sampai keliru nampak nak order, hehe...

    yela, kalau dah depan mata menu tu macam2..

    eh, tapi sekali sekala kalau kat office tu ramai2 makan sedap sikit mmg seronok... :)

    ReplyDelete
  4. salam kak chik..

    oh nampaknya saya menjadi konfius yg mana satu betul..mee radna ke ladna?

    ReplyDelete
  5. maklang - sedap dia boleh tahan je, mgkn 3 bintang

    nurulhuda - memang keliru... nak makan nasi goreng ke atau mee? dah lah tu ada banyak jenis pulak nasi grg dan mee nya. mkn beramai2 ni mmg seronok, cuma kami ni makan ber3 je tak ramai mana, hehehe

    Ibnurashidi - wklsm. kakchik tengok dia tulis atas menu, mee ladna

    ReplyDelete
  6. salam Kak chik,

    Eh, kak chik kenapa makan tak habis? La, bagi saya makan pun ok juga, hehe..

    Keropok Ccolek? Hurm, dia letak sos apa tu? tak pernah tengok pun sebelum ni, benda baru bagi saya ni... (Kesiankan?, hehe)

    ReplyDelete
  7. Wa'alaikumsalam BalQis.

    Perut KakChik ni kecik tak muat nak habiskan semua mee tu. Kalau dihabiskan takde ruang untuk air pulak. Nak bagi kat BalQis tu segan la pulak...

    Sos kat atas keropok tu KakChik tak pandai nak buat tapi kalau BalQis pernah makan keropok lekor losong, sosnya serupa. Kalau tak silap dibuat daripada cili kering + asam jawa + garam + gula + belacan + mgkn bahan lain yg KakChik pun tak tahu.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails