Ok, cerpennya bertajuk ANDAINYA SUAMI SEORANG YB.
Bismillahirrahmanirrahim.
Sejak usiaku menjengah remaja, aku bertanya pada diri, apa yang aku mahukan dalam hidup ini. Kekayaan? Disenangi ramai? Punya peminat tersendiri? Glamour? Wajah yang cantik?
Setakat yang aku tahu, semua manusia suka pada keindahan, kecantikan, kemewahan, pengaruh yang luas dan kuat, kedudukan atau pangkat yang tinggi, disayangi ramai dan pelbagai lagi yang muluk-muluk. Baik di kalangan lelaki, wanita, dewasa dan kanak-kanak. Aku teringat satu ayat Quran yang bermaksud,
‘Diperhiaskan kepada manusia itu kesukaan kepada keinginan-keinginan nafsu seperti perempuan-perempuan, anak-anak dan harta benda yang banyak terdiri dari emas, perak, kuda yang bagus, haiwan ternakan, dan tanam-tanaman. Itulah nikmat hidup di dunia. ‘
Hmm, aku salah seorang dari manusia itu. So tak salahlah kalau aku pun sukakan semua tu. Macamana cara aku akan mendapatnya? Zaman sekarang ni, bak kata orang ‘ada duit semua jadi’. Boleh buat istana besar 20 bilik. Lengkap dengan kolam mandi, spa, taman bali, landskap ‘omputeh’ dan lain-lain. Duit juga boleh mancungkan hidung di Bangkok, sedut lemak di salun-salun, slimkan badan di pusat-pusat kecantikan, putihkan kulit dengan tempe…ish… biar betul!.
Aku pakai tudung pun masih boleh berfesyen. Sejak ada penganjuran IFF oleh Dato’ Shah Reda meluaskan lagi pemilihan ‘gaya Islam antarabangsa’. Hmm, aku tentunya tidak akan kekeringan idea lagi memilih fesyen sesuai dengan majlis. Tambahan pula kalau suami aku menang pilihanraya tidak lama lagi. Boleh lobi labu-labi biar cepat naik pangkat. Kalau bukan exco… MB terus. Senang cerita. Masa tu dah tentu ramai tokeh-tokeh yang nak masuk rapat dengan suami aku menawarkan komisyen itu dan ini. Aku dok dengar sekarang ni tak main komisyen ratusan atau ribuan. Lekeh sangat bunyinya. Paling sedap sejuta! Jutaanlah…! Wah, makin kecur liur aku dibuatnya. Ish… ini tak boleh jadi ni. Aku mesti giat berkempen untuk suami nanti. Pada keluarga dan kawan-kawan. Jiran-jiran.
Aku dah berangan-angan nak bina istana maha agung mengalahkan istana Dato’ Zaki Di. Aku juga mahu meng’anak dara’kan semula wajah dan bodi aku di pusat kecantikan berprestij. Tak kan aku nak langgan di tempat yang hanya caj RM600- RM700 je. Buat ke aku koma, tak ke naya… cantik macam Maya pun dah tak guna kalau dah jadi mayat hidup. Aku juga mahu shopping kat Perancis, London, Jepun, Dubai dan merata tempat lagi. Bukan setakat 20-30 buah kereta nak mengangkutnya. Bahkan berpuluh buah lori.
Mak Tak Sokong
Suatu hari, mak aku datang ziarah aku. Dia selalu juga jenguk aku. Sebab aku jarang jenguk dia. Rumah mak kat kampung sebelah aje. Mana aku ada masa nak jenguk dia lagi. Bahang pilihanraya dah makin panas.
‘Minah, mak tengok kau sekarang ni tidur tak lena, makan tak basah…eh tersasul pulak. Makan tak kenyang. Mandi tak basah… kau mabuk cinta lagi ke?’ Mak menyapa aku yang tersenyum-senyum sambil menyapu sampah di dapur.
‘Eh..mak ni. Abang Khair tu sorang aje jantung hati saya. Tak lama lagi kan Abang Khair akan bertanding.’ Sahut saya.
‘Iya lah… tu. Tak salah telahan mak ni Minah. Kau tu mabuk cinta dunia. Mak datang ni pun kerana tak tahan dah dengar orang sekeliling cakap pasal kau.’
‘Cakap pasal saya?.. Pasal apa mak?’
‘Kau dah mula berkempen sana-sini. Kata suami kau baik. Beramanah. Alim. Setakat mak tahu, menantu mak tu alim-alim kucing je…’
‘Eh..takkan puji suami sendiri salah kot? Itu bukan kempen namanya mak. Borak-borak biasa orang pompuan. Calon-calon yang akan bertanding belum diluluskan. Borang pencalonan pun tak isi lagi. Macamana mak boleh kata saya berkempen.’
‘Alah..macam mak tak tau taktik kau… Mak ni bukan apa Minah. Mak tak nampak sangat suami kau tu layak jadi calon. Amanah dan tanggungjawab wakil rakyat ni berat Minah.’
‘Ayah dulu kan wakil rakyat jugak. Dulu, mak pun berkempen untuk ayah juga. Ke hulu ke hilir. Sampai saya pun jarang dapat tengok mak…’
‘Dulu lain Minah. Mak tak faham sangat soal amanah wakil rakyat yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat. Sejak ayah kau meninggal, baru mak ada masa sikit menambah ilmu.’
Aminah diam sahaja sambil menyimpan penyapu di stor belakang dapur.
‘ Selagi nama abang Khair naik untuk dicalonkan, saya akan terus berkempen untuk dia mak. Itu tanggungjawab saya sebagai isteri. Lagi pun, akhir-akhir ni pucuk pimpinan mahu sangat orang yang berimej seperti abang Khair tu. Alim kucing pun…alim kucing lah. Kalau alim betul-betul, tak sesuailah pulak dok dalam parti Barisan Naik-naik ni.’
‘Moga Allah berikan hidayah kepada mu nak.’ Doa Datin Fatimah dalam hati.
Sehingga itu, jumpa lagi selepas jam 12.30 pagi ya.
best cerpen kak chik ni... saya memang ada impian nk jadi datin, tp mengenangkan yg hubby saya akan sibuk 24 jam dengan bisnes, main golf di kelab, dikejar pompuan pisau cukur yg berbadan langsing dan mengiurkan bak Madonna..jadi saya lupakanlah hasrat tu...hanya bermimpi dan merealisasikan impian itu di dalam novel2 saya jer...
ReplyDeleteNoorma - hehehe, cerpen kawan ni, kakchik copy & paste sebahagian kat sini. wah, wah... noorma pun ada impian cam gitu ek? kakchik takde angan-angan pun, mungkin kakchik la kot yg jadi YB, hehehe. kakchik selalu terlupa nak tanya, apa tajuk novel2 noorma? kakchik pun nak beli & bacalah
ReplyDeleteIsh,,malu plak nk suruh kakchik baca novel2 saya tu, tu novel untuk remaja jer..kisah penyiasatan, seram, misteri, dan ada sikit novel cinta remaja..khas untuk edaran di perpustakaan sekolah jer..kalo kakchik search kat google atas nama Noorma Ismail, nanti jumpa la nama novel2 saya tu..takde pun yg dijual dikedai..
ReplyDelete