Followers

16.2.09

Mood turun dan naik

Hari ni cuaca berjerebu sejak pagi tadi. Sekarang jam 12.53 tengahari, matahari dah mula nak menghilang, awan pun makin mendung. Sebentar je matahari terang. Harap-harap hujan la hari ni sebab dah banyak hari cuaca panas terik. Batuk ni pun masih belum kurang. Dah cuba dua petua yang kawan-kawan bagi tu tapi belum nampak kesannya. KakChik teruskan makan ubat dan minum air asam jawa diperah asam limau.

Mood takde... musim perubahan hormon ni. Kalau tak banyak sabar dan bertenang, ada lah yang nak kena marah hari ni. Jadi ketua orang ni memang kesabaran cepat teruji terutama di masa kitaran bulanan. Hari ni belum tegang lagi tapi ada tanda-tanda ke arah itu... huhu, mintak dijauhkan Allah. Tak mahu buat orang sakit hati. Kalau ada yang terasa tu KakChik nak mohon maaf awal-awal. Maafkan ya.

Hari ni ada kuih makan pagi kat Zahra' bertukar kepada nasi impit bercampur pulut pagi, tak pernah makan lagi. Dila kata sekali-sekala tukar selera tapi KakChik belum ada selera nak makan ni. Cuma rajin ambil gambar je tapi tak dapat nak upload sebab card reader rosak la pulak. Jadi layan lunch kelmarin ajelah. Kalau menjadi nanti KakChik update.

Mee Goreng Basah yang KakChik makan untuk tengahari semalam. Mak oi... pedas sungguh, sampai berair hidung dan mata. Kuah kicapnya agak pahit sebab banyak sangat kot diorang masukkan sampai meleleh keluar dari polisterin. Lepas ni tak mau dah KakChik beli mee ni. Kembali dengan Bihun Tomyam atau Mee Bandung.

Ok, rehat dulu. Nak tenangkan diri yang mood kurang ni sambil tunggu Zohor.

8 comments:

  1. hem...rupa aje nmpak menarik kan..hehe..cian kak chik sampai meleleh air hidup yea..

    pg td yan buat mee goreng basah..sesekali mkn sedap jugak kan..

    ReplyDelete
  2. yan - pengajaran untuk kakchik. memang tak order dah lepas ni. nak lah yang yan buat tu sikit... mesti lebih sedap

    ReplyDelete
  3. mee goreng mamak jugak yg sodapppppp!!!

    ReplyDelete
  4. Kitaran hormon bulanan kadang memberi kesan emosi juga..he3

    ReplyDelete
  5. kat sini pun panas terik..badan pun lemah semacam...tapi Alhamdulillah masih bertahan..

    Kak Chik jaga diri baik2 ye..:)

    ReplyDelete
  6. one z - masa dok ipoh dulu selalu gak makan mee goreng mamak kat tmn chempaka, memang sedap....

    zureen - memang betul tu

    maklang - semalam hujan turun seciput je, lepas tu matahari terang semula, dalam bilik aircon pun tak sejuk sangat. tima kasih maklang, maklang pun jada diri elok2 juga.

    ReplyDelete
  7. sedpnye..mee goreng mamak...grlppp..

    hai kakchik..salam singgah ;)

    ReplyDelete
  8. [-suzie-] - yang ni mee goreng basah, tapi nampak macam mee goreng mamak la jugak, huhu.

    terima kasih ya singgah ke sini. lain kali jemputlah datang lagi.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs