Followers

10.2.09

Pilih kasut sesuai, elak sakit sendi & otot

Tadi pagi KakChik dah janji nak tulis pasal kasut kan tapi jadi malas pulak nak buat ulasan sendiri. Jadi... KakChik dok baca artikel dalam majalah MIDI ni yang tahun lepas punya, nasihat mengenai bentuk kaki dan kasut oleh Pengurus Besar Foot Solution, Patrick Leong. KakChik hanya taip semula apa yang diringkaskan di dalam artikel tersebut ya. Tak edit apa-apa pun. Maklumat ni memang sesuai untuk orang perempuan.

Faktor-faktor penting yang perlu diketahui ketika membeli kasut:
  1. MUAT - Saiz kasut mesti selesa pada kaki.
  2. BENTUK - Padanan yang logik di antara bentuk kasut dan bentuk kaki.
  3. REKAAN DAN FESYEN - Sesetengah rekaan lebih selesa berbanding kasut lain. Rekaan kasut melibatkan ketinggian, stail, paten dan lain-lain unsur fesyen yang mempengaruhi keselesaan yang hanya boleh dikenal pasti oleh pemakai.
  4. BERAT - Kasut yang berat bermakna bebanan pada kaki.
  5. MATERIAL - Keselesaan, lubang pernafasan, berat dan kelembutan.
  6. FAKTOR DALAMAN KASUT - Suhu, kelembapan, pengawalan kelembapan.
  7. FAKTOR BERJALAN - Adakah kasut selamat dan seimbang ketika berjalan.
  8. PEMBINAAN - Memiliki bentuk yang baik dan dimensi yang stabil walaupun lama digunakan.
  9. LAPISAN BAWAH - Kusyen yang baik memberi kesan yang berlainan.
  10. KESIHATAN KAKI - Kesihatan kaki di dalam sepasang kasut yang selesa membuatkan anda berasa selesa.
KakChik tak tau pun pasal faktor-faktor ni, yang KakChik tau asalkan selesa dipakai dan dibawa berjalan, boleh berlari, senang nak turun escalator yang rata tu, boleh melompat dan tak sakit, senang brek bila jalan laju atau berlari, maka kasut itu insya-Allah akan KakChik pilih. Tak terfikir pulak pasal suhu atau berat tu. Tapi kan, bila nak pastikan semua faktor tu dijadikan panduan, bagaimana pulak dengan bentuk kaki kita tu? Jom tengok.

Gambar Jenis Tapak Kaki (Sumber: begin running)

Jenis Tapak Kaki:

Kaki Rata Tanpa Lekuk (Low Arch / Flat foot)
Tidak boleh berdiri atau jalan lama kerana lutut akan cepat merasa sakit.

Kaki Lekuk Sederhana (Normal Arch)
Struktur kaki keras serta kurang bermasalah.

Kaki Lekuk Dalam (High Arch)

Kurang masalah, mempunyai kaki lebih keras, jika berjalan, tidak begitu banyak pergerakan sendi yang berlaku.


Eh, ni kena cek kaki ni. Mmmm... rasanya kaki KakChik ni jenis yang
ke-2 tu. Agaknya sebab tu KakChik tahan berdiri lama-lama, cumanya nak cari kasut yang selesa dan kena saiz je yang susahnya.

Bagaimana memilih kasut yang sesuai?
  1. Membeli kasut di sebelah petang apabila kaki anda kembang setelah berjalan.
  2. Sebelah kaki biasanya lebih besar. Beli kasut yang memuatkan bahagian kaki yang lebih besar.
  3. Pastikan kelebaran kaki muat dengan kelebaran kasut.
  4. Jari kotak kaki pada kasut seharusnya cukup selesa untuk anda menggerakkan jari kaki.
  5. Jangan mengharapkan kasut akan mengembang. Jika terlalu ketat, jangan beli.
  6. Tumit tinggi anda hendaklah cukup selesa untuk mengelak dari tergelincir.
Selalunya tak kira masa pun nak gi beli kasut. Rupanya elok dibeli di sebelah petang... patut la kaki rasa kembang semacam je. Kalau kaki KakChik memang kena cari yang bahagian kotak jarinya lebar sebab bentuk kaki KakChik ni lebar di depan, hehehe. Tang tumit tinggi tu, paling tinggi 2 1/2" kasut jenis but yang sesuai pakai dengan jubah seluar. KakChik jarang-jarang pakai. Kalau pakai biasanya dengan jubah seluarlah dan menghadiri apa-apa program yang memerlukan KakChik membuat pembentangan. Tumit paling rendah 1" iaitu selipar santai.

Di antara kesan yang dirasai akibat pemakaian kasut yang kurang bersesuaian:
  • KERENGSAAN pada otot-otot bahagian betis kaki.
  • KERENGSAAN PADA PELANTAR FASCITIS yang dirasai pada sebelah pagi selepas bangun dari tidur atau setelah berehat dalam tempoh yang panjang.
  • BENGKAK PADA SENDI antara ibu jari dan bahagaian kelengkeng jari akibat pemakaian kasut yang terlalu ketat.
  • KEMATU yang terjadi di bahagian tapak kaki akibat sel-sel kulit mati yang mengeras dan menebal pada tapak kaki disebabkan tekanan geselan yang berlebihan pada kasut.
Bagaimana? Agak-agaknya kita ni dapat ambil panduan ke dari maklumat ni? Apa kata kawan-kawan semua?

Sumber: MIDI, 1 April 2007

9 comments:

  1. Salam Kak Chik,

    Saya punya type kaki A, memang susah nak carik kasut. Dahla kaki big size, sepadan lah dengan body saya. hehehe.. selalunya saiz 9 dan 10. 8 jarang2. Anyway, tips ni bagus sangat lah sebab saya memang nak cari kasut baru. Kasut lama dah tercabut tapak. Boleh guna lagi.. (alasan nak cari kasut baru) hehehe.. trimas lah.. sok petang nak carik kasut.. huhuhuhu..

    ReplyDelete
  2. Wskslm Hani.

    Haa... baguslah kalau sedutan artikel tu dapat membantu. Nanti dapatlah Hani pilih kasut sesuai dengan kaki.

    ReplyDelete
  3. terima kasih kak chik....info yg bagus ni...saya main beli je kasut asal selesa, cantik dan harga berpatutan ....hihihi...
    saya suka tapak kasut yg mcm gmbar no. 2 dan 3 tu...

    ReplyDelete
  4. Perlu diingat. Ada kasut yang berupaya merosakkan buah pinggang. Tapi, maaf, sudah terlupa dari majalah Pengguna edisi ke berapa ?

    ReplyDelete
  5. Suzi, sama-sama kasih hehehe. KakChik pun gitulah selalunya kalau nak beli kasut.

    ReplyDelete
  6. Abang Long, trm kasih banyak atas infonya. Tak pernah pula terbaca pasal tu, isyk, isyk bahaya juga ya. Kalau dlm Pengguna, boleh cari maklumat ni.

    ReplyDelete
  7. thanks kakchik atas info yg berguna tu..sy mmg xtaupun kakchik..maen beli jek..kalau berkenan trus bli xpk dh either sesuai ke x..tp sy plg suke kasut yg tumit dalam 2 1/2"..sy ade bli kasut yg tumit 3/3 1/2" xpastila sy...tp sakit tau kaki sy pakai..hehe lenguh jdnye

    ReplyDelete
  8. Sama-sama Lily. Kalau blh jadi manfaat utk kita semua, mmg bagus lah info ni.
    3 1/2" ??? Wow! Tinggi jugak tu. Memang kasut tinggi ni utk bergaya je, pakai skjp2 blh la, pakai lama2 mmg sakit kaki, betis & pinggang.

    ReplyDelete
  9. Masa muda2 dulu akak memang suka mengumpul kasut kalau tak tinggi tak sexy tu...hihihi lebih2 lagi masa tinggal di Milan. waduh, fashion bergerak maju. :-) tapi akibatnya, Kaki dan belakang akak sakit.

    So sekarang lebih baik pakai kasut yang kita selesa pakai, jangan sakitkan badan semata2 kerana nak cantik dan mengejar fashion terkini. Tapi ada gak orang yg kata, no beauty without pain..(boleh caya ke tu)

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs