Followers

23.2.09

Rumah dah jadi tadika

Beginilah suasana sebelah petang di rumah kami. 5 orang budak-budak kecik ni sibuk belajar menulis dan melukis. Dah macam tadika dah rumah kami. Inilah yang menghilangkan segala tekanan di tempat keje. Bila sampai je kat rumah, nampak anak-anak sedara bising, meriah sedang belajar, macam dalam tadika. Cikgunya tentulah CikNi (Adik) yang sedang sakit tekak tu.

Giliran KakChik ialah bercerita dengan diorang di sebelah malam. Membaca komik Baby Blues dengan diorang sampai naik sakit perut ketawa sebab banyak sangat soalan yang diorang tanya. Watak Zoe dan Hammy memang ada banyak persamaan dengan budak-budak ni. Kadang-kadang tak terbuat keje sendiri sebab dipaksa diorang bacakan buku.

Masing-masing seolah-olah serius sedang belajar. Walhal dalam semua yang ada tu, hanya Iffah sorang yang betul-betul dah kenal huruf, yang lain tu hanya tiru bentuk huruf yang mereka selalu lihat. Kiranya kena ucap terima kasih kat CikNi yang rajin mengisi masa lapang diorang dengan aktiviti macam ni. Si Manis Amni pun sibuk tumpang sekaki. Yang dia tau, makan kertas, hehehe.

Nak tengok macamana kelas berjalan tak? Sila klik video kat bawah ya.



Ibu bapa sentiasa mengimpikan mempunyai anak-anak yang soleh dan terpelajar.

2 comments:

  1. Ha ha.....memang seronok tengok telatah anak2 kecil. Teringat masa Kak tie layan anak2 sedara (sebelah hubby tu...). Suruh buat coloring, nampak sangat bersungguh2...he he..

    ReplyDelete
  2. Memang gitulah diorang Kak Tie. Cuma sekarang ni coloring dah kurang minat, buat lagi... tapi yg diorang paling suka ialah menulis. Tak kisah sangat apa yg diorang tulis tu sb not eligible sgt tapi kira menulis la tu.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs