Followers

3.2.09

Hari-hari ini le keje diorang

Inilah anak-anak sedara KakChik yang masih kecik-kecik. Sekarang ni semua dah ada kat kampung ni sebab Kakak dan Nana dan mula masuk tadika. Diorang memang beginilah kalau KakChik ada kat rumah. Berlonggok menghadap laptop KakChik ataupun membaca buku. Sekali tengok dah macam tadika dah kat rumah ni.


Tengok tu, berlonggok kat depan laptop main 'brick game'. Gilir-gilir satu 'round' sorang.

Ditambah pula dengan adanya Ikhwan dan Iffah, gamat bilik dibuatnya berebut-rebut nak guna laptop. Main 'game' atau belajar di "Play and Learn". Anak-anak zaman sekarang memang cepat aje kenal komputer dan internet. KakChik dulu, masuk tingkatan 3 baru kenal komputer. Masa tu jenis Windows 3.1 lepas tu Windows 95, Windows 97, Windows 98 hinggalah sekarang ni Windows Vista. Tapi Windows XP jugak yang KakChik serasi. Nantilah bila dah beli laptop baru, kita pakai Vista pulak.


Nana dan Kakak sedang belajar membaca secara maya.


Buku-buku besar ni memang KakChik belikan khas untuk anak-anak sedara ni membaca.

Selalunya kalau diorang balik kampung buku yang sentiasa di rak dalam bilik tu akan diangkut ke sana ke mari. Nasib baik Emran takde, kalau dia ada, mesti lagi kuat berebut buku-buku ni. Yang bagusnya mereka semua ni dah pandai menghargai buku dan laptop ni. Dah pandai pegang dan simpan buku di tempat asal elok-elok cuma nak buka dan tutup laptop je yang belum pandai.

KakChik sayang semuanya macam anak sendiri.

8 comments:

  1. sonok ye kakchik..ada anak2 buah yg ramai...cikmin lak tumpang cik kamal punyer anak buah je la...sbb cikmin ank tunggal...

    ReplyDelete
  2. salam kak chik..

    suka tgk bdk2 tu..kecik2 dh pandai pegang laptop dh..mcm aiman nie..xde sape pun ajar..sendiri pandai..maybe hari2 duk tgk kita nyetok keyboard nie..ehehe..

    kt dlm laptop yan jugak ada software utk dia main lukis2 dan belajar ABC dan gmbr2....mmg bangga sgt2 dia reti nk melukis..tp bila tang dia x reti nk padam tu..yan tlg dia padamkan aje..lain2 yan hanya perhati apa yg dia buat..

    lagik satu..aiman pntg yan tgglkan laptop..dia mulalah nk amik alih tmpt yan..huhuhu..

    ReplyDelete
  3. CikMin - Ooo hari ni KakChik lebih kenal siapa CikMin. Rupanya CikMin anak tunggal ya. Anak sedara KakChik, Munzir pun anak tunggal juga. Main dgn anak buah suami pun takpe CikMin... lagipun anak-anak pun ada. KakChik ni anak belum ada, jadi bermanjalah dengan anak-anak buah.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikumsalam Yan.

    Terer la Aiman pandai gn laptop sendiri-sendiri. KakChik rasa betul tu dia pandai sb asyik dok tgk Yan hari-hari kat depn laptop. Konsep yg sama kalau nak anak cepat pandai & rajin membaca, hehehe. Besar sikit lg tentu dia dah pandai macam-macam.

    ReplyDelete
  5. anak2 zaman cyber...nak banding kita dulu masa besar2 tu sibuk main2 kat laman rumah...kejar2...masak2...riuh rendah...
    anak2 saya pun sama...pantang pc tak diguna mula merengek minta nak guna hihihi...

    ReplyDelete
  6. suzi,

    zaman dah berubah... tapi sekali ingat zaman kita dulu lagi seronok kan.

    banyak outdoor activities. anak2 skrg byk indoor activities, komputer, play station atau tv. harapkan mereka ni ada kita, terisilah jugak masa dgn berlari2 kat laman main bola, main kasut roda, main kejar2. kalau tak... dok depan laptop la memanjang.

    ReplyDelete
  7. Ya ALLAH kakchik...cikmin pun baru la tahu Kakchik ni belom ada anak...minta maaf ye kakchik...cikmin doakan mudah-mudahan kakchik dikurniakan anak yg ramai...

    ReplyDelete
  8. Tak mengapa CikMin. Insya-Allah Allah makbulkan doa KakChik dan doa CikMin. Tima kasih.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails