Assalamualaikum & salam rehat untuk semua.
Hehehe, siang tadi banyak stres, stres masa mesyuarat, stres menyiapkan senarai buku untuk suku pertama tahun ini, stres kena tipu (ops, yang ni sekejap saja dah hilang ya) dan stres kereta kena potong mengejut oleh pemandu 'gila'...
Balik je ke rumah, siapkan air minum untuk Cik Abe dan terus cek oven yang telah dibaiki. Hmm... jom masak sesuatu. Bila KakChik dapat membakar sesuatu dalam oven tu, secara automatik hilang semua stres yang dirasa cuma satu stres yang tak hilang-hilang lagi ni... stres otot bahu... hehehe nanti Cik Abe boleh tolong urut.
Si Munzir dari Khamis lepas dok mintak nak makan Pasta Sup Cendawan, tapi KakChik tak berapa rajin nak buka tin campbell tu. Main taram ajelah apa yang ada dalam gobok dan cepat boleh dimakan. Maka terjadilah 'Shangria Pasta' - nama yang Adik berikan, entah dia ambik dari mana. KakChik rasa pernah dengar dia sebut pasal satu drama Taiwan yang tajuknya bunyi macam nama pasta tu. Anyway, tak kisahlah... KakChik cuba-cuba je... lebih kurang macam makaroni bakar je rupa pasta ni.
Resepi boleh tengok di My Culinary Adventure.
Cukup dulu setakat ini. Selamat berehat semua... esok masih ramai yang boleh berehat, KakChik keje... tata.
Perkongsian : Hujan
8 years ago
Kakchik ni memang rajin betul memasak... Sama macam Suzi tu...
ReplyDeleteAgaknya kalau kita berjiran, boleh gak Tie hulur pinggan kosong kat jendela dapur tu...hihi...
Kak Tie - takde la rajin sangat Kak Tie, sekali-sekala dalam semingu je. Suzi tu dia masak setiap hari, takleh nak samakan dgn KakChik ni, malu... kalau kita berjiran memang boleh je KakTie sebab jiran kami yg sekarang ni pun selalu dok tadah pinggan, hehehe.
ReplyDelete