Assalamualaikum dan salam perjuangan semua.
Salam kemenangan untuk semua pihak yang berjuang menegakkan kebenaran Islam di mukabumi ini. Semoga setiap detik masa, setiap titis keringat dan setiap helai wang yang kalian laburkan akan berbaloi sebagai bekalan kalian di akhirat nanti.
Apa khabar semua? Alhamdulillah hari ni kita masih dipinjamkan umur oleh Allah SWT. Hari ini juga kakchik bercuti macam biasa tapi orang lain di seluruh Kelantan turut bercuti kerana Kerajaan Negeri beri cuti sempena PRK DUN Galas di Gua Musang.
Alhamdulillah hari ni rezeki kakchik bertambah lagi. Dua hari lepas cik abe suruh cek akaun Nuffnang untuk lihat pendapatan kakchik sebab dah masuk 4 bulan kakchik tak tunaikan. Sebenarnya kakchik nak tunaikan hujung bulan Okt tapi entah macamana boleh terlupa.
Hari Sabtu, kakchik ada 4 BE tapi bila cek lagi pada malam Selasa, BE masih ada 4 tapi 2 darinya sudah pun metered dan diganti dengan 2 BE yang baru. Alhamdulillah. Kali ni hanya blog Keluargaku Sayang dan KakChik's Wardrobe saja yang ada BE. Blog Abaya Elegan dan sebulan takde BE.
Sekarang ni kakchik baru login akaun Nuffnang lagi dan amat-amat gembira bila nampak ada pertambahan 2 BE baru. Alhamdulillah. Tak rugi kakchik blogging, ada juga insentif yang kakchik boleh simpan untuk kegunaan di kala kecemasan. Terima kasih kepada para pengiklan iaitu:
- Sunway Velocity
- Skin 11
- Dutch Lady S & A Launch
- Dove Chocolate
- AMP Era FM (terbaru)
- AMP Hitz.FM (terbaru)
Senarai BE Terkini. |
Kakchik tahu jumlahnya tidaklah begitu besar sebab kakchik pun menulis bukan bermatlamatkan duit. Tapi kalau ada peluang dengan menulis kakchik boleh dapat duit, apa salahnya. Terserah kepada pandangan masing-masing.
Semoga teman-teman blogger semua akan semakin bersemangat untuk menulis tapi sama-samalah kita pastikan kita tidak tulis banyak benda yang melalaikan. Rugi saja masa, tenaga dan fikiran kita sebab ianya hanya sia-sia. Allahu'alam.
alhamdulillah..tumpang seronok :))
ReplyDeletealhamdulillah rezeki tu...kak chick xjoin sama ke kt galas GM?
ReplyDeleterezeki itu dtgnya dari Allah.. hanya kita yang kena berusaha.... moga rezeki kak chik bertambah lg..
ReplyDeleteTahniah kchik.. :) syukur.. sememangnya rezeki itu datang tanpa kita duga.. Alhamdulillah.. tumpang gembira juga.. :)
ReplyDeletelama tak jenguk kakchik.... alhamdulillah sikit pun rezeki, dah nama pendapatan sampingan kan, yang mana dapat kita terima... saya pun sama tidak lah tujuan blog utk duit semata...
ReplyDeleteSaya sedang berusaha mendapatkan BE...huhuhuh
ReplyDeleteTerima kasih fizah.
ReplyDeletek.nza, kakchik tak dapat nak pergi. harap tlg buat keje dari jauh je itupun tak banyak kak.
ReplyDeletejoijio80, memang benar sebab Allah telah sebut dlm al-Quran yang setiap anak Adam itu sudah ada rezeki masing-masing. Terima kasih ya. Semoga rezeki joijoi80 pun murah juga.
ReplyDeleteTerima kasih imah. Syukur. Kalau kita asyik menulis mengharapkan duit tentu tak gembira bila tak dapat langsung. Alhamdulillah ada sikit penambahan tabungan.
ReplyDeleteHa'ah wan. Lama menghilang hehe. Busy la tu. Sama-sama kita blogging untuk berkongsi ilmu dan pengalaman ya wan. Insyaallah banyak kebaikan yg kita dapat.
ReplyDeleteInsyaallah ada rezeki Nadia nanti.
ReplyDeleteMau belajar dari Kak Chik..:) Nak duit free jugak.:P
ReplyDeleteSalam KakChik,
ReplyDeleteSelalu follow juga blog akak,
Saya pernah dengar Nuffnag dan saya pernah masuk web dan belajar cara ...tapi masih juga tak faham dan perlu diajar lebih saya ini....
Boleh kak chik terangkan macamna nak sistem dan sebagainya lah
Mohon ditunjuk,
Tahniah kak, boleh kita sharing kat sini ye kak.
ReplyDeleteDapat BE & ME nuffnang..
Hani, tak payah sebenarnya. Hani daftar dgn nuffnang, lepas tu login dan copy kod 3 iklan nuffnang. Letak iklan mengikut cth yang nuffnang ajarkan. Lepas tu menulislah macam biasa sambil menggalakkan interaksi di blog, luaskan persahatan agar sama2 slg kunjungi mengunjungi ini akan menaikkan jumlah pengunjung yang menarik perhatian pengiklan nuffnang. Itu saja yang kakchik buat hani.
ReplyDeleteWkslm Saleha. Terima kasih ya sudi follow blog kakchik yang tak seberapa ni. Oleh kerana kakchik ni blogging biasa2 saja maka kakchik tak ambil tahu sangat pasal sistem dan sebagainya. cara kakchik ialah seperti jawapan kakchik untuk hani di atas.
ReplyDeleteTerima kasih feyus. Nak sharing apa tu feyus. Kalau nak iklan2 tu kakchik kurang menggalakkan. Interaksi sihat yang sangat kakchik suka.
ReplyDeleteSlm Kakchik,
ReplyDeleteBaru lepas cakap dengan kakchik tadi....gembira tak terkata...hehe.
Segan pun ada...
Alhamdulillah...tumpang gembira denagn rezeki Kakchik.
Saya doakan semoga dipermudahkan rezeki dan segala urusan kakchik sekeluarga.
salam kak chik.
ReplyDeleteteringat dulu ada entry kak chik tanya pasal ni. alhamdulillah skrg kak chik sendiri dah rasa. :)
Wkslm Alasmal. Maafkan kakchik ya sebab bunyi macam org letih je masa bercakap tu. Kakchik dok baring-baring sebab letih berjalan siangnya. Terima kasih ya sudi tel dan perkenalkan diri. Amin. Moga Allah perkenankan.
ReplyDeleteWkslm irma. Ha'ah. Dapatlah juga hasilnya.
ReplyDelete