Followers

25.2.09

Siapa dah tengok?

Isnin lepas KakChik ke Mydin temankan Adik membeli alatulis dan peralatan untuk sekolah dia. Bila nak ke mana-mana terpaksalah angkut sekali Kakak dan Nana (termasuk Bibik Aisyah) kalau tidak menangis tak berlagulah budak-budak berdua tu.

Diorang minta belikan VCD Dora the Explorer dan Telletubbies - KakChik belikan... sebab VCD2 tu kira baguslah untuk diorang. Bila dah nak balik tu teringat pulak kat Ikhwan yang ditinggalkan kat rumah sebab demam. Kesian pulak. Nanti jeles pulak dia dengan sepupu2 yang dapat VCD. Jadi KakChik belikan Kung Fu Panda.

Sejak Isnin sampai hari ni, hampir semua orang dah tengok cerita ni termasuklah my beloved husband, Cik Abe. Sampai dua kali tengok tu. Tapi kan, KakChik belum ada mood nak tengok. Asyik dok simpan kat atas buku. Takde masa...

Masa remaja dulu KakChik memang minat cerita kung fu. Selalu dok tengok lakonan Jet Li dan Jackie Chan, sampai beli VCD berlambak (sekarang dah jadi milik adik bongsu, Amar). hehehe, jangan main-main KakChik ada tali pinggang kuning Silat Terlak 4 (ilmu dah berkarat pun...) Tapi kini dah tak cukup masa untuk tengok tv atau movie. Lebih banyak masa untuk buku, keje, belajar, keje dakwah dan rumahtangga.

OK, sapa dah tengok?

16 comments:

  1. Kak tirana tak pernah tengok..Kak tirana nak tengok tv pun sempat..hehe..macam Chik jugak banyak kerja (entah apa lah kerja nye ye..hehehe)

    ReplyDelete
  2. Kak tie belum tengok lagi...budak2 tu kurang sikit citer gini..... Tapi kalau ada upin dan ipin tu nak gak cari ....

    ReplyDelete
  3. sha dah tgk 2kali... mmg kelakar & menghiburkan!! sha b 4.5 star rating bg movie ni...

    ReplyDelete
  4. cter nih anak2 bujang kita tuh dh apal dh jln cter.. ntah dh bape kali ulang! cter ni mmg klaka... mmula tgk pon syok! waahh k.chik! ade tali pinggang kuning lagik! kita nih yg putih tuh pon x dok! ekekekekekeke..

    ReplyDelete
  5. Kak Tirana, bila dah tua ni tak sempat nak tgk tv kan? Nak vcd apatah lagi, tapi kali ni kena tgk la kot sb budak2 sibuk nak bercakap pasal tu, kita kena ambik tau jugalah ceritanya.

    ReplyDelete
  6. Kak Tie, kakchik pun dok cari upin & ipin nak stok kan kat MariBaca.

    ReplyDelete
  7. Amboi reza... punyalah seronok dia menjawab. Tentu enjoy habis tgk cerita ni.

    ReplyDelete
  8. Sha, kalau 4.5 tu kira best benar tu.

    ReplyDelete
  9. Hana, itulah si Ikhwan yg sedang demam pun sampai tergelak2 menontonnya. KakChik dengar je... nantilah nak tgk juga lepas siap semua assignment.

    ReplyDelete
  10. Salam kakchik, dulu ms duk kat KB, Mydin la plg jarang sy pegi. Bosan dgn org yg terlalu ramai kat ctu... :)

    ReplyDelete
  11. Wkslm Sri. KakChik pun tak suka gi Mydin ni tapi kesian kat Adik. Pegi pun jam 6 lebih sb nak elakkan org yg ramai. Dlm sejam je, balik sampai rmh dah Maghrib.

    Skrg ada 2 Mydin kat KB, insya-Allah caw terbaru & terbesar akan dibuka di Kbg Kerian tak lama lagi.

    ReplyDelete
  12. KakChik.. cerita kungfu Panda memang best sangat. Banyak pengajaran yang boleh diambil.

    Kisah tentang Panda yang rsa rendah diri dengan keupayaannya berbanding 5 warriors. Kata2 yg best Lin suka dalam cerita ini ialah

    "Yesterday is a history, tomorrow is a mistery but today is a GIFT" oleh sifu Kura2

    Di akhir cerita kalau sapa2 tengok dapat motivasi bahawa "there is no accident" dalam dunia kerana setiap event telah ditentukan oleh Tuhan Pencipta alam.

    Hehe..ulasan kelam kabut oleh peminat Kungfu Panda. Dah puluh kali tengok tetap tak jemu .. (esp time down dengan keje2 belajar yg tak berkesudahan.. )

    So, kakchik i advise you to watch the story.

    ReplyDelete
  13. sarah dah tgk, dgn adik2 tu pun curi2 masa , memang best lah kak,
    cubalah lapangkan masa... he he...

    ReplyDelete
  14. Lin, komen lin yg pjg ni dah menambahkan lagi rasa nak tgk cite ni. Nantilah bila assignment dah siap atau pun bila tension tak dpt buat kakchik nak tgk cite ni.

    Quote tu famous tu... tak ingat dah dr sapa.

    ReplyDelete
  15. sarah, nanti ... nak tgk jg, lepas selesai assignment kot.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs