Followers

11.2.09

Pemberian Kawan-Kawan Memang Berharga

Kad ini daripada Yanmie of Permata Hatiku. Terima kasih Yan kerana menghadiahkan KakChik kad yang kiut-miut ni. Yan ni memang pandai menggodek-godek software grafik. Buat VCD pun dia pandai sebab tu Yan boleh kirim VCD untuk keluarganya di Sandakan sana. KakChik kekadang jeles dengan Yan ni. Dia pandai... KakChik pulak takde masa nak belajar Ulead ke... Photoshop ke... Hari tu KakChik tengok Yan design cover untuk VCD dia, wow... cantik... kalau sesapa nak tempah, boleh minta Yan buatkan... hehehe (entah Yan ambik tempahan ke tidak ... pandai-pandai KakChik je).

Kad bergambar ni pulak adalah pemberian dari Hasz of Dear Diary. Sweet je adik sorang ni. Hasz ni sorang pendidik. KakChik berkenalan dengan Hasz ni dalam beberapa bulan yang lepas. Walaupun baru kenal, dia rajin juga singgah di blog KakChik ni bertanya khabar atau saja jalan-jalan. KakChik pulak yang jarang-jarang gi ziarah Hasz, malunya kakak ni. Insya-Allah kalau ada kesempatan, KakChik akan gi ziarah semua blog teman-teman terutama yang tersenarai kat tepi tu.

Ok, itulah dia dua kad yang terkini dari teman-teman.

2 comments:

  1. salam kak chik...

    thanks sgt2 yea sudi amik kad nie..hem..pasal grafik tu takde ler terer mana..sikit2 aje..tp klu ada yg nk tempah ok aje..ehehe..rezeki jgn ditolak..

    ReplyDelete
  2. wkslm yan,

    sama-sama, orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa, tak gitu kan?

    kakchik tolong iklan je, keje yan tu bagus, apa salahnya ...

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs