Followers

21.3.09

Semalam yang berlalu

CERITA PAGI


Jam 11 pagi, KakChik temankan Ummi ke Pasar Kota Jembal membeli barangan basah. Kelas 10.45 pagi batal jadi KakChik balik ke rumah.



Sambil menanti Ummi membeli ikan (entah ke mana dah dia menghilang?), KakChik berteduh kat bawah bumbung rumah kedai yang tutup ni, melihat-lihat suasana orang ramai membeli ikan.



Bergayutan pelbagai jenis tudung yang kebanyakannya mempunyai 'awning'. Sekarang kan tren orang paki tudung macam ni. Ada yang ringkas, ada juga yang komplek sedikit. Harganya murah-murah je... KakChik singgah kat gerai tudung ni untuk belikan anak tudung untuk Adik dan tudung kanak-kanak untuk Nana.


Tengok tu... semangat nak pakai tudung. Kami baru je sampai kat rumah dan si Nana dah sibuk nak pakai tudungnya. RM5 sehelai.



CERITA PETANG


Sebelah petangnya selepas balik dari kelas, La dan anak-anak mengajak KakChik ke sini dan ke PT Hypermarket untuk membeli-belah. KakChik asalnya tak mahu pergi sebab Cik Abe takde di rumah, lagipun belum bagitau dia. Tunggulah dari jam 5 hingga jam 6, dia tak balik juga. La kata biarlah dia belanja semua, makan di MarruBrown dan membeli-belah di PT Hypermarket, KakChik cuma jadi 'driver' je. Akhirnya KakChik jadi kesian dan bawa juga diorang ke sini.


Semasa di dalam MarryBrown. Inilah yang diorang nak datang sangat ni, nak bermain kat dalam tu...


Mainlah sampai puas, lepas tu lapar... nak makan. "Cepat sikit ya, tak lama lagi Maghrib."


Menunggu makanan siap. Kali ni KakChik cuba makan 'Chicken Porridge', memang SEDAP... sangat lembut dan mudah hadam. Kalau dapat makan ni waktu demam memang naik selera kot. Saiz mangkuk bubur ni agak besar bagi KakChik jadi, KakChik kongsi dengan Emran untuk habiskannya.


Sementara mereka selesai makan, KakChik ke hypermarket untuk membeli barang. Nak kejar supaya tak lewat Maghrib nanti. Elok nak membayar, waktu Maghrib masuk jadi kami semua bergegas pulang dan singgah solat Maghrib di Masjid Pengkalan Chepa. Seronok pula, masa kami sampai di masjid, kuliah agama sedang berjalan. Budak-budak pun suka. Dah lama juga tak ke masjid mendengar kuliah agama.

Lepas solat, kami terus balik sebab ada barang-barang yang perlu segera dimasukkan ke pendingin beku. Budak-budak pun dah mengantuk. KakChik pun agak keletihan sebab dari pagi memandu ke sana-sini.

6 comments:

  1. Salam kakchik...kat mana marrybrown ni? hehe....nak p la...dl pnh makan kat kulai..kat klantan ni br bukak kan?

    ReplyDelete
  2. Wkslm fiza.

    Marrybrown ni kat depan Pantai Timur Hypermarket di Taman Bendahara Peng. Chepa. Tepi jalan nak ge ke airport. Dia buka lama dah tapi 2 tahun lepas kena tutup skjp, tak tau apa kes & akhir tahun lepas dia buka semula. Ramai org pegi alternatif kpd mcD dan kfc

    ReplyDelete
  3. Ooo...ye ek kakchik...dah lama rupanya bukak...heheh..ketinggalan zaman btlla fiza ni..hihih..kalu da masa n tenaga nak try p la..jauh gak tu dr cni..
    pas dr boikot ri2 xpegi lg ke McD n KFC...boikot terus kot..tu yg nak try p kat marrybrown..terubat gak nak makan makanan sgra

    ReplyDelete
  4. ha'ah fiza, jauh jgk nak ke situ. even kakchik yg dok p.melaka pun rasa jauh, fiza lagilah jauh. kalau nak hilangkan rindu mkn segera tu blh cb luangkan masa. kakchik rekomen, bubur ayam tu, fish & chips, hawaian coleslaw dan hot milo. semua tu yg kakchik dah try dan bagi ****

    p/s: kakchik pun boikot terus

    ReplyDelete
  5. salam kak chik...

    dh lama yan x ke marrybrown nie..ntah dh lupa dah rasa makanannya mcm mana...ehehe...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wr wb.
    Dengan hormat,
    Salam kenal Kami dari imani collection menawarkan produk kami, berupa jilbab anak yang cantik2 dan jilbab kaos bordir.Produksi kami insyaallah sangat berkualitas dan harga bersaing.Katalog dapat kunjungi di www.imanicollection.com
    terimakasih, semoga Allah merahmati dan memudahkan usaha anda.
    jazakumullah kheir
    Wassalamualaikum wr. Wb

    Bag. Pemasaran Imani Collection:

    P. Utami, S.Pd
    02715837283
    08121537464

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs