Assalamualaikum dan salam pagi ceria untuk semua.
Hari ni hari Khamis, dan setiap Khamis KakChik tak keje... Punyalah semalam dok merancang hari ni nak buat roti, pizza dan makaroni bakar. Siap ke Billion beli semua bahan-bahan yang diperlukan. Pagi ni apa lagi, KakChik pun awal-awal lagi ke dapur keluarkan semua bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan.
Tiba-tiba...
Aduh! Hei geram sungguh! Perbuatan siapakah ini? Sampai hati dia buat KakChik macam ni. Sabar... sabar... dia mana ada akal, kita yang manusia ni Allah bagi akal. Tapi puas dok fikir, kenapalah benda ni yang dirosakkannya? Selalunya dia datang curi makanan je. Sejak dua menjak ni memang agak bermaharajalela diorang kat dalam rumah ni terutama ruangan dapur. Walhal dapur kami tu sentiasa dibersihkan dan dipastikan kemas. Isyk, geram, geram.
Tengoklah apa jadi kat wayar oven kami ni. Habis terburai digigit diorang. Wayar ni pun diorang nak makan. Alahai... tak dapatlah KakChik nak membakar hari ni. Allahu Akbar! Bersabar ajalah... nak buat macamana kan? Dah Allah takdirkan gigi diorang tu kuat menggigit dan hari ni Allah tak izin KakChik buat roti, KakChik redha aja. Kata Bibik Aishah, boleh ditukar wayarnya. Memanglah... KakChik pun tau... nampak gaya kena cari wayar baru untuk oven tu.
Dah, simpan balik semua barang ke tempatnya, kita buat penkek manis la hari ni. Takde roti pun takpe lah...
Cik Ti dan keluarga ni nak dibuat macamana ya? Dah macam-macam cara kami buat, dia tetap membiak juga. Risaulah juga sebab kat rumah ni ramai orang, buku banyak, pakaian banyak, makanan pun banyaklah jugak. Setakat ni, perangkap dah guna, racun dah buat hinggakan Ayah pun sentiasa bersedia dengan tongkat malam-malam buat pukul diorang, kalau ada yang tersesat di dapur. Dan jangan tak tahu, setakat ni Ayah jarang gagal, hehehe.
Ada sesiapa tahu cara yang berkesan untuk hapuskan Cik Ti and the Gang ni? Tolonglah bagitau KakChik ya. Mekasih.
Perkongsian : Hujan
8 years ago
Malam tadi anak zureen beritahu nampak "tupai "dlm rumah..huhuhu rasanya itulah bende yg sama mkn wayar akak..Rumah zureen bela kucing tapi..hmm jenis takmo mkn tikus..waaa.
ReplyDeleteletak serai wangi
ReplyDeletesalam kak chik..
ReplyDeletehehe..cik ti ni mmg bermasalah la..xdpt teja nk tolong..apa pun..bsabar je la..
Ada banyak cara, kak chik...
ReplyDeleteAda gam khas tu..tapi baunya busuk. Sapu je kat kertas surat khabar..letak kat bawah almari dapur tu.. Bila dia kena, dia akan berguling2 dlm suratkhabar tu...terbungkus dgn sendirinya. Senang nak buang laa..
Kalau guna perangkap, bubuh ikan kering, yang dibakar atau kelapa bakar...baunya akan menarik minatnya... kalau guna racun tu kena berhati2 benda lain pulak yang makan...
Zureen - mmg cik ti yg makan wayar tu... kesan gigitan kat wayar tu mmg kesan gigi dia.
ReplyDeletemumtazah - ooo, tima kasih, kakchik kena gi pasar la nampaknya. kena cuba...
ReplyDeleteTeja - tak dpt tolong takpe... tima kasih teja tinggal komen
ReplyDeleteKak Tie - gam khas tu rasanya ayah ada pernah guna sebelum ni tapi mgkn caranya berbeza. boleh cuba sekali lagi cara kak tie ni.
ReplyDeleteOoo, ikan kering dgn kelapa bakar pun menjadi ya? Insya-Allah nak bagitau ayah.
Tima kasih kak tie. Petua berguna tu.
Rumah kak tirana di KB dulu pun ada masalah ni.. Bila nampak tikus, cepat2 hubby panggil "huntokil". Entah apa dia letak di keliling rumah, lepas tu tikus dah tak masuk rumah lagi. Yang ada kat dalam rumah tu..hubby kejar..hehehe..akhirnya dapat jugak.
ReplyDeleteKak chik, petua untuk menghalau tikus dalam rumah:
ReplyDelete1.Ambik daun durian belanda, dan letak pada tempat laluan tikus (letaklah dalam almari, tempat yg selalu tikus tu lepak2, jalan2, shopping ke...) pasti tikus takde lagi lepas tu, sbb daun tu busuk...
2.bela kucing dirumah...tp skang ni kucing dh tak makan tikus..cthnya kucing saya tu, nampak tikus pun takut...
3.Jerat tikus...dalam sangkar tikus tu gantungkan ikan kering, tikus pasti masuk ke dalam perangkap tu..lepas dh dapat tikus tu, lepaskan dia ke tempat lain..pos g terengganu pun takpe..he,he.he...
Ok kak chik..semoga dapat membantu..wayar tu boleh sambung balik...nanti kak chik teruskan projek roti, dan pizza tu yer..
Kak Tirana - 'huntokil' tu syarikat pembasmi tikus ke kak? ada dlm yellowpages tak sykt tu? hebat suami akak, macam ayah chik jugak...
ReplyDeleteNoorma - tima kasih banyak dgn petua yg dikongsi tu. Daun durian belanda kena cari nampaknya sebab kat sekitar kg ni susah nak dapat. kami ada kucing juga tapi samalah dgn kucing Noorma tu, dia eksyen sikit, nak makan nasi je, tikus dia tak layan, tengok sebelah mata je. insya-Allah ayah tgh usahakan nak baiki wayar tu, nanti blh la sambung projek roti + pizza.
ReplyDeletealahaii cik ti punyer kije rupanyer! syian kakchik! kalau tak, leh wat roti marble tuh kan! takpe kak.. sabar sabar...mmg nk kene kasi mati sama itu cik ti! hehehehe... sib baik suiz tuh off erk kak! klu on mesti mati kejung tikus tuh! hehehehe...
ReplyDeletehana - mmg keje diorang. terpaksa tunggulah nak buat apa2 yg jenis membakar ni. tapi resepi kakchik dah simpan. tikus tu cerdik, bila suiz on dia tak pulak gi kerjakan wayar tu, takpelah, janji minggu depan dpt buat pizza.
ReplyDeleteSalam Kakchik..
ReplyDeletesaya cuba komen juga ya:)
Kat rumah saya di sini juga banyak Cek Ti..besar-besar macam tupai. Tapi yang pelinya agak cerdik. Letak perangkap tikus tak mengenalah pula. Last sekali saya biar je, malas nak ambil tahu.
Angkara tikus, ya...
ReplyDeleteHurm, saya ada satu cadanaganlah, tapi agak menggelikan sikit dan tak tahulah Kak Ti sanggup buat atau tak, sebab rumah saya yang dulu kena serang juga dengan keluarga Cik Ti ni, hehe... caranya cari sarang dia, tempat dia beranak pinak tu... huhu... gelilah sebenarnya...
sebab dulu ayah pernah cuba cari dan jumpa... Ya Allah, geli sangat, sebab ada baby dia yang merah2 lagi...
Pastu ayah basmi tempat dia bersarang tu, bersihkan, and alhamdulillah dah kurang... huhu.... tapi memang makan masalah cara ni, cumanya puas hatilah bila dah jumpa tu, huhu...
Wa'alaikumussalam wbt,
ReplyDeleteYa, Kak Chik, di Perak tu pun salah satu cara mengurangkan stress, riadah di jalan, bercakap ke sana sini... Rupanya stress Perak melanda Kedah pula, jangan jadi wabak cukupla...
Betul tu, Senyum itu pun salah satu cara kita beriadah anggota badan, setiap pancaindera ada urat masing-masing dan cara riadahnya tersendiri. Senyum akan mengendurkan kembali urat muka ketika kesedihan dan stress sebab itu orang selalu suruh sebut "three" @ "ciiisyh" dan bersedekahlah banyak-banyak dengan senyuman...
Tentang 'cik ti' tu kena benteras segera sebab ckg fobia dengan cik ti ni sebab tahun lepas cikgu sekolah dah pergi buat selamanya dek kerana 'virus tikus'. Cuba petua kawan-kawan tu, cari daun-daun yang bau menusuk hidungnya seperti daun semambu @ serai wangi @ daun durian belanda dan mohon pada Allah, InsyaAllah.
salam ziarah dari srikandi yang jauh. kakchik, srikandi sebenarnya geli dengan makhluk ni. agak fobia gak T_T xpe kakchik, jangan geram2, mereka takde akal, kan? mungkin kakchik tak sedar kakchik ada salah kat mereka. hehe. dan kalau dengan family srikandi, kami memanggil Cik Ti ni "Puteri.." hehe. walaupun fobia ngan tikus, tapi srikandi rasa mereka ini makhluk yg istimewa. sbbnya mereka mcm tau2 je bila kita sebut nama dia.. sbb tu banyak gelaran dia dapat :D
ReplyDeleteBalQis - cara yang BalQis cadang tu kami dah pernah buat sebelum ni. memang geli habis... lepas tak sampai sebulan, dia dtg balik. kali ni tak larat dah nak naik ke bumbung atau bawah rumah nak mencari sarangnya. apa-apa pun tima kasih ya dik BalQis bagi cadangan, tak pasti pulak kot2 nanti kami nak try sekali lagi cara ni.
ReplyDeletecikgu rash - kakchik pun terkena bahang stres tu tapi dapat ditenangkan dengan mengingati Allah. Insya-Allah jika kita yakin dgn perjuangan keje-keje Islam ni keranNya, kalah di dunia tidak bererti kalah di Akhirat, menang di dunia tak bererti menang juga di hadapan Allah nanti. sebab ingat pasal virus la yang kakchik dok beriya nak hapuskan spesis cik ti kat rumah ni
ReplyDeleteSrikandi - wkslm... silakan. Lama tak nampak Srikandi kat sini :) hehehe, tadi pagi je geram tapi dah hilang dah lepas kita org gelak sakan ingatkan cik ti tu dikejar ayah dgn tongkat. org tua2 pun ada kata psl diorang ni mcm tau2 je kita dok crite pasal dia. terfikir jugak ada ke tak pernah buat salah kat diorang tu... pada diri sendiri dok rasa tak ada tapi wallahu'alam mungkin cik ti ada terasa hati kot dgn kami ni.
ReplyDeleteKak chik, dulu penah juga cik ti dan keluarganya tu bermaharajalela kat umah saya. Mula2 tak perasan umah kami tu dah jadi 'sarang' dia. maklumlah sibuk la kononya. Keje dgn on call nya..balik umah ingat nak rehat jer..berkemas jarang2, tu pun yg perlu jer. Padahal, rumah bukan besar pon, 3 bilik jer. Suatu hari abg ipar dan famili dtg bermalam kat umah, dia yg jumpa cik ti dan baby2nya yg masih merah lagi tu dalam bantal kat bilik tetamu! bantal yg bersusun2 kat bilik tetamu tuh dah jadi rumah diorg...memnag dah berlubang dan sarung bantal pun dah kena 'kerik' la.... malu kat abg ipar sbb dia jumpa cik ti dan familinya dalam bantal tu toksah cakap la....hehhe... lepas tuh, kami pun operasi besar2an....hmmm, mungkin betul kata org kot, cari 'rumah' dia..sebab lepas tuh, cik ti dah makin berkurang. Tapi, nak kena pastikan la , mana2 'lubang' yg boleh dia tembus masuk tu kena 'seal' betul2 la...
ReplyDeletekin - termalu jugak kan berlaku macam tu. tapi alhamdulillah dapat tahu diorang bersarang dlm rumah, kira cpt lah kin dpt hapuskan. kat rumah kakchik ni dah buat sebelum, hapuskan diorang macam tu, tahan sekejap je bebas dari cik ti, lepas tu dia dtg lagi. kali ni susah sikit nak cari rumah diorang sekali lagi. lubang2 dlm rumah dah seal elok2 dan nampaknya dah takde cik ti masuk, tapi masih blh dgr diorang berlari kat atas bumbung tu. apa2 pun mekasih kin bagi pendapat & komen.
ReplyDeletekira ok la tu kak chik, belum start buat lagi.. saya hari tu dah siap masukkan kek dalam loyang, sekali nak panaskan oven, tiba-tiba wayar dah putus kena gigit tikus.. sabar je la. Nasib baik boleh tumpang oven jiran.
ReplyDeletesyukur... kalau idak, alamat menangis tak berlagulah kakchik hari tu. kiranya ujian ke atas DM lagi kuatlah. takdir Allah jiran sblh ada oven, selamat.
ReplyDelete