Assalamualaikum dan salam pagi Jumaat untuk semua.
Hari ni KakChik ada kelas tutorial di OUM tapi tak pasti dapat gi ke tidak ni, batuk sungguh menjadi-jadi dari malam tadi. Ubat batuk dah makan tapi sakitnya tekak tak tau nak kata. Jenis batuk takde kahak ni memang sakit tekak dan dada. Ya Allah... nak mati dah ke KakChik ni? Bila dapat sakit ni teringatkan mati walhal tak sakit pun boleh mati kan. Suhu badan pun naik balik gara-gara batuk yang kuat ni. Kalau ikut hati nak je berbungkus kat atas katil tu tapi tak biasa buat gitu bila dah bangkit dari tidur. Kalau dah tak boleh jalan sangat baru KakChik baring, kalau tak KakChik lebih suka bersandar je di sofa sambil baca buku atau blog ataupun berita online.
Kelas pukul 8 ni masih tak ade tutor, jadi memang takde kelaslah. Jam 10.15 nanti ada satu kelas dan jam 2.45 ada satu lagi. Kena tengok keadaan ni sebab nak bawa kereta ke OUM tak berani kalau dalam pengaruh ubat. Kena tunggu Cik Abe balik dululah. Pagi-pagi Jumaat ni dia ada program dengan anak muridnya kat maahad. Keluar solat Subuh sampai la ni belum balik lagi. Kalau dia boleh hantar, insya-Allah KakChik nak gi kelas. Tutorial kalau terlepas memang tak seronoklah sebab banyak yang dibincangkan masa tu. Nak jumpa tutor bukannya senang, kena tunggu waktu tutorial, kelas online pun bukan tutor masuk hari-hari.
KakChik nak studi sikit sementara masih ada kudrat ni. Lepas ni wallahu'alam.
Moga hari ni bawa keberkatan.
Perkongsian : Hujan
8 years ago
Kalau kakchik betul2 nak pergi, boleh juga cuba makan fisherman friend jenis tanpa gula..warna kuning. Ia dapat kurangkan batuk masa kat kelas tu...jadi taklah terganggu. Malam2 nak tido , makan strepsil cough tu...tapi kena gosok gigi lepas tu, sebab ada gula. Biasa kalau kak tie batuk, hisap fisherfriend tanpa gula tu, baru boleh tido. Ia cuma dapat melegakan batuk je...sebab batuk ni memang susah nak baik....cubalah...
ReplyDeleteTima kasih Kak Tie.
ReplyDeleteFisherman F tu kakchik tertinggal di ofis Rabu lepas, hari ni tak larat nak minta tlg sesapa gi beli. lagipun kakak ada bawa balik ubat batuk dr klinik dia, kakchik makan yg tulah sampai jadi drowsy ni.
Memang kakchik ingat nak buat macam yg Kak Tie cadang tu ... isap lozange tu dlm kelas, tengoklah kalau jadi gi, kakchik singgah kat farmasi beli.
hi cek nor haniza taib tewww.. arini friday the 13th.. ati2 dijlnraya.. salamms dr me dikejauhannnns..
ReplyDeleteen_me, ber'hi-hi' pulak dia. insya-Allah akan drive dgn baik. apa2 pun mekasih ya singgah
ReplyDeleteChik..
ReplyDeleteKalau rasa2 tak terdaya, baik rehat saja kat rumah... Dah makan ubat batuk, tentu rasa mengantuk nanti. Kalau pergi ke kelas tapi tak boleh fokus pun tak seronok jugakkan...
Kak Tirana, betul kata akak tu. Skrg ni Chik rehat di sofa sambil dengar anak2 sedara dok tgk dora di tv. Mgkn tak gi kelas sb baru terima berita kematian mak sedara suami. dia terus balik p.puteh tadi, chik tak dpt nak ke mana pun sb takde kereta. dia suruh rehat je. Tima kasih ya kak.
ReplyDeletealololo...ciannya kak chik..semoga cepat sembuh yea..yan pun x sihat gak nie..apa pun utamakan kesihatan..
ReplyDeletemekasih yan... yan pun sama-sama rehat jugak ya.
ReplyDeleteBila kita 'sayangkan' ilmu, maka kita akan sanggup meredah apa sahaja.
ReplyDeleteKakchik,
ReplyDeleteKlu x dpt attend tutorial, msh boleh berforum di LMS kan :)
Abang Long - insya-Allah sayangkan ilmu sb tu berusaha makan ubat sb nak gi kelas. kelas kul 10 lbh tak jd pergi sb suami blk kg ziarah kematian, ingat nak gi yg kul 2 lbh sayangnya bila dah bersiap, dpt SMS dr tutor, dia tangguhkan kelas sb dia pun demam.
ReplyDeleteIntan Rh - kakchik masuk forum tiap2 minggu cumanya tutor yg jarang2 masuk hehehe. Gi kelas tak hari ni?
ReplyDeleteKakchik, dulu mmg sy keje kat KB tp la ni balik kg dah... :). Kelas ari ahad ni 15hb...satu course trpaksa amik online, xde tutorial.
ReplyDeleteIntah Rh - ooo gitu rupanya. Intan ambik course apa kat OUM ni?
ReplyDelete