Tadi, pekerja @ sepupu KakChik hantar mesej kata ada orang gi hantar pemadam api kat kedai. Hai, siapa pulak yang memesan? KakChik pun balaslah kata takde pesan pun nak pemadam api. Dia pulak tak baca mesej, habis kena tipu dek 2 orang malaun tu. Hangus RM100, free-free je diorang dapat. Iiiii.... geram je rasa, nak marah kat sepupu pun tak jadi apa jugak. Bila dia dah bayar tu baru dia nak tel bagitau... padahal KakChik dah pesan sebelum ni, kalau ada orang pelik-pelik gi ke kedai kata bos order apa-apa jangan bayar melainkan KakChik dah maklumkan awal-awal. Tel KakChik dulu... tapi dia lupa, panik kena gertak kat 2 malaun tu yang kata, dah order tu bayarlah! Isyk...
Hai... sabar ajelah. Bukannya senang pun nak cari balik 2 manusia tu. Sah, sah penipu. Tinggalkan bil kosong, datang pulak naik teksi... isyk, geram.... dah dapat duit terus cabut. Sepupu pulak tak ambik apa-apa maklumat, no tel ke... nama syarikat ke... dia kata dia ingat no teksi, tapi no teksi nak buat apa?
Maaf lah kawan-kawan, nak lepas geram jugak. Geram kat sepupu pun ada, geram kat malaun 2 orang pun ada. Kita ni tengah pening-pening lalat lagi baru sudah mesyuarat bincang kewangan Zahra', datang pulak musibah sebegini.
Ok, okay... KakChik dah ok sikit.
Tadi jantung KakChik dah kencang la sikit tapi sekarang dah normal... oklah, nak takdir Allah hari ni KakChik akan rugi RM100, terima aje. Allah nak hapuskan dosa KakChik la tu. Lagipun kes ni bukan senang nak selesai sebab malaun tu pun dah tak tahu ke mana.
Sepupu kata dia akan bayar sebab dia yang senang-senang guna duit kedai bayar benda tu. Tapi KakChik tak sampai hati la pulak. Gaji dia pun bukannya banyak sangat. Macamana kawan-kawan? Apa pandangan anda dalam soal ni?
Perkongsian : Hujan
8 years ago
azizi - terima kasih banyak. panjang lebar org bagi nasihat & cadangan tak kan kita tak suka pulak kan? insya-Allah kakchik dah lega selepas melepaskan geram tadi. kakchik tak boleh nak simpan sebab nanti akan naik ke kepala.
ReplyDeleteSalam Kakchik..
ReplyDeletePemadam api tu ada gas tak?boleh guna tak?kalau ada ambil jela. Kalau tak puas hati bawa je gi balai polis suruh cari cap jari. Sekejap je akan dapat balik. Kalau tak mau report, gunakan jela gas tu. Redha apa yg berlaku.
Sabar ye..baca entri sy yang baru ada cerita pasal sabar..
Ibnurashidi - wa'alaikumsalam.
ReplyDeletePemadam api tu kosong. Memang tak boleh guna sebab tongnya dah rosak. Bomba dah sahkan tadi. KakChik dah redha, geram kakchik hanya sebentar sebab kakchik lebih terfikir yang Allah ada nak bagitau kakchik sesuatu. Insya-Allah kakchik takde apa-apa dah. Terima kasih sebab prihatin. Nanti kakchik gi baca artikelnya. Skrg di dapur, memasak pasta untuk famili.
Sabar kak cik...biarlah diaorang..tak ke mana pun duit RM100 yang diorg dapat tu. bukan jadi kaya pun diorg dapat n tanggung dosa je...
ReplyDeletetapikan kak cik klu RM100 shoping kat town dah boleh beli handbeg satu kan? hehehehe gurau je..
tiny - insya-Allah kakchik dapat bersabar. geram kakchik cuma sebentar, masa kakchik dok tulis posting ni memang terasa geram tapi bila dah habis tulis, geram dah hilang. memang betul pun RM100 tu dah blh beli macam2... tapi dah nak jadi rezeki org lain, rezeki haram.
ReplyDeletekalau kene camni mmglah geram n sakit hati.. skrg ni byk org yg ambil kesempatan..baru2 ni terutamanya di kg2 byk penipu2 sedang mencari mangsa..kesian gak kat org kg yg kebykan nya org2 tua..ada kaki2 penipu ni mengenakan byran utk semburan aedes..org2 tua kat kg tak tau n terus bayr saja..bygkan rm 30 sebuah rmh..klau se kg..semburan aedes yg sepatutnyer diberi percuma oleh kem kesihatan..
ReplyDeleteAskum..kakchik saba ye..ish kalau lily kt tempat kakchik pun same gak rasenye tp menda dh jd xleh nk wat pape dh...bia jela die nk makan duit haram...ish tp kalau di pk2 bnyk gak tuh..rm100...
ReplyDeletekak zana - dulu2 org kat kg kakchik pun ada kena tipu cam tu. skrg ni ada macam2 kaki penipu kan
ReplyDeleteLily - Wkslm. Insya-Allah kakchik dah ok dah. Harap2 takde lagi org lain yg terkena. Bomba tadi cakap mgkn keje suspek yg sama sb modus operandi dia sama je kat bbrp tmpt. moga2 tertangkap segera malaun tu
ReplyDeleteSalamz..
ReplyDeleteSebenarnya kes ni dah byk kali berlaku di sekitar kota bharu. Lebih malang lagi kedai sebelah KiTTuN mengalami nasib yg sama dgn k.chik. ALhamdulillah semasa kejadian KiTTuN ada di Butik so mereka tak boleh nak auta KiTTuN. Syukur sgt2. Lagi pun Pemadan api ni...., kalau nak letak dlm kedai kena ada pengesahan dr jabatan bomba. Kalau dtg nak hulur2 mcm tu jer itu memang penipulah. Apa pun semoga kita sentiasa berhati2 dgn musibah yg berlaku. Terima kasih k.chik sudi kongsi peristiwa ini dgn kami semua.
Wkslm KiTTuN.
ReplyDeleteItulah bila peg. bomba tu dtg dia ada bagitau mmg akhir2 ni menjadi2 diorang menipu org. Kata bomba tu nama orgnya 'Sukor' ada rakan kongsi yg selalu guna teksi. Nasib baik sepupu KakChik sempat catat no. teksinya. Harap2 polis dapat trace dan tangkap penipu tu.
la...ada jugak org menipu cara cam gitu yer..
ReplyDeletekakchik pun baru tahu ada org macam tu kin.
ReplyDeleteChik, Kesiannya. Bagus jugak Chik kongsi cerita tu kat sini. Boleh release tension dan juga beri peringatan kat kami-kami pembaca blog ni. Isy... macam-macam gaya org nak menipu ye...
ReplyDeleteKak Nor - memang benda macam ni kena kongsi agar orang lain yang tahu akan turut berhati-hati. malang tidak berbau.
ReplyDeletesalam k.chik, nak komen n cerita kisah benar juga walaupun terlewat almost 2 yrs heh heh heh. Saya pernah kena tipu RM500 dengan sorang makcik yang umur dia sebaya mak saya. Datang jual kain pasang katanya fesyen terbaru tapi sebenarnya dia celup softener supaya kita rasa macam baru. Saya beli dalam bilangan yang banyak sebab ingat harga dah cukup murah, dalam hati nak tolong kawan-kawan kat pejabat nak jual harga murah je sebab diorang selalu beli kain bayar ansuran dengan harga yang tinggi. Bila bawa ke pejabat kawan-kawan kata kain yang saya beli ni dah out dated dan saya bayar 4 kali ganda lebih mahal dari harga pasaran. Habis duit nak gi bercuti tahun tu.
ReplyDeleteummi, kakchik dah terima takdir Allah tu sebagai kifarat dosa kakchik. nak buat macamana sebab kita tak mampu nak balas kejahatan mereka dgn hukuman setimpal. ummi nazihah pun sabarlah ya, moga2 Allah balas perbuatan jahat makcik tu.
ReplyDelete