Followers

8.2.09

Jangan Terpedaya

Klik imej untuk besarkan.

Inilah rupanya email yang dihantar oleh pihak yang ingin menipu pelanggan Maybank yang juga pengguna Maybank2u. Pastikan kita tidak terpedaya dengan tipuan mereka. Pandai aje diorang letak CLICK HERE kononnya nak memudahkan kita laksanakan apa yang diorang claim sebagai,
"We are hereby notifying you that we've recently suffered a DDos-Attack on one of our's Online Banking server. For security reasons you must complete the next steps to verify the integrity of your Maybank account. If you fail to complete the verification in the next 24 hours your account will be suspended."
Siap ugut-ugut lagi yang akaun akan digantung kalau tak verify akaun dlm masa 24 jam. Penipu sungguh. Inilah kalau dah CERDIK TAK BOLEH DITUMPANG. Yang diorang tahu nak buat duit mudah dengan menyalahgunakan kepandaian yang Allah bagi dengan SCAM orang ramai. Cuba tengok URL apa yang kita klik jika diikut nasihat penipu ni.
"4. When you have received the TAC (Transaction Authorization Code) on your mobile phone, go to our secured verification server and submit the requested information (Username, password and TAC). (click here) to go on our secured server."

Tulisan biru tu akan bawa anda ke URL ini : http://adsl-75-56-163-18.dsl.chcgil.sbcglobal.net// entah hosting di mana tu? Jaga-jaga...
Jadi... JANGAN KLIK! Ramai dah orang yang TERKLIK, menyebabkan hilang habis wang dalam akaun simpanan. Tertipu hidup-hidup dengan email penipu ini. Berhati-hatilah kita.

KakChik doakan mereka segera insaf, bertaubat, tak pun biar cepat-cepatlah polis kenalpasti diorang ni, tangkap, bicara dan kenakan hukuman setimpal. Janganlah dibiarkan diorang terus bermaharajalela di alam siber, menipu (umpama merompaklah juga ni) orang-orang yang terleka.

Kawan-kawan, elok kita berhati-hati.

8 comments:

  1. salam kak chik..

    thanks atas info yg diberikan..yan pun klu nk guna maybank2u tak guna dari pautan lain..takut2 terslh ataupun spam..so lg senang taip aje maybank2u kat address utk mengelakkan kejadian2 camtu..

    ReplyDelete
  2. Haiiii...macam2 cara diorang meniou ye..

    ReplyDelete
  3. wkslm yan.

    sama-sama. dapat berkongsi tu rasa lega sikit. emel ni lebih krg dgn emel spam yg berlambak tu lah. tapi yg mmg bahaya sb ramai dah tertipu.

    ReplyDelete
  4. Kak Tirana - mmg diorang ni otak cerdik tp terpesong. diorang guna prinsip Machiavelli kot

    ReplyDelete
  5. kak chik, takutnya ela mmg guna mybank 2u sokmo..scary la..kalau kita login baru benda tu kuar ke cam mana kak chik?...

    ReplyDelete
  6. ela, kalau kita guna URL www.maybank2u.com.my takde masalah cumanya jgn percaya kalau ada emel macam ni dihantar ke akaun email. Jgn klik apa-apa link yg ada dlm email tu.

    ReplyDelete
  7. sbb tu lah, maybank dah pesan jgn klik melalui link kat emel... mmm... org yg berniat tak baik ada kat mana2...

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails