Followers

22.2.09

Hadiah Dari Noorma & CikMin

Note: KakChik mintak maaf sesangat sebab telah tersilap nama pemberi award tu. KakChik ni mamai agaknya, tu yang boleh tertukar antara Noorma dengan Suzi. Noorma, maafkan KakChik ya sebab tersilap.

This is the special award from dear Noorma. Terima kasih banyak ya Noorma atas pemberian award ni. KakChik suka sangat. Noorma ni KakChik letak link blog dia kat senarai Chef-Chef Inspirasiku sebabnya dia rajin memasak dan selalunya update terbaru mesti pasal makanan, hehehe. Yang terbaru tu roti kerca (selalu gak tengok dalam myR tapi tak teringin lagi nak try). Satu lagi Noorma ni penulis... dah tulis beberapa buku cerita untuk pelajar sekolah. Antara yang KakChik jumpa ialah Padah Ponteng Sekolah dan Membebaskan Tebusan PKM (betul ke tajuk2 ni Noorma?) KakChik dok ingatkan dia tulis novel cinta :) ...

Yang keduanya ialah hadiah istimewa dari orang yang baru balik dari Jakarta. Seronoknya kalau dapat tumpang sekaki dengan CikMin & The Gang melancong ke Jakarta. Melihat keindahan saujana mata memandang ni. Kata orang jauh berjalan luas pandangan. Terima kasih ya CikMin. Rasa macam nak buat desktop background je hadiah ni. Sejuk... hati melihatnya.

Hadiah pemberian kalian berdua ni KakChik amat hargai. Semoga Allah kurniakan kebahagiaan untuk Noorma & CikMin sekeluarga dunia dan akhirat.

Dan KakChik mengharapkan Noorma dan CikMin sudi menerima kad di atas ni sebagai tanda persahabatan dan terima kasih.

7 comments:

  1. salam kak chik...
    maaf, rasanya kak chik tersilap kot pasal award tu...saya tak pernah pun dpt award tu...org lain kot...
    nanti kak chik betulkanlah ek...kesian org yg bagi kat kak chik tu....saya pula yg dpt nama hihihi...

    ReplyDelete
  2. Wkslm Suzi.

    Ha'ah, betul KakChik tersilap. KakChik sdg edit masa komen Suzi masuk tadi. Trm kasih ya. Mamai sungguh masa dok menaip tu.

    ReplyDelete
  3. Ala chik..kak tirana pun pernah gak tersilap. Dah peram lama2 sampai terlupa sapa yang bagi...hehehe

    ReplyDelete
  4. Kakchik, betullah tu nama buku tu...ala, buku untuk bacaan budak2 jer...

    ReplyDelete
  5. salam kakchik...wah...siap ada balasan lagik ni...bertambah sayang cikmin kt kakchik...cikmin amik ye kakchik..moga trip2 yg akan dtg..cikmin xkan melupakan kakchik..

    ReplyDelete
  6. Noorma - buku utk budak2 pun kira dah kelas tu! Dah ada buku sendiri yg diterbitkan.

    ReplyDelete
  7. Wsklm CikMin. Hehehe, balasan tu sbg tanda KakChik pun sayangkan CikMin dan persahabatan kita. Ha'ah kalau ke mana2 tu jgn lupakan kakchik ya, nak bawa kakchik sekali pun best juga :)

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails