Kadang-kadang gelisah datang bertandang mengusik emosi.
Terasa seperti ingin saja membawa diri
jauh ke satu lokasi
biar dapat menyendiri,
berfikir, bermunajat pada Ilahi.
Gelisah memikirkan pelbagai situasi
yang memerlukan kekuatan jasmani dan rohani
untuk ditempuhi.
Ya Allah,
Siapakah yang ingin bersamaku memikul beban ini?
Bilakah agaknya segalanya dilangsaikan? Adakah esok hari?
Aku ingin ke sejadah mengadu sambil mengoreksi diri
tapi apakan daya ini musim 'dinihari'
hanya minda yang pantas beroperasi
dan kalbu jua yang saban waktu menyampaikan hasrat hati.
Aku gelisah.
Bimbang diri dipanggil menghadapMu Rabbi
dalam keadaan diri masih mencintai
duniawi.
Bagaimanakah aku di alam Barzakh nanti?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nukilah hati: KakChik yang dalam keadaan sayu. Kini sedang mengulang baca 2 buah buku ini.
Moga mendapat iktibar bagi yang masih hidup untuk meneruskan perjalanan hidup menuju ke akhirat. Bimbinglah dirimu sebelum kamu ke liang lahad...

akan ambil masa 10 min setiap hari utk muhasabah diri... InsyaAllah...
ReplyDeletep/s: manusia sering leka dgn dunia... termasuk saya...
Muhasabah diri tiap kali lepas solat...tp nk baca buku2 motivasi mcm tu agak payah, sbb takleh nk beri tumpuan dalam bacaan, anak2 kacau..
ReplyDeleteSha,
ReplyDeleteKakChik ni tak mampu nak komited 10 min sehari, selalunya ikut mood. Ada masa lama, ada masa sekejap. Kalau dapat dok atas sejadah lama-lama pun takpe.
Noorma,
ReplyDeleteBuku-buku ni KakChik baca kat pej masa rehat. Ikut suka hati masa belek tu terkena m/s mana, kat situlah KakChik baca.