Followers

4.4.09

KB Mall - Daily Fresh - Kyros Kebab

Assalamualaikum & selamat tengahari semua. Alhamdulillah... selesai sudah satu kertas peperiksaan pagi tadi. Secara peribadi kakchik rasa macam boleh jawab tapi keputusannya hanya Allah Yang Maha Tahu. Semoga jawapan yang kakchik berikan untuk setiap soalan tu mendapat markah yang setimpal iaitu markah yang terbaik. Perkenankanlah Ya Allah.

Jadi, kembali ke sini la dulu sementara nak sambung ulangkaji untuk kertas seterusnya minggu depan. KakChik nak kongsi kenangan Khamis lepas sebab semalam takde ke mana dan hari ni keluar rumah ke OUM lepas tu terus balik sebab perut lapar sangat, pagi tadi sarapan dengan 2 biji kurma je, hehehe tak lalu sebab nak exam punya pasal.


Oklah, Khamis lepas Adik ajak ke KB Mall sebab dia nak cari beg untuk muatkan fail-fail kerjanya sambil dia nak cek gaji dia dah masuk ke belum. KakChik minta izin Cik Abe lagipun nak lapangkan sikit diri dari fikirkan pasal exam. Cik Abe izinkan dan kami bertolak dalam jam 2.30 ptg. Mula-mula kakchik ke pejabat Pos dulu untuk poslajukan 2 bungkusan, 1 untuk KMilla (2 helai abaya) dan 1 untuk En. Ashraf (buku). Lega bila dah hantar ni.


Sampai di KB Mall, ada budak lapar la pulak. Itulah... tadi orang pesan suruh makan dulu tak mahu. Haaa... bila dah sampai tu mulalah perut minta diisi. Kat atas KB Mall memang ada tempat makan tapi malas nak ke situ, Ternampaklah Daily Fresh. ada jual wafer dan macam-macam ais krim. Ameerah nak makan ais krim jadi kakchik belikan 2 minta di pilih perasanya. Satu coklat dan satu vanilla.


Adik dan Ameerah je yang makan sebab kakchik dah lama tak makan ais krim, batuk. Lagipun masih kenyang sebab baru lepas makan tengahari.


Memang besarlah satu cawan tu. Harga pun boleh TAHAN... RM3.90 secawan. Makan sampai habis ya...


Nampak sedap... tapi takleh makan la nanti makin lambat batuk ni nak hilang.


Ameerah yang makin comot. Dia kata ais krim tu sedap.


Budak tadika yang masih belajar untuk mahirkan motor halusnya. Pegang sudu pun belum betul-betul mahir untuk sudukan ais krim yg keras tu.
Lepas makan ais krim kami jalan-jalan je sambil Adik cari-cari beg yang dia berkenan. Sebelum balik kami singgah di Kyros Kebab.


Semasa menanti pesanan siap, kami duduk kat kerusi Kyros yang cantik sambil tengok orang yang lalu-lalang. Ameerah kata, "bakpo kakak tu paka slua ketat? dio tok malu ko?" hehehe kita la yang kena jawab elok-elok.


Sabar menanti.


Ini khas untuk Cik Abe, Chicken Tandoori Kebab. Maaflah terlupa nak ambil gambar isi di dalamnya. Yang pasti, MEMANG la SEDAP.

20 comments:

  1. kak chik...sedapnya kebab. dah lama teringin nak makan tapi kat sini kebab halal jauh sikit dan tak byk pun...minggu ni hubby lak sibuk...

    ReplyDelete
  2. hye... k.chik..emmm sdap ice-cream tu k.chik..... tabik spring kat k.chik coz bjaya kawal dri..heheh

    klo erin ler... blasah jerk.. pas2 bru ler cbuk dok cri ubat batuk...ngehngehngeh

    ReplyDelete
  3. hmmm...sedap la nampak aiskrim tu, kak chik...

    ReplyDelete
  4. Kadang2 pandangan anak2 lebih tajam..dan pendapatnya lahir dr hati yg ikhlas..
    Zureen dah lama tak mkn aiskrimm..terliur melihatnya..

    ReplyDelete
  5. KYROS KEBAB...tempat dating saya dgn kekanda tercinta dulu sblm dpt ameen....kikiki. nanti balik kelate nak bw ameen ke sana....

    ReplyDelete
  6. sedapnya kyros kebab kakchik...kt sini xde..kena la ke kl...tekak ni dah mula teringin itu ini kakchik...aduhai....xtau la bape kilo nak naik ni...

    ReplyDelete
  7. Suzi, kebab kat kyros memang sedap, sebab tu kakchik suka beli. Kat tmpt Suzi tu tak ramai Muslim ya.

    ReplyDelete
  8. erin, hehehe... kakchik dapat kawal diri sebab perut kenyang, kalau lapar, tak tahan juga tu.

    ReplyDelete
  9. kin, nampak sedap kan. adik kata sedap biasa2 je, ameerah kata SEDAP!

    ReplyDelete
  10. zureen, memang kanak-kanak ni dia tak pandai selindung2, patut ambil berat apa yg diorang cakap. kita sama2 lama tak makan ais krim

    ReplyDelete
  11. amboi normi... pandai dating juga ya! hehehe, tapi kakchik percaya masa tu kalian berdua sudah pun menikah kan.

    ReplyDelete
  12. cikmin - kena bertahanlah nampaknya kalau cikmin nak makan sangat. jangan sampai malam2 buta mintak cik kamal gi KL cari kebab sudah.

    ReplyDelete
  13. Salam ziarah kakchik..sedap pulak nisa tengok aiskrim tu..hehe..nisa pun takleh makan byk2 nanti sakit tekak..herm comel ameerah..si kecil lebih tahu membezakan mane baik dan buruk..

    ReplyDelete
  14. ye,dah kawin. rasanya masa tu 2 tahun kawin dah...tp belum dpt baby. kami sblm nikah tak penah kuar bersama, kali pertama dan terakhir dating pun ma ayah ada sekali di darul quran.

    ReplyDelete
  15. Wkslm nisa. aiskrim masa makan mmg sedap tapi kdg2 ada jd kesannya slps mkn kan. Kanak-kanak mmg telus.

    ReplyDelete
  16. normi, dating lepas kahwin no problem kan tapi yang masalahnya ramai yang suka dating berdua je sebelum kahwin, itu yang perlu kesedaran.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaykum kakak, do they have kyros kebab in KL? because I'm from Singapore and usually when I got down to Malaysia it's KL. So far the ones that i see in the shopping malls are Kenny Roger's and Subway; Haven't seen Kyros before. Insya'Allah if there is tell me where I can find it :) Thanks! Allah ma3k.

    A'qilah

    ReplyDelete
  18. Wa'alaikumsalam A'qilah.
    Of course they have their outlets in KL. Below are all the KL's outlets:

    Pandan Kapital Shopping Center
    Lot K5, Ground Floor, Level 2,
    Pandan Kapital Shopping Complex, Persiaran MPAJ, Jln Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 K.L

    Suria KLCC
    Suria KLCC Food Court, 2nd Floor, Suria KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

    Maju Junction Mall
    LG-06, Maju Junction Mall, Jalan Sultan Ismail, 50200, KL

    Sogo Shopping Center
    Ground Floor, Kompleks Pernas SOGO,
    Jalan Tunku Abdul Rahman, 50000 Kuala Lumpur

    The Mall Shopping Center LG-03 Lower Ground Floor The Mall,
    No.100, Jalan Putra, 50300 Kuala Lumpur.

    Sungei Wang Plaza
    Lot C8 (B), Concourse Level, Sungei Wang Plaza,
    Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

    I got all the addresses here: www.kyroskebab.com.my

    p/s: thanks for dropping by A'qilah.

    ReplyDelete
  19. Comeynya..... dia makan ais krim, huhu.... ais krim tu memang nampak sedap...

    ReplyDelete
  20. budak-budak memang comel balqis, sebab tu kita panggil cahaya mata. balik m'sia nanti blh la cuba aiskrim tu.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs