Followers

9.2.09

Buka Minda Sikit

Hidup Adalah Satu Proses Pembelajaran

Hidup tidak semestinya sentiasa pedih namun kepedihan tetap terjadi dan menjadi penyebab utama kita berubah. Tatkala kita terasa pedih, kita masih dapat berpura-pura. Ego kita berkata, "aku serba ada". Namun apabila keadaan cukup memedihkan, misalnya kita terlalu kesepian atau terlalu takut, kita tidak lagi berlagak kebal. Ego tidak dapat lagi memberikan jawapan, lalu kita akan bersikap terbuka.

"Hanya dengan turun ke jurang derita kita dapat memungut semula permata hidup. Di mana kau tersandung jatuh di situlah letaknya permata kesayanganmu. Gua yang kau takut masuki rupa-rupanya adalah tempat wujudnya apa yang kau cari-cari."

~ Joseph Campbell ~

Cuba kita fikir-fikirkan. Wassalam.

4 comments:

  1. betul tu kak chik, dari bawah kita ke atas, dari atas jugak kita akan ke bawah..

    serba serbi kita akan rasa.. insya Allah kalau umur panjang..

    ReplyDelete
  2. nurulhuda - memang adat dunia dan kehidupan kan? moga-moga hidup kita ni sentiasa naik ke atas, bimbang bila jatuh, kita sukar lagi nak naik.

    ReplyDelete
  3. Tengok gambar wheels of life itu pun dah rasa terkesan, adui...

    ReplyDelete
  4. BalQis - kadang-kadang hanya dengan melihat gambar pun kita mendapat pengajaran mungkin itulah yang berlaku ke atas diri BalQis bila lihat gambar tu. Pendidikan & pengajaran boleh dilihat dan diambil di sekitar kita saja.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails