Followers

2.2.09

Pulun Bakar Pizza

Balik keje petang semalam KakChik tak singgah pun kat MariBaca sebab tak sempat solat Asar di Zahra' jadi balik terus je ke rumah. Bimbang lewat pulak Asarnya. Memang lewatlah... jam 5.30 petang baru dapat solat. Kalau singgah di MariBaca, agaknya akan jadi lebih lewat. Tak maulah. Selalunya KakChik solat di Zahra' sebelum balik tapi dek kerana banyaknya keje dan waktu Asar pun lewat, tak sempatlah pulak.

Sampai kat rumah, anak-anak sedara riuh-rendah di dapur macam kelas tadika. Terfikir pulak kapsikum dalam peti ais tu dah beberapa hari dibeli, buat pizza ajelah, budak-budak memang suka... hehehe orang tua pun suka juga.

Mula menguli jam 6 lebih, jam 8 malam baru mula membakar. Inilah hasilnya. 4 biji pizza, 2 kecil 2 besar dan sebuku roti.

Pizza No. 1 untuk Khairul Ikhwan. Sanggup tak nak ikut Abah dia balik ke rumah sebab nak tunggu pizza masak. Pukul 10 malam baru dia balik selepas pizza ni masak. Yang ni tak letak bawang sebab si Ikhwan tak makan. Rotinya kurang garing sebab dia suka yang lembut.

Pizza No. 2 untuk orang dewasa bersaiz Regular. yang ni ada bawang besar. Roti lebih garing tapi agak nipis sebab orang dewasa ni sukakan roti nipis je.

Pizza No. 2

Pizza No. 3 masak dalam tudung periuk sederhana kecil untuk Muazzin Munzir. Siap pesan lagi suruh bakar lambat-lambat sebab dia balik tuisyen pukul 10 malam.

Munzir yang baru balik tuisyen sedang enak makan pizza. Happy la tu...

Pizza No. 4 juga bersaiz Regular dibuat istimewa untuk staf Zahra'. KakChik bakar lebih garing dan dipanaskan sekejap pagi tadi sebelum dibawa ke pejabat. Dah beberapa kali janji dengan diorang nak belanja makan 'home made ' pizza.

Bawa ke pejabat tadi, happy la diorang.

14 comments:

  1. wah2...sungguh2 menyelerakan...bak sini sikit kak chik..yan pun ada gak cita2 nk buat pizza nie..ewah...baru2 nak mencuba..ehehe..nie semua kak chik punya pasal..ngeh..ngeh..

    ReplyDelete
  2. Salam KakChik.. bila nak buat pizza delivery ke Singapore? Rajin ya dah malam-malam pun masak.. tapikan, saya pun gitu, bila dah malam ingat anak nak bawa muffin pergi sekolah, pukul 11 baru start... biasalah ya, mothers.

    ReplyDelete
  3. tak happy pun tak patut...makan benda sedap, free lak tu.
    waduhhh...berdendang perut tengok pizza ni.

    ReplyDelete
  4. Yan - happy hati ni bila penyakit kakchik ni dah mula berjangkit kat Yan. Pizza dah licin, kakchik pun dpt makan seciput je.

    ReplyDelete
  5. Stylomom - Wa'alaikumsalam.Hehehe, delivery service belum warming up lagi...kuikui... Oh muffin, kakchik tak pandai-pandai lagi buat muffin ni. Insya-Allah yg tu akan buat juga nanti. Stylomom pun mesti ibu yg pandai masak ni.

    ReplyDelete
  6. one Z - kalau perut one Z berdendang takpe... rumah one Z kan depan sekolah je... lapar boleh balik ke rumah, hehehe.

    ReplyDelete
  7. bestnyer orang2 iteww dpt mkn pizza pree k.chik! nmpk amat lah menyelerakan! tabik spring toing toing kat kakchik hebat menguli sebanyak itu! nakkkk jugakkkkkkkkk! heeeeeeeeeee....

    ReplyDelete
  8. mekasih my dear hana. alhamdulillah... semuanya adalah hasil hana & kawan2 lain yg rajin dok tayang pizza kat blog masing-masing. ambik la kalau nak yg mana2 satu, hehehe.

    ReplyDelete
  9. adoiiiii....
    trus perut jadi lapar tgk gambar byk2 nih...
    :)

    ReplyDelete
  10. Tukang Cerita - sabar la ya. Dah makan ke belum ni?

    eRin - kalaulah dapat kakchik magic kan pizza ni, sesapa tengok je boleh tarik bak keluar pizza real, tapi hakikatnya... kena telah air liur je lah.

    ReplyDelete
  11. hebatnyer kakchik ni..melayan regular customer..customer BP pun nak gak ni..yg garing, isi lebih n cheese lebihhh tau..

    ReplyDelete
  12. amboi kakchik..buzy nyer mlayan regular customer.. ni customer BP pun nak oder.. piza no 2..isi kasi lebih n chesee juga nak lebihhh..

    ReplyDelete
  13. kak zana,

    belum hebat lagi la. akak perasan tak yg kakchik ni asyik dok letak topping sama je? belum ada mood nak try topping lain. nak jadi hebat kena buat macam2 topping.

    delivery service ke BP belum activate lagi ni, hehehe, kena uruskan HQ dulu la.

    pizza no 2 isi lebih, cheese lebih ya? tunggu sehari dua lagi deh (logaht kelate).

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails